Org lain nampak kami bahagia tapi cuma ada perkara yang sy simpan. Suami hanya sentuh saya masa awal perkahwinan sahaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maafkan saya kerana terpaksa berkongsi kisah rumahtangga saya di sini. Sukar untuk saya meluahkan rasa hati yang dah lama terpendam.

Untuk intro, saya berumur 36 tahun dan suami tua setahun dari saya. Sudah berkahwin selama 10 tahun. Berkahwin atas dasar cinta, tiada paksaan dari keluarga.

Perkahwinan kami nampak bahagia di mata orang luar termasuk ahli keluarga sendiri. Cuma ada sesuatu yang saya simpan bertahun lamanya.

Sudah 10 tahun kami tidak bersama. Suami hanya menyentuh saya pada awal perkahwinan. Rezeki saya mengandung seawal sebulan selepas pernikahan kami.

Selepas disahkan mengandung, suami tidak mahu bersama dengan alasan mungkin boleh menyebabkan keguguran. Saya akur.

Sejujurnya saya tidak gembira selepas mengetahui saya mengandung.

Sebelum bernikah lagi saya sudah memberitahu suami saya mahu menikmati perkahwinan kami dan mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam sebelum kami mempunyai anak.

Namun, suami kata dia mahukan anak awal. Saya akur dan cuba mensyukuri nikmat pemberian Allah ini.

Semasa tempoh mengandung hanya sekali suami bersama saya namun kerana saya merasa tidak selesa, tiada lagi percubaan bersama selepas itu.

Selepas bersalin, kami masing masing sibuk dengan anak dan kerjaya. Selepas anak berumur setahun, saya cuba mengajak suami untuk bersama tetapi hambar. Kejadian itu berterusan sehingga sekarang.

Tiga tahun lepas saya pernah berjumpa pakar psikiatri mengenai isu rumahtangga saya. Masa itu kami bergaduh besar mengenai hal lain dan saya takut saya mempunyai ciri ciri kemurungan.

Selepas berjumpa pakar, pakar merasakan isu yang kami gaduhkan itu sebenarnya bertitik tolak dari isu sebenar, tiada hubungan kelamin selama bertahun tahun.

Pakar mengesahkan mental saya sihat dan meminta isu sebenar ini diselesaikan. Pakar ingin berjumpa suami, tetapi suami enggan.

Saya pernah sangsi suami sebenarnya songsang. Saya pernah meluahkan rasa sangsi ini terhadap suami, namun dia menidakkan.

Saya pernah cuba melihat telefon suami dan whatsapp mesejnya. Namun dia seorang yang akan membuang semua perbualan mesej nya dari awal awal perkahwinan kami lagi.

Kami pernah ada cubaan bersama juga beberapa tahun lepas tetapi gagal kerana barang suami tidak dapat naik. Saya ok sahaja walaupun ada sedikit kecewa. Saya yakin suami juga merasa kecewa.

Saya pernah mengesyorkan suami berjumpa pasar sakit tuan, tetapi suami memberi alasan dia sibuk bekerja. Kata nya dia bernfsu tetapi barangnya susah nak naik.

Selalunya dia akan buat sendiri di dalam bilik air sekiranya bernfsu kerana itu lebih mudah.

Kami pernah cuba pergi honeymoon berdua. Tapi akhirnya dua dua kaku tidak tahu apa yang perlu dilakukan. End up suami tertidur dan saya menangis semalaman.

Suami pernah berjanji dia akan cuba perbaiki dirinya. Saya nampak effortnya beberapa hari sahaja selepas kami bergaduh, tetapi tak pernah end up bersama.

Saya pernah terjumpa suami membeli minyak lintah yang kononnya boleh membantu membuatkan seseorang bernfsu, tapi saya kurang pasti dia ada gunakan ataupun tidak. Saya senyapkan sahaja.

Saya sebenarnya malu untuk berbincang hal kelamin ini dengan suami. Saya yakin suami pun sama.

Saya cemburu melihat pasangan lain yang mengandung lagi selepas mempunyai anak. Pastinya mereka mempunyai hubungan kelamin yang membahagiakan.

Saya buntu. Saya tak tau apa lagi yang perlu saya lakukan. Perlukah saya bertahan lagi dalam perkahwinan ini?

Sejujurnya saya sangat sayangkan suami dan itu yang membuatkan saya masih bertahan dalam hubungan ini walaupun hubungan kami hambar.

Kadang kadang rasa seperti saya mempunyai rakan sebilik, bukan suami.

Adakah nafkah batin yang menjadi tanggungjawab seorang suami adalah hubungan kelamin semata?

Berdosakah seorang suami sekiranya dia tak mampu bersama dengan isterinya?