Tak tahu masa tu umur aku berapa. Yang penting abah ambil bawa aku balik rumah. Emak tak sempat tanya abah

Salam semua.. Nama aku Laila (bukan nama sebenar). Anak tunggal, dah berkahwin, ada anak seorang..

Aku dapat tahu aku anak angkat sebelum aku bertunang, pada umur 22 tahun.

Ada satu malam beberapa hari sebelum bertunang tu, umi aku panggil masuk bilik dia dengan suara sebak..

Umi bagi tahu kebenaran yang aku adalah anak angkat. Aku menangis, bukan sebab sedih aku ni anak angkat, tapi sebab macam dah dapat rasa sebelum ni dan ianya betul..

Tapi alhamdulillah bakal tunang aku (sekarang suami) dan keluarganya dapat terima kebenaran ni..

Selepas bertunang, bermula lah episod aku naik turun mahkamah untuk apply wali hakim.. Kena dapatkan keputusan mahkamah bahawa aku ni betul anak angkat dan tiada siapa yang boleh jadi wali aku..

Dan disinilah baru aku tahu cerita dari mana aku ‘datang’..

Dari cerita umi pada lawyer, umi berkahwin dengan abi dan jarak umur mereka dalam belasan tahun juga..

Aruwah abi seorang businessman yang jarang ada di rumah. Kerap outsation oversea, tapi umi tak tahu pun abi ni buat bisnes apa..

Umi sejenis isteri yang sangat taat pada suami, jenis isteri zaman dulu dulu tu.. Tak banyak tanya pasal suami, percaya suami sepenuhnya gitu..

Pada satu hari, takde angin takde ribut, abi bawa balik aku ke rumah. Tak tahulah berapa umur aku masatu, baru lahir? Dah sebulan? Tak sure..

Tapi yang penting, aku lahir bulan 0gos, dan abi meninggal dunia bulan Oktober tahun yang sama aku lahir.

Ya, jarak hanya 2 bulan sahaja. Itu yang tertulis di surat beranak aku dan batu nisan aruwah abi..

Dari cerita umi, umi tak sempat nak tanya banyak pada abi sebab terus busy jaga aku.. Dan dia tersangat happy masa tu kerana lama juga umi dan abi tunggu nak dapat anak sendiri..

Aruwah abi takda tinggalkan langsung nota atau surat mengenai aku..

Jadi umi memang tak tahu mana asal usul aku bila ditanya oleh hakim mahkamah. Sehingga ada angkat sumpah sambil bacakan statement tak tahu dari keluarga mana aku datang..

Dan berita ini tersebarlah pada seluruh keluarga aku. Rupanya makcik pakcik aku belah umi dan belah abi semuanya tahu tentang status aku..

Yang buat aku betul betul terharu, selama aku hidup dan bersama mereka, tak pernah langsung aku terasa macam aku ni orang luar..

Mereka layan aku macam drah daging mereka sendiri.. Alhamdulillah sangat untuk part tu..

Tapi ada rumors yang aku dapat dari sepupu sepupu rapat aku, yang mak mereka sendiri cerita, aku ni asal dari Pahang, daerah sekian sekian.

Anak ke-sekian daripada sekian.. Masa aku tahu pasal ni, aku dah rasa pelik..

Sebab umi dah angkat sumpah tak tahu asal usul aku. Macam mana adik umi aku boleh tahu dengan detail pulak. Tak kan dia nak bohong anak anak dia pulak kan.. Takda faedah..

Jadi aku nak tanya pendapat semua, patutkah aku cari keluarga kandung aku, walaupun tak tahu nak start dari mana..

Walaupun setelah 5 tahun tahu kebenaran ni, aku tak cari mereka. Suami pun kadang ada bertanya juga nak cari keluarga kandung..

Tapi demi jaga hati umi yang besarkan aku seorang diri berpuluh tahun, aku tak pernah rasa kekurangan, dari segi kasih sayang dan kewangan..

Aku katakan biarlah dulu, aku nak focus besarkan anak. Sejujurnya aku cukup bersyukur dan sayang umi sepenuh hati..

Tapi sejak akhir akhir ni, banyak kali terdetik nak tahu siapa ibu kandung aku. Kalau betul cerita makcik aku maknanya aku ada adik beradik dekat luar sana..

Kenapa ibu kandung aku bagi aku pada aruwah abi. Banyak persoalan. Atau aku harus kuburkan saja hasrat mencari mereka, tunggu di syurga nanti sajalah baru berjumpa..

Kalau ada yang pernah berpengalaman macam status aku ni boleh kongsikan ya.. Aku baca.. Thanks in advance.. Saya sangat hargai pendapat anda..