Pakaian dlm yg cikgu tu amik gambar suruh suami sy beli, dia hanya kata suami saya bff dia. Siap bersayang2 lagi dgn suami dlm chat

Assalammualikum, selamat berpuasa semua.

Maaf saya baru baca komen komen semua. Terima kasih banyak mana yang komen dan bagi pandangan serta suruh report. Saya akan ambil tindakan sewajarnya.

Saya sambung cerita, mungkin ada yang saya tak jelaskan. Mohon semua doakan saya. Terima kasih mana yang komen.

Part 1, Ada di komen

Cikgu tu dh brsuami, anak 3. Trgamak suamiku dan dia bdohkan aku, Aku rasa sesuatu, tp tiada bukti. Hinggalah mlm tu

Malam selepas saya baca mesej di telegram suami saya dan cikgu tersebut, saya tanya suami saya dan tanpa sedar saya lempang suami saya (ALLAH saya rasa bersalah sebab saya lempang suami).

Suami saya mungkin terkejut sebab selama berbelas tahun kahwin saya tak pernah lempang suami.

Suami ajak berbincang tapi saya keluar rumah sebab saya takut saya hilang pertimbangan kerana mak saya ada, saya tidak mahu mak saya tahu hal berkaitan saya dan suami.

Saya tak salahkan cikgu tu saja saya memang salahkan suami saya, saya marah suami saya.

Saya ada tanya cikgu tersebut, dia tidak ada terfikir ka kalau benda ni viral? Kalau anak anak tahu apa reaksi? Sebab anak saya dan anak cikgu pernah satu kelas.

Anak saya kenal, rapat dengan cikgu. Cikgu tersebut selalu share hal/gambar pelajar yang dihantar dalam group wasap kelas.

Antara gambar pelajar saja atau gambar cikgu selfie dengan pelajar. Masa awal awal ada gambar anak saya takpun gambar cikgu selfie dengan anak saya yang dihantar personal ke nombor suami.

Berulang kali cikgu tu minta ampun maaf kepada saya dan mengaku tu khilafnya, katanya dia sedar apa yang berlaku salah dan dia minta ALLAH tunjukan jalan dan akhirnya saya dapat tahu dan sedarkan dia.

Saya tanya apa yang cikgu dan suami nak? Cikgu tersebut cakap, “dia perlukan kawan, kawan yang tak serius, ada lawak lawak. Sebab suami beliau seorang serius, tidak ada lawak lawak”

Suami cikgu tersebut pernah bertanya hal berkenan kepada cikgu tu. Mungkin pada tahun 2018, sebab suami cikgu tu bagitahu saya dia tahu wife dia ada bermesej dengan suami saya pada tahun tersebut.

Cikgu tu cakap suami saya tak seserius suaminya, suami saya humor, care+lawak.

Suami cikgu care tapi jarang kelakar dan memanjang serius walaupun dirumah (itu apa yang cikgu tu bagitahu saya la).

Cikgu tersebut seorang yang tak akan ambil hati, cepat merajuk, banyak mengalah dan bila suami saya care+humor cikgu tu rasa happy dan cikgu tu rapat dengan suami saya yang dia gelar “BFF”, tapi cara mereka salah.

Kalau sesiapa kenal cikgu tersebut memang tidak akan percaya apa yang terjadi sebabnya cikgu tersebut lemah lembut ramai ibu bapa dan murid selesa dengan cikgu tu dan cikgu tersebut dapat gelaran “best teacher”.

Berkaitan sekolah anak saya, saya dah tukarkan sekolah anak saya pada tahun 2019.

Selepas saya baca mesej wish good morning pada tahun 2018.

Berkaitan buku wish besday cikgu tersebut kepada suami saya kalau sesiapa baca mesti sakit hati, ayat mengalahkan remaja bercinta (hahahaaa), minta jaga hati, jaga diri, jaga kesihatan, jaga semua.

Bagi suami saya brownis yang dia kirimkan kepada anak muridnya sebab ayah anak murid tersebut bekerja sekali dengan suami saya.

Nak suapkan suami saya tak boleh, katanya menerusi tulisan pada buku wish birthday suami pada tahun 2019.

“Semoga ALLAH sentiasa melindungi, menjaga dan merahmati sayang. Umi terlalu sayangkan sayang.

Menjadi seorang yang berguna untuk sesiapapun, Umi tetap dan akan cuba berusaha untuk jadi yang terbaik dan membuat sayang bahagia walau dengan kesederhanaan.” (antara bait-bait dibuku). Romantik kan kalah muda mudi bercinta. Kelakar pun ada.

Saya ada tanya, bilanya mula panggil gelaran sayang? cikgu tersebut cakap baru lagi dalam bulan 6 tahun 2021 tu pun tak serius sekadar suka suka ja panggil.

Rasanya dia lupa pasal wish tahun 2019 dah start sayang sayang bagai.

Ada cikgu tersebut post di facebook, buah madu ok, madu lebah ok tapi kalau hidup bermadu tak ok (kelakar pulak, habis yang ganggu rumah tangga orang untuk apa)

Berkenan bra, dia bagitau tak ada niat apa pun. Sebab dia anggap suami saya “BFF” dia, jadi dia saja melawak minta tolong belikan dan dia yakin suami saya tidak akan belikan.

Suami saya tak sempat nak belikan sebab dah kantoi (hahahaaa). Saya memang tidak percaya pada suami dan cikgu.

Saya tidak salahkan 100% kepada cikgu, tapi saya rasa ralat, terkilan sebab saya memang hormat cikgu.

Berkaitan suami saya, saya masih lagi melancarkan perang. Saya memang nak berjumpa 4 mata saya, suami saya, cikgu dan suami cikgu inshaaALLAH.

Di bulan yang mulia ni harap semua doakan yang baik baik dan diberikan petunjuk, dibukakan jalan buat saya sekeluarga dan cikgu tersebut.

Saya takut saya terbuka aib. Saya mohon ampun maaf walaupun hati saya remuk, terluka.