Terus saya tarik mereka pergi naik flight. Mereka bingung tanya kenapa dan hanya yang sulong tanya nk ke mana

Saya tahu hampir semua daripada kita mempunyai bekas kekasih sebelum mendirikan rumah tanggga.

Samada bekas kekasih itu melukakan atau membahagiakan, itu sahaja. Kenangan akan tetap menjadi kenangan.

Assalamualaikum. Saya Tifa, berumur akhir 30an, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Kehidupan rumahtangga saya dan suami serta anak anak teramatlah bahagia, dengan rezeki yang melimpah ruah.

Namun semuanya dirobek keras apabila suami kantoi menghubungi bekas kekasihnya beberapa bulan yang lalu.

Geram. Sakit hati. Pedih. Jantung bagai nak pecah!

Semuanya bermula apabila suami kantoi membeli barang jualan dari bekas kekasihnya. Suami menipu dengan mengatakan pada saya bahawa dia membeli barang tersebut dari staff di pejabatnya.

Ingin saya ingatkan kepada pada isteri di sini, Allah itu maha adil, dia memberikan kita sang isteri INSTINCT yang maha hebat. Gunakanlah kelebihan itu dengan sebaiknya, jika terdetik di hati ada perkara yang tidak kena maka pergilah semak suami mu!

Dalam situasi saya, hanya beberapa bulan suami selepas menghubungi bekas kekasihnya, dia kantoi dengan saya dek kerana suami seorang yang bukan perahsia, saya boleh mengakses telefonnya.

Suami handal, dia act seperti tiada apa apa sepanjang penglibatan dia menghubungi bekas kekasihnya. Dia tidak membawa telefon ke kamar mandi, tidak pula 24 jam dengan telefon.

Semuanya act seperti biasa. Saya fikirkan semuanya okay sehingga tiba di hari kejadian, Allah memandu saya untuk membuka telefonnya seawal pagi selepas subuh.

Nah! Pesanan whatsapp yang merobek hati saya. Saya membaca satu persatu sambil tangan kiri mengetik kamera telefon saya untuk menangkap gambar semua perbualan sebagai bahan bukti.

Saya juga sempat ‘link’ whatsapp suami dengan laptop saya. Perbualan yang sangat caring!

Pada pagi itu juga, setelah suami siap untuk ke pejabat, saya katakan pada suami ‘saya dah tahu abang beli dari siapa. Jangan tipu’.

Dia terkedu, terduduk di sofa. Saya? Terus naik ke tingkat atas rumah meninggalkan dia seorang diri. Air mata langsung tidak menitik kerana geram mengatasi segalanya.

Sewaktu itu anak anak bercuti sekolah kerana kurang sihat. Sewaktu suami ingin ke pejabat dan mahu bersalaman seperti biasa, saya jerit pada anak anak ‘don’t touch him!’.

Anak anak terkejut dan berdiam diri sambil dia juga terkedu melihat saya menjadi lebih singa dari singa biasa.

Suasana pagi itu sangat meruntun jiwa saya, sunyi sepi tiada gelak ketawa, tiada pekikan anak anak dan tiada ciuman dari saya atau dia. Bagi saya semuanya hilang sekelip mata.

Ya, kami pasangan yang sangat romantis walaupun saya seorang yang sangat tegas. Sebelum kemelut ini berlaku, hari hari kami sangat indah, sayalah wanita yang paling bahagia di atas bumi ini. Suami menyayangi saya seperti menatang minyak yang penuh.

Sebelum ke pejabat, ciuman dan pelukan tidak akan kami lupakan. Sebelum tidur suami akan sentiasa menkucupi saya.

Saya tidak sihat beberapa bulan suami akan melayani semua kehendak saya, breakfast in bed. Saya lapar di tengah malam juga suami akan sediakan makanan, suami akan melakukan semua kerja kerja rumah .

Dek kerana bekas kekasih, semuanya berubah. Hati saya tawar, setawar air minuman spritzer. Setelah suami pergi ke pejabat, saya mengemas baju dan luggage, memasukkan ke dalam kereta.

