Saya sakit dan terpaksa berhenti kerja dan bergntung pada suami. Disitu lah bermula segalanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pertama sekali saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada admin kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca.

Nama saya Hana (bukan nama sebenar). Saya berumur 30-an dan ingin berkongsi kisah benar saya sendiri. Semoga jadi pengajaran buat para isteri dan wanita wanita diluar sana.

Saya merupakan anak sulung, mempunyai 4 orang adik beradik dan saya merupakan satu satunya anak perempuan. Ibu saya meningggal dunia ketika saya masih kecil dan bapa saya pula merupakan seorang pesara tentera.

Saya terkenal dengan sifat panas baran, degil, ego dan keras kepala dikalangan keluarga.

Mungkin kesan daripada trauma akibat mengalami pendeeraan mewntal dan fizikal sewaktu saya dijaga oleh saudara selepas pemergian ibu.

Ini kerana bapa saya bekerja dan pulang menjenguk anak anak ketika hari minggu sahaja.

Sehingga kini bapa saya tidak tahu apa yang kami alami kerana sering diugut akan diperlakukan lebih teruk lagi jika bapa tahu keadaan kami.

Alhamdulillah.. ketika berusia 11 tahun, saya dan adik beradik akhirnya tinggal bersama bapa di Selangor kerana bapa telah membeli rumah di sana.

Selepas tamat SPM, saya mula berdikari dan cari kerja untuk kumpul duit sebelum sambung belajar.

Dari zaman Diploma sehingga Ijazah, saya tidak pernah minta duit belanja daripada bapa kerana saya mempunyai biasiswa dan gaji hasil ‘part-time’ bekerja. Hanya duit yuran sahaja yang bapa saya tanggung.

Selesai graduasi Ijazah, saya terus diterima bekerja di salah sebuah syarikat GLC yang terbesar. Alhamdulillah.. saya anggap itu rezeki yang Allah kurniakan untuk saya bantu bapa dan keluarga.

Oleh disebabkan saya dah terbiasa bekerja cari duit sendiri dan berdikari, saya tidak lagi meminta wang daripada bapa. Malah, setiap bulan saya akan hulurkan sedikit duit gaji kepada bapa. Segala bil bil rumah, perbelanjaan dapur juga saya yang uruskan.

Tahun 2016, saya mendirikan rumahtangga bersama suami yang juga kenalan saya sewaktu di universiti.

Sejak menjadi isteri, saya tak pernah hormat suami dan selalu merendahkannya. Saya sombong dan degil, tidak taat dan jadi pembengis.

Hanya depan keluarga sahaja saya hipokrit jadi isteri yang lemah lembut. Tak tahu kenapa, mungkin suami saya terlalu baik dan berlembut dengan saya. Apa sahaja kata kata kasar saya pada dia, dia tetap maafkan.

Untuk makluman, suami saya merupakan Eksekutif Kanan di salah sebuah syarikat swasta.

Suami saya memang orang yang cermat berbelanja dan sangat pemurah. Keluarga mertua saya juga Alhamdulillah sebaik baik manusia. Beradab tinggi dan menyayangi menantu seperti anak sendiri.

Suami selalu tegur kerana saya selalu boros berbelanja benda yang tak perlu.

Pernah sekali saya dah muak dengan teguran dan nasihat, saya tunjal kepala suami dan berkata ‘aku belanja pakai duit aku, tak mintak sesen pun duit kau. Aku ada duit aku sendiri, tak payah sibuk!’

Waktu malam tu dalam jam 2 pagi saya terjaga dari tidur, terdengar suara suami menangis. Lama dia termenung. Saya? Hati keras tak ada perasaan. Tidur semula sehingga keesokan harinya.

Pernah juga suami kejut Subuh, saya tak endahkan. Suami saya kejut banyak kali sampai saya rasa rimas dan lempar telekung dimukanya dan seepak kakinya . Terus dia solat seorang diri.

Apa sahaja kelakuan kasar dan kata kata kesat yang tak pernah saya hamburkan padanya. Semuanya pernah.

Tapi tak tahu lah, mungkin hasil didikan mak ayah suami tetap bersabar dan jaga saya. Nafkah tak pernah culas, keperluan semua lengkap.

Solat tak pernah tinggal, kalau tertinggal segera suami saya qada. Hanya saya sahaja yang tak tahu bersyukur dan biadap.

Suami selalu tanya.. kenapa dengan kawan kawan saya layan dengan baik sekali, tapi dengan suami tidak? Saya hanya diam dan buat tak tahu dengan soalannya.

Dengan kuasa Allah, pada 2019, saya mengalami masalah kesihatan yang teruk sehingga terpaksa berhenti kerja. Duit simpanan semakin habis dek berubat.

Tambahan pula PKP akibat C0vid19, susah nak keluar bergerak untuk berubat jadi saya hanya duduk di rumah sahaja.

Suami? Dia tetap setia jaga saya dan berikhtiar macam macam.

Keadaan saya tidak tentu, adakala baik, adakala teruk. Merata tempat pelbagai negeri pergi berubat, tetap sama. Sampai la saya tak ada apa apa langsung dalam simpanan, bergantung 100% kepada suami.

Tapi suami tetap sama macam dulu. Sabar dan terima saya seadanya. Malah dia yang penat lelah cari ikhtiar untuk bawa saya berubat.

Peristiwa ni buat saya terduduk malu atas khilaf dan dosa saya terhadap suami. Seorang isteri derhaka yang tiada apa apa tapi masih disayangi oleh suami yang mulia.

Kami mula solat jemaah dan mengaji bersama, luangkan masa bersama dan hubungan kami semakin erat.

Nampak bahagia diraut wajah suami dengan perubahan saya. Setiap hari tak pernah tinggal untuk bertanya keadaan saya, makan minum saya ketika suami bekerja.

Suami pernah sekali berkata,

‘Hana rehatlah. Dah terlalu lama Hana bekerja keras, sekarang masa untuk rehat jaga diri sendiri, jaga rumahtangga kita.

Jangan selalu fikir pasal duit, rezeki tetap ada. Belajar hidup sederhana apa yang ada. Belajar perbaiki diri. Jangan risau, abang ada.’

Percayalah.. suami yang baik itu sebenarnya ada. Tiada kesabaran yang sia sia buat seorang suami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *