Baru aku tahu selama ini aku telah dimadukan. Suami kahwin secara rahsia, sngat kecewa bila tahu. Mereka pernah cerai dan rujuk semula.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa tengok Drama 7 Hari Mencintaiku
Tapi bila tiba tiba rumah tangga aku yang sudah ku bina bersama suami tersayang selama 6 tahun terpalit dengan kisah orang ketiga aku jadi kaget sebentar.

Aku berkenalan dengan suamiku tak lama. Orang kata bercinta lepas nikah la senang. Proses berkenalan, bertunang dan nikah sangat lancar.

Kedua dua family approve. Tak sempat pun rasa dugaan bertunang. Keluarga mertua pun alhamdulillah sangat baik dengan aku. Pekerjaan dan gaji suami pun alhamdulillah.

Kelengkapan asas untuk isteri seperti rumah, makan, pakaian dan kadang kadang bercuti di luar negara semua aku rasa. Kalau orang luar tengok macam indah saja perkahwinan aku.

Ye betul aku tak nafikan banyak perkara nampak indah dan ada certain things tentang suamiku yang buat aku keliru dan pelik. Tapi aku selalu pujuk hatiku ini lah dugaan bercinta lepas nikah kot.

Maksud aku keliru dan pelik ialah suami aku sangat berahsia tentang berapa gaji dia, komitmen setiap bulan dan apa saja tentang perbelanjaan dia.

Aku bagitahu dia yang aku nak tahu bukan untuk meminta tapi untuk saja saja dan kepuasan hati.

Walaupun aku sebenarnya dah tahu berapa gaji dia sebab aku terjumpa slip gaji dia dan komitmen setiap bulan dia pun aku agak agak saja since rumah, bil api, air dan insurans semua dia bayar.

Kalau kata takut aku meminta lebih, aku bekerja juga. Jadi banyak belanja extra seperti shopping baju ke, deco rumah ke yang melebihi bajet dia semua pakai duit aku.

Kalau aku terlebih pakai duit dia walaupun beli chocolate pun aku bayar balik. Senang cerita die rekod berapa aku pinjam dan aku mesti akan bayar balik.

Lepas beli barang keperluan rumah, biasa dalam kereta dia akan soal aku kenapa beli itu beli ini sedangkan semua yang aku beli barang yang dah kehabisan stok di rumah.

Aku fikir tak kan gaji habis terus kalau beli barang. Kad dia kalau dah masuk saja kereta kena terus bagi dia.

Walaupun masa tu aku belum letak kaki dalam kereta lagi pun dia dah minta kad dia. Kalau aku tegur dia tak sabar dia akan marah aku. Jadi lama lama aku malas nak layan just ikut cara dia.

Balik kerja lewat pun selalu buat aku pelik. Kenapa pelik? Sebab aku tahu dia akan habis kerja sampai pukul berapa dan apa aktiviti dia selepas habis kerja. Ini dia la bagitahu aku.

Aku percaya saja. Biasanya dia akan spent masa dia untuk membaca sebab itu hobi dia.

Aku pelik kenapa dia tak boleh balik terus dan buat hobi dia di rumah. Aku fikir masa yang sama boleh spent masa dengan anak kecilku ini.

Aku kesian anak aku hanya spent masa dengan ayahnya pada hari minggu saja. Bapa mertuaku pun pernah menegur tapi sehingga anak 2 tahun pun tiada perubahan.

Banyak sebenarnya perkara yang dia buat merunsingkan aku. Banyak juga perkara kecil dia akan senang marah aku dan banyak kali juga aku berkecil hati dengan dia.

Walaupun bukan salahku, aku cuba juga untuk mohon maaf sebab aku tak nak hidup dalam suasana muram dan biasanya aku yang mulakan perbualan.

Aku dibesarkan oleh ibu tunggal. Environment family aku tak secantik macam family mertuaku.

Jadi aku takut kehilangan semua tu dan aku tak nak anak aku hidup seperti aku kalau asyik bergaduh saja jadi aku yang akan selalu mengalah.

Sampai la satu malam semua kekeliruan aku terjawab apabila aku tertarik nak cek hp suamiku. Dia tak pernah sorok hp sebab dia tahu aku percaya pada dia.

Aku tak pernah fikir pun dia akan ada rahsia perempuan lain selain aku. Macam mana pun dia layan aku yang aku ceritakan tadi, tapi banyak lagi kebaikan dia pada aku jadi aku sangat yakin pada dia.

Allah Maha pemurah lagi Maha penyayang. Baru kutahu selama ni aku mempunyai seorang madu.

Paling susah untuk aku terima ialah suamiku berkahwin secara rahsia semasa tempoh kami bertunang selama 6 bulan. Mereka sudah berkenalan lama sebelum suamiku berkenalan denganku.

Mereka pernah bercerrai sekali sebelum kami bernikah tapi rujuk semula selepas seminggu kami bernikah. Maduku tahu kewujudanku cuma aku yang masih berada dalam khayalan.

Hati isteri mana yang tak hancur apabila di madu dengan cara penipuan seperti ini setelah 6 tahun mendirikan rumah tangga.

Alasan suamiku untuk menjaga maduku yang mempunyai penyakit kronik. Dan juga perasaan sayang pada dia.

Aku menangis tidak henti sampai satu ketika aku terfikir adakah ini tiket syurga yang Allah nak tunjuk kepadaku? Perlu ke aku sama sama bantu kewangan suamiku untuk menyara maduku?

Ikhlas ke aku? Walaupun suamiku mohon ampun berkali kali padaku dan katakan cintanya padaku tak pernah luntur tapi aku berserah saja pada Allah kerana sesungguhnya aku hanya hamba yang lemah.

Jadi, begitulah kisah novelku. Luahan ini bukan la niat nak mengaibkan sesiapa cuma hatiku sudah berkecai dan masih sukar untuk aku menerima ditipu hidup hidup oleh sang suami yang di cintai selama ini.