Menyiapkan anak anak lantas meninggalkan rumah. Saya nusyuz hari itu kerana tidak mendapatkan kebenaran dari suami untuk keluar rumah.

Bila seorang wanita marah, tong gas pun boleh di angkat, apatah lagi nak keluar rumah tanpa kebenaran suami!

Saya membeli tiket kapal terbang untuk kami 4 beranak, terus saya meluncur laju ke KLIA. Urusan pada hari itu sangat mudah bagaimanapun hati saya berasa sangat tidak selesa.

Saya tiba di Malaysia Timur pada petang hari yang sama, hanya untuk memujuk hati.

Saya lihat muka anak anak dan akhirnya saya menangis semahu mahunya. Anak anak memeluk saya dan bertanya kenapa.

Sepanjang perjalanan hanya si sulong bertanya kemana kita mahu pergi?

Mereka tidak kaget dengan perjalanan tersebut kerana saya dan suami memang kerap travel last minute, kerap merancang percutian di akhir waktu dan jelas pada waktu itu anak anak fikirkan mamanya mahu berjalan jalan sehingga ke Malaysia Timur.

Petang setelah saya check in di Hotel, saya menerima panggilan dari suami. Tapi saya abaikan. Semua pesanan whatsapp dari suami saya abaikan. Saya juga menyekat semua nombor suami dari telefon anak anak.

Perancangan saya pantas, saya tidak mahu diganggu. Si suami menghantar pesanan whatsapp bertubi tubi, bertanyakan dimanakah saya kerana dia pulang tanpa seorang pun ada di rumah.

Berhari hari dia memujuk saya sehingga keesokan harinya dia pergi ke setiap hotel di daerah rumah kami untuk mencari saya.

Saya tahu kerana saya dapat melihat GPS kereta yang digunakan suami ketika itu . Dia kata dia rindu. Tapi hati saya hancur berkecai dibuatnya.

Malam kedua, kami confront melalui pesanan whatsapp. Saya hanya mampu menaip, tidak mampu voice mail atau bercakap di telefon kerana saya tahu saya akan menjerit dan menengking sekeras kerasnya.

Penjelasan demi penjelasan saya minta tapi biasalah sang lelaki tidak akan mengaku!

Dia kata dia hanya berkawan, dan saya bertanya kenapa perlu berkawan jika tahu saya akan marah!

Malam ketiga saya meminta bayaran semula kepada saya nilai yang sama dengan barangan yang suami beli dari bekas kekasihnya. Dan saya juga meminta akses kesemua akaun simpanannya untuk saya mengaudit transaksi suami.

Alhamdulillah Clear. Dalam pada masa yang sama, saya meminta suami untuk buang barang barang tersebut untuk mengubat hati saya yang sedang sakit.

Suami akur, menyekat nombor dari bekas kekasihnya, membayar gantirugi kepada saya, saya dapat mengaudit akaun simpanan nya, dan membuang barang barang yang bernilai beribu tersebut.

Dan suami fikir dia telah dapat memujuk hati saya.

Oh tidak! Saya belum ingin pulang ke semananjung, kegilaan saya masih di skala 10.

Saya provoke suami dan dia mulai rimas dan marah. Saya gertak untuk dilepaskan kerana sakitnya hati diperbodohkan.

Kerana kerap saya berpesan pada suami sebelum ini, jika hati dah beralih arah jangan tangguh untuk beritahu saya, saya okay pada rejection tapi tidak pada penipuan.

Dalam kemarahan dia, saya ulang mengatakan bahawa hati saya retak seribu. Dia mengaku yang dia juga sakit kerana memperlakukan saya begitu.

Jika dia tahu keadaan sebegini, dia tidak akan menghubungi bekas kekasihnya. Dia menyesal dan hilang arah.

Saya katakan pada suami bahawa dia tidak perlu menyesal kerana dia pasti telah berfikir kedepan apa yang akan terjadi jika saya tahu, seawal hari pertama mereka berhubung.

Proses pujuk memujuk mengambil masa dari seawal pagi sehingga ke jam 1 pagi, berulang setiap hari sepanjang 7 hari.

Ada hari yang saya malas untuk mereply dan suami akan menjadi orang yang hilang arah. Sampai saat saya mahu pulang ke Semenanjung, saya terus pulang ke rumah kedua kami.

Suami hanya tahu saya sudah di semenanjung apabila saya mengatakan saya sudah sampai. Dia datang tanpa berkata apa apa. Tanpa memujuk kerana saya berkurung dibilik sendiri.

Saya berasa sangat penat! Minta untuk dilepaskan suami tidak mahu, mahu melakukan aktiviti seperti biasa perlu berhadapan dengan suami pula!

Saya jadi penat melayan emosi sendiri. Natijahnya malam itu saya campakkan krystal yang ada di dalam bilik ke dinding tanda sedih saya tidak tertanggung.

Suami datang dan mengutip setiap satu kaca yang berderai dan saya katakan padanya ‘itu hati saya yang dah berkecai. Kalau abang rasa boleh repair dengan tangan sendiri tanpa menggantikan dengan yang baru, cubalah!’

Saya terus berlalu.

Keesokan harinya setelah seminggu lebih saya kemurungan, saya didatangi suami untuk confront.

Saya bertanya, menjawab, bertanya, menjawab dan menjawab, suami hanya terkedu dan sampai satu saat saya menampar pipi suami dek kerana sakitnya hati.

Saya terduduk dan saat itu saya mula menangis di hadapan suami. Suami duduk disebelah saya dan memeluk erat sambil mengucup dahi dan ubun ubun saya.

Saat itu saya merasakan setiap tindak tanduk suami hanyalah lakonan semata mata. Tidak ada satupun yang saya percaya. Kepercayaan saya pada suami sudah tiada.

Terlalu sakit apabila kepercayaan dikhianati. Silap saya kerana terlalu mempercayai suami. Terkadang saya tinggalkan dia berseorangan berhari hari kerana mengejar rutin perniagaan saya.

Saya ingatkan itu perkara MUTUAL kerana kami pasangan PJJ bertahun tahun lamanya sebelum ini.

Saya ingatkan suami seorang yang kuat untuk mempertahankan cinta kami, tetapi tidak! Godaan dari pihak ketiga itu amat dahsyat! Dan bekas kekasihnya juga memang sudah mengejar suami saya bertahun tahun lamanya,

Cuma baru tahun lepas suami kecundang! Saya fikirkan ini lah dinamakan MID LIFE CRISIS bagi seorang lelaki. Mungkin.

Dalam proses kembali kepada suami dan hidup seperti dulu, banyak yang saya ambil kira. Saya hanya menyalahkan bekas kekasih suami kerana menggoda suami, yang lainnya saya meletakkan kesemua kesalahan pada suami.

Gatal, Mid Life Crisis, Tidak sedar diri, dll. Saya?

Masih bermuhasabah diri untuk mencari apakah hikmah disebalik kecurangan ini. Pada masa yang sama, untuk saya meletakkan kepercayaan saya semula pada suami, kami telah bersepakat untuk membuat perjanjian.

Mungkin ini membolehkan kepercayaan saya kepada suami wujud kembali, wallahualam.

Kepada para suami, apakah yang bermain di kepala mu sehingga kamu terjebak kembali kepada cinta lama? Hidup kosong dan bosan?

Kenapa tidak terus luahkan pada isterimu biar isterimu lebih bersedia? Kenapa perlu berbohong?

Kepada para Bekas Kekasih yang telah membuat onar, tidakkah kamu lihat betapa porak perandanya rumahtangga yang telah dibina kerana kehadiran kamu?

Kenapa masih mengejar cinta lama, tidak bahagiakah kamu sekarang? Tidakkah kamu kasihan pada kaum sejenis mu?

Tidak rasa bersalah??? Kamu yakin bