Bila bincang dengan family mereka tak bagi cerai, dia org kata kecil sbb belum sampai zinaa

Tujuan penulisan ini hanyalah untuk meluahkan apa yang terbuku dihati dan ingin juga meminta pendapat. Aku seorang isteri, yang dulunya pernah bekerja dengan jawatan yang bagus.

Namun, demi menyelamatkan rumahtangga, aku nekad letak jawatan. Memang aku salah buat keputusan masa ni. Sekarang, aku hanyalah seorang surirumah yang menjalankan perniagaan atas talian sahaja.

Seorang yang suka pergi spa, wangi wangian dan ceria.

Tahun ni, genap usia perkahwinan kami yang ke lapan tahun. Masing masing berusia hujung 20an. Punyai seorang bidadari yang sangat cantik berusia 3 tahun. Lambat dapat anak.

Suami pula? Seorang pegawai swasta, elok rupanya dan seorang yang pendiam dikalangan ahli keluarga.

Suami datangnya dari keluarga yang pecah belah. Mak ayah suami juga pernah bercerrai dan masing masing pernah berkahwin tiga empat kali.

Suamiku ini sangat bertanggungjawab, baik pada aku juga pada anak. Juga seorang yang rajin membantu aku. Tapi dia ada satu sisi, yang sudah menjadi sebati dalam diri dia ataupun tabiat.

Iaitu tabiat suka tengok video lcah dan mesej mesej perempuan.

Ceritanya begini, aku dan suami berkenalan melalui seorang aruwah sahabat aku. Hanya ambil masa beberapa bulan perkenalan, kami terus bertunang.

Ingat lagi ajakan suami “jom kita kahwin”. Bahagia sangat rasanya. Namun bahagia tu hanya seketika.

Orang kata alam bertunang inilah banyak cabarannya sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Dan aku juga diuji tika bertunang.

Suamiku kantoi mesej mesej berkenalan dan mesej lcah dengan perempuan lain dalam satu aplikasi iaitu wechat.

Paling sakit, salah seorang perempuan yang dia mesej itu adalah kenalan aku. Kenalan aku yang forward semua mesej pada aku. Malunya aku masa itu.

Aku ajak berjumpa dan pertama kali aku spotcheck handphone dia sepanjang perkenalan. Nah, tak sanggup aku teruskan membaca mesej mesej dalam tu.

Aku menangis teresak esak, sampai minta putus tunang. Dia tak setuju memandangkan lagi sebulan je kami nak berkahwin masa itu.

Mulalah drama airmata dia sumpah janji takkan buat lagi. Dan aku pun terpesona dengan drama dia, terus maafkan dia dan bagi peluang yang mungkin dia akan berubah lepas kahwin, haha.

Awal tahun 2014 kami bernikah dan terus pindah ke rumah sewa. Awal awal pindah sangat manis. Sama sama beli perabot rumah, barangan elektrik. Balik kerja pukul 7-8 malam pun rajin masak untuk suami. Sebulan kahwin, baru kami berbulan madu.

Sebulan kahwin jugalah kami tidak pernah bersama. Aku fikir mungkin dia penat bekerja. Bulan seterusnya baru dia ada hati dengan aku, haha.

Enam bulan perkahwinan, sekali lagi dia buat hal. Tengah malam buta dalam 2.30 pagi handphone dia tak henti berbunyi.

Aku yang tidur mati boleh terjaga. Aku ambil kesempatan masa dia tidur untuk check. Mesej reply daripada tunang dan isteri orang dalam instagram. Wechat juga tidak ketinggalan.

Aku tanya berapa lama mesej mesej gini. Dia mengaku dari sebulan lepas kahwin. Allah. No wonder masa berbulan madu pun dia takde keinginan sentuh aku. Luluh hati seorang isteri. Aku dari seorang yang ceria terus berubah jadi seorang murung.

Tiga tahun perkahwinan, masih dengan tabiat sama dia. Aku tanya kenapa dia jadi camni, dia jawab sebab hati dia sunyi dan bosan tiada teman berborak.

Banyak kali aku pesan pergilah keluar riding lepak lepak dengan kawan kawan. Dia menolak, katanya zaman dia dah berakhir untuk buat semua itu.

Akhirnya, aku putuskan untuk berhenti kerja agar dapat sentiasa ada dengan dia. Masih tidak punyai anak ketika ini.

Lima tahun perkahwinan, aku mula rasa kosong sangat sangat.

Selama ini tiada borak gelak gelak, tiada gurau senda, tiada kucupan pelukan, tiada kemesraan, tiada belaian kasih sayang, tiada pujukan dari dia dan tiada solat bersama. Keinginannya untuk bersama aku juga kurang selama berkahwin.

Mungkin itu salah satu aku lambat dapat anak. Macam macam cara aku buat untuk tarik keinginan sang suami, tapi dia tiada perubahan.

Aku buang rasa malu walaupun aku aku umpama terhegeh hegeh. Aku tanya aku ada masalah ke hingga dia taknak bersama. Dia jawab tiada masalah.

Aku buntu. Aku berubah, tiada hati untuk masak. Untuk apa memasak pada orang yang tak hargai isteri.

Aku tidak lagi kemas rumah yang beriya iya seperti sebelum ini. Aku jadi seorang pendiam sama seperti dia. Aku mula rasa putus asa dan berjauh hati.

Bila ajak berbincang dia hanya diam. Sememangnya tiada komunikasi dan kemesraan antara kami.

Dalam masa putus asa, Allah bagi rezeki pada kami. Aku disahkan hamil. Aku rasa hambar. Dia pun tiada perasaan masa ni.

Untuk pengetahuan, anak ini pun hasil pujukan aku untuk bersama. Kebiasaannya, aku buang malu untuk ajak bersama. Masa dalam pantang, dia buat hal juga. Mesej dengan tunang orang pula. Hampir meroyan aku saat itu.

Dan tahun ini, yang paling aku tak boleh terima perbuatan suami, dia ada handphone lain ditempat kerjanya yang aku sendiri tak tahu kewujudan handphone tu selama ini. Aku dapat tahu melalui anak buah aku yang juga satu tempat kerja dengan dia.

Aku minta dia jujur dengan aku. Mula mula memang dia tak mengaku. Selepas tunjuk gambar bukti dia sedang pegang handphone lain sambil tersenyum, barulah dia mengaku.

Aku minta dia bawa balik handphone tu. Allah, retak seribu hati ini. Sangat sangat mesra dan rancak perbualan dengan perempuan perempuan dalam medium aplikasi michat, omi dan whatsapp.

Kata kata pujian yang aku inginkan selama ini tiada, tapi suamiku hanya memuji perempuan perempuan dalam aplikasi Ada juga history video call dengan perempuan perempuan dalam medium tersebut. Dengan isteri sendiri tak pernah serancak semesra itu.

Isteri dirumah ni adalah menanti nanti mesej call suami, tapi tiada. Anak isteri sendiri tak pernah video call, perempuan lain mudahnya nak video call. Ada juga video lcah. Aku rasa sangat terhina.

Keadaan masa itu membuatkan aku nekad untuk failkan permohonan cerrai. Dia tahu tarikh naik mahkamah lagi dua bulan, dan dia setuju. Mudahnya.

Aku berbincang dengan kawan dan ahli keluarga dia. Mereka tidak galakkan untuk bercerai. Ada yang anggap benda ini kecil kerana belum sampai ke zina.

Ada yang menyuruh untuk aku tarik semula permohonan perceraian memandangkan anak kami masih kecil.

Aku buntu. Aku tak tahu betul ke tindakan aku buat ini. Perlukah aku teruskan perkahwinan ini? Atau Wajarkah aku teruskan perceraian ini?

Adakah aku seorang ibu yang pentingkan diri demi kebahagiaan sendiri? Mohon pandangan kalian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *