Aku kena uji bukan saja ditipu tapi aku dah ngandungkan benih dari hasil yang tidak sah.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Namaku Aina, aku adalah isteri dan ibu kepada seorang anak perempuan.

Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan amat menitik beratkan hal agama. Aku cukup bertuah kerana mempunyai ibu ayah yang cukup menjaga maruah diriku sehingga keluar ke kedai pun aku diwajibkan ada teman.

Hanya berkerja sahaja aku dibolehkan untuk memandu seorang. Tapi itupun ayah akan menelefonku dan memastikan lokasi aku berada.

Aku tidak rasa itu satu sekatan dalam hidupku. Kerana didikan ibu ayahlah aku terhindar dari gejala social yang tidak baik dan aku hanya dikelilingi sahabat yang setia dan baik budi pekerti.

Tapi, manusia mana akan terhindar dari dugaan hidup? Allah sayangkan kita, sebab itulah kita diduga.

3 tahun lepas ada seorang pemuda yang ingin menyunting diriku. Ayah meminta tempoh seminggu untuk berfikir dan beristikarah. Ayah juga menyiasat latar belakang pemuda tersebut.

Aku juga beristikarah, tetapi tidak menemui jawapan. Dan aku hanya berserah kepada keluargaku untuk membuat keputusan. Cinta lepas kahwin adalah keputusan yang terbaik demi mengelak dosa maksiiat dan zina hati.

Akhirnya kami diijabkabulkan dalam suasana sederhana tapi meriah. Saat itulah aku bertemu wajah dengannya dan aku menerima dia seadanya.

Aku rasa bersyukur kerana sepanjang perkahwinan kami, dia menjagaku dengan sebaiknya. Sehinggalah lahirnya anak pertama kami, kami dikurniakan rezeki yang tidak terhingga.

Sampai saat PKP, kami berdua bekerja dirumah. Dia bekerja sebagai designer. Dan aku pula sebagai pensyarah. Saat inilah baru kami duduk 24jam 7 hari dirumah sebenar benarnya.

Bila aku ada kuliah online, suamiku akan menjaga anak. Dia cukup baik dan kami jarang bergaduh.

Sehinggalah Nov tahun lepas, aku terbaca email lamanya. Sungguh ku terkejut dan tidak menduga yang suamiku pernah ada kekasih sebelum berkahwin denganku.

Tapi aku cuba untuk positive sebabnya masa silamnya tiada kena mengena denganku. Sehinggalah aku terbaca email pergaduhan mereka.

Rupanya suamiku meninggalkan gadis tersebut selepas upacara merisikku dahulu. Cara ayat gadis itu aku tahu bertapa hancur hatinya.

Yang tidak boleh aku terima, rupanya mereka pernah “bersama” sepanjang hubungan mereka.

Gadis itu menyelar suamiku dan mengatakan dia seperti dirgol, dan mempecayai kata suamiku yang akan mengambilnya sebagai isteri.

Gadis itu begitu kecewa sehingga dibehentikan kerja dan depresi.

Bahkan ayat terakhir gadis itu mendoakan satu hari nanti anak suamiku akan merasai perkara yang sama. Itu lah email terakhir darinya dan selepas itu kuduga suamiku memblocknya.

Allahuakbar.. sesungguhnya aku diuji bukan sekadar penipuan, tetapi aku melahirkan anak dari benih pengzina. Dan anak kami itulah disumpah oleh gadis berkenaan.

Berjurai airmataku ketika itu. Aku cuba untuk positif dan pujuk diri sendiri supaya menerima suami.

Ya, aku boleh menerima dosa silamnya. Kerana setiap manusia ada dosa. Dan aku merasai suamiku sudah insaf kerana setiap kali selepas solat, dia akan buat solat taubat 2 rakaat.

Baru ku tahu mengapa dia begitu takut dan setiap kali memohon maaf kepadaku sebelum tidur dan pergi kerja.

Yang menghantui diriku sekarang bukan kerana suamiku. Tetapi aku rasa cukup bersalah dengan gadis itu. Dari nama penuhnya, aku dapat mengetahui fbnya.

Aku melihat photo dan keluarganya. Allahu, jika ayahku mengetahui aku pernah berzina dan ditinggalkan, pasti luruh hatinya. Aku pasti gadis itu mempunyai perasaan yang sama..

Aku melihat gadis itu agak naif, mempunyai ramai kawan menyayanginya. Aku kerap mimpikan gadis itu dan ingin sekali memohon maaf dengan apa yang suamiku telah lakukan.

Aku juga pernah ingin menyusulkan suamiku berkahwin dengannya. Tetapi apa kata keluarga kami? Dan aku sendiri tidak mampu berkongsi kasih. Adakah perceraian boleh menenangkan jiwaku?

Bulan lepas aku memberitahu suamiku segalanya. Suami menangis dan sujud kepadaku dan dia sudah bertaubat dan hanya ingin setia bersamaku. Tapi wajah gadis itu masih menghantui hidupku sepanjang hari.

Bila aku memandang wajah anakku, pasti aku akan menangis.

Ya Allah janganlah Kau pulangkan dosa suamiku kepada anak gadis kami. Setiap hari aku sujud kepadaNya supaya anak gadis kami teperlihara dari segala dosa.

Pembaca sekalian, dosa zina ini memang kita boleh memohon ampun padaNya. Tetapi dosa kepada manusia cukup susah untuk kita diampun.

Aku berdoa semoga gadis itu akan bahagia satu hari nanti. Jika Allah berikan ku peluang untuk bertemu dengannya, pasti aku akan sujud dikakinya dan memohon ampun.

Sehingga hari ini hidupku tidak tenang kerana dosa silam suamiku..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *