Sampai satu tahap tu aku tak keluar bilik langsung. Aku jadi kesian pada mak ayah aku sebab orang mengata

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai biarlah aku gelarkan nama aku Diana. Aku seorang perempuan, umur awal 20-an dan merupakan seorang gadis yang normal.

Ada mata dua, hidung satu, mulut satu. Serba serbi cukup, alhamdulillah syukur atas nikmat.

Tujuan utama aku cerita bukan lah nak kata aku tak bersyukur. Cuma aku terkilan dengan sesetengah stigma masyarakat terhadap gadis berbulu.

Geli? Hm aku pun kadang kadang geli dengan diri sendiri. Berapa lama aku benci diri aku sebab aku berbulu. Tak licin macam orang lain.

20 tahun aku hidup dengan badan macam ni. Kena cemuh? Mak aku sendiri pun kutuk aku. Hahah. Aku cuma nak share one of my insecurity kepada semua.

Aku ambil masa yang sangat panjang untuk terima fizikal aku yang berbulu. Lengan aku berbulu. Kaki aku macam jantan.

Bulu dia bukan biasa biasa ya, bukan yang jarang jarang halah tu aku tak heran lah. Ni yang panjang panjang tu.

I’ve tried waxing tapi leceh sebab nak kena sapu and buat berkali kali untuk pastikan bahagian berbulu tu licin.

Now i stick with epiliator yang bunyi kuat satu alam macam mesin rumput tu, beli dekat lazada RM30 saja hahah. Semua ni sebab aku nak jaga penampilan aku.

Oh, aku bertudung sepenuh masa ya bukan siang bertudung, malam cabut tudung. Btw aku dah buat research.

Perempuan boleh buang bulu kalau benda tu macam memudaratkan/mengaibkan diri.

Plus, i think perempuan berbulu ni bukan “kebiasaan” orang. Maksud aku macam, bukan semua perempuan berbulu macam tu kan? So dibolehkan atas faktor faktor yang aku nyatakan tadi.

Aku tak tonjolkan sangat diri aku, i mean kalau dekat asrama pun aku berlengan panjang dan berseluar panjang ALL OF THE TIME.

Kecualilah waktu cuti sem, biasa aku tak balik kalau cuti tu cuma sekejap. So tinggal aku sorang saja dekat aras tu baru aku berani pakai lengan pendek. Cuma beberapa kali member ternampak juga sebab terselak kan.

Aku sumpah tak suka bila ada yang macam teruja (?) maybe terkejut sangat tengok lengan aku bulu macam tu.

Maybe dia tak pernah nampak perempuan ada bulu macam tu. Tapi,… aku sangat tak selesa.

Aku rasa sangat sangat insecure bila reaction member aku belek tangan aku. Aku cepat cepat tarik lengan aku.

Aku tak pernah bagi tau sesiapa pasal keadaan aku macam ni even aku ada kawan baik dari sekolah rendah. Entahlah, aku rasa belum sampai masa lagi.

Btw setakat ni, masih terjaga lagi diorang tak tahu bulu aku sebanyak mana sebab aku selalu trim / cabut guna epiliator. Cuma kekadang dia tumbuh kan so tak dapat sorok.

Then, family. It took me many years to accept for who I am. Aku pernah ya toreh tangan hanya sebab ni. Ya cakaplah apa korang nak cakap.

Waktu tu aku umur 18, dekat meja makan. Tengah makan dengan family. Aku tak ingat pasal apa, tapi that time mak aku cakap, “ko tangan dahlah banyak bulu, macam monyet. Ada ke orang nak dekat kau?”

Aku terasa. Oh btw aku anak sulung. Aku lah paling banyak memendam dalam rumah tu. Macam sial.

Aku masa tu tak salahkan mak aku. Benda dia cakap betul. Aku mula salahkan kewujudan aku. Aku minta aku dilahirkan? Tak.

Aku naik atas, penat tahan air mata lama lama. Aku duduk sorang, tak keluar bilik for 5 days. Macam macam aku fikir.

Aku fikir, kesian mak ayah aku dapat anak macam aku. Aku tak cantik macam anak perempuan orang lain. Aku berbulu. Kalau aku sendiri tak dapat terima siapa aku, apatah lagi orang lain.

Kan? Aku fikir, kenapa aku wujud. Kenapa aku lahir. Kenapa aku ada. Kenapa mesti aku? Aku lahir ni sebagai apa? Sebagai beban untuk mak ayah aku? Kesian parents aku malu dapat aku.

And the list goes on. Aku fikir macam macam. Menangis sampai bengkak mata till i decided to cut my wrist. Aku rasa.. kenapa aku hidup?

Untuk apa aku hidup kalau aku tak dapat senangkan parents aku? Aku rasa aku tak guna. Btw dulu aku ada sejarah hitam dengan mak aku.

Aku ada buat salah THAT TIME tapi sekarang dah tak buat. So, logiklah parents aku kalau diorang nak benci aku kan? I dont blame them.

Btw cerita aku toreh tangan tu cuma sorang saja yang tahu. Tapi aku tak bagitahu dia sebab kenapa aku buat macam tu. Cuma we share our story pasal ni saja.

Penerimaan paling susah aku rasa bila family sendiri pun boleh cakap macam tu. Aku sangat sangat menyalahkan kewujudan aku. Aku benci diri aku. Sangat.

Seingat aku, masa aku keciklah paling banyak aku kena kutuk. Paksu aku gelakkan aku. Mak aku gelakkan aku.

Aku.. ni.. joke.. untuk diorang?

Masa tu aku rasa umur aku 8 tahun something? Aku senyum saja masa tu. Aku terasa. Tapi masa tu aku susah nak eskspres kan emosi aku.

Atuk sedara aku pun gelakkan aku. Dia cakap “ni ke monyet tu? hahahahha”

Kenapa masa kecik aku tak savage? Kenapa masa kecik mulut aku tak jahat? Kenapa aku senyum masa tu? Aku sumpah jadi naik benci bila ingat balik.

Aku rasa siapa yang senasib aku boleh relate la cerita aku. Benda ni buat aku overthinking nak kahwin. Suami aku boleh ke terima aku? Mak mertua aku? Anak anak aku?

Aku ada baca yang perempuan berbulu ni sebab h0rmon dia terlebih and may lead to PC0S.

PC0S tu boleh search sendiri la ea apa yang boleh tekankan PC0S tu macam masalah berkenaan rahim something like that. Tanda tanda dia cuma satu saja kena dengan aku, berbulu.

Period aku okay, teratur tiap bulan.

Tu saja kot yang aku nak kongsi. Harap sangat sangat masyarakat boleh terima kami. Jangan buat muka jijik bila ternampak kekurangan kami.

Tak minta banyak, cuma minta terima saja. Tolong jangan cemuh, jangan kutuk. Cukuplah dengan kata kata tu. Sakit mat.

Aku sampai sekarang dendam dengan atuk sedara dengan paksu aku. Bengkak hati mat. Pedih.

Aku minta maaf kalau maybe cerita aku ni macam overreact. Tapi penerimaan orang lain lain kan? Teringat pun boleh menangis lagi.

Kepada mereka yang senasib dengan aku, dont worry we have your back !