Hi assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya Nina (bukan nama sebenar). Saya nak luah sedikit, dan minta pandangan serta apa sering terjadi jika ini terjadi.
Saya berkawan dengan ex bf saya selama 10 tahun. Daripada dia tak ada apa apa sehingga dia kerja. Dia kerja pun hasil bantuan keluarga saya.
Waktu belajar, ayah saya banyak bantu dia. Dari segi duit, makanan dan sebagai nya. Dia anak sulung, ayah dia meningggal dunia ketika masih di bangku sekolah.
Mak dia kerja biasa, kena tanggung rumah dan kereta serta tiga orang adik adik dibawah nya.
Kami PJJ. Lama bercinta. Sepanjang bercinta tak pernah curang, tak pernah ada kes apa apa.
Dia berumur 24 tahun. Naik jatuh dia semua saya ada. Segala benda dia dapat. Kawan kawan dia pun tak pernah dapat seperti apa dia dapat. Keluarga masing masing sudah kenal. Rapat sangat dah.
Selepas habis diploma, dia kerja. Lama juga, PKP punce dia diberhenti kan kerja. Saya kesian. Saya bantu dia dapatkan kerja.
Dia tak nak sebab takut terhutang budi. Saya cakap tak apa la, terima saja la dulu. Ni confirm confirm dapat kerja, kerja saja sementara ni.
Company aku bagi ni, agak besar dan stabil. Impian ramai orang. Dia pun mohon, sementara dapat kerja baru, berduit la dia.
Aku paksa dia kerja. Aku ingat lepas masuk situ dia akan mohon kerja lain. Rupanya tak, dia selesa. Ini aku dapat jamin dan agak dah. Dia takk akan tukar kerja lain.
Tempat kerja ni ramai keluarga aku, merata rata. Suatu hari, dia dah permenent. Dia nak carpoll dengan seorang kakak, single mom umur 36 anak 3. Aku percaya dia.
Lama kelamaan, perasan banyak perubahan dalam diri dia. Bergaduh, sebab ini. Sampai berkait dengan family dah.
Pendek cerita putus. Dia cakap dia akan ingat aku sampai bila bila. Pendek cerita. Dia bercinta dengan janda tu. Kisah dia satu tempat kerja tahu. 24 ft 36. Dia cakap janda tu ade susah senang dia.
Terdiam aku. Sedangkan belajar dia, kain baju dia, phone dia aku yang bagi. Semua yg mahal mahal. Brand brand mahal serta original.
Mereka start rapat bulan 6. Dedua pihak ade nasihatkan dia suruh fikir panjang. Tapi apa kan daya, jodoh tak panjang. Dia nekad juga berkahwin. Dan sudah pun berkahwin dengan janda umur 36 anak 3.
Anak anak duduk dengan suami nya. Janda tu cerrai dengan suami nya kerana suami dia main kayu tiga. Ex hubs dia pun dah kahwin and ade anak. Perkenalan kurang 6 bulan terus ikat dan kahwin.
Ramai perasan, kenduri mereka suram dan kurang setuju oleh ramai ahli keluarga nya. Kerana ex bf saya nak sangat. Mereka turuti.
Katanya, kalau dia lepaskan perempuan ni ramai lagi nak. Ramai tunggu. Dia ade juga cakap yang perempuan ni baik. Dia berani kahwin kerana anak anak janda tu, ex hubs janda tu jaga. Jadi tiada masalah.
Ex bf aku ni, tak ada apa apa pun sampai sekarang. Dia menapak pun hasil bantuan kami. Semua kawan kawan dia tak setuju dengan dia. Kerana kawan, turuti saja. Belakang semua mengata. Kereta tak ada, rumah tak ada.
Aku tak pernah dengar kisah janda kahwin dengan budak mentah dan muda sejauh ini jaraknya.
Kawan kawan semua minta aku bersabar. Aku sanggup kasi kerja tu dekat dia, padahal masa tu aku takde kerja juga. Seminggu dah mereka berkahwin.
Pesanan kawan kawan serta makcik pakcik dekat aku, apa apa pun terjadi dekat diorang akan datang. Jangan pernah terima balik dia dalam hidup. Tak reti kenang jasa langsung.
Pesanan aku pada yang membaca ini, jangan pernah kacau hubungan orang lain. Dengan cara apa sekali pun, baik jalan nya, mahu pun buruk jalan nya.
Betul takdir. Ingat, tak semua Allah izin Allah redha. Tak salah kahwin dengan status janda atau duda.
Tapi biar berpada dan kena gaya. 24 dengan 36, dengan tak ade apa apa. Majlis perkahwinan pun macam tiada sambutan seperti perkahwinan biasa.
Suram, keberkatan dan barakah itu tiada kerana restu pudar dan tak ikhlas dari hati. Hati mak dan ayah ini berkata kata. Tak baik buat orang macam tu.
Ingat, kifarah tu ada. Aku dah boleh move on. Sejak tahu dia sudah berkahwin minggu lepas, perasaan sayang suka cinta dah tak ada. Hilang terus.
Doa yang baik baik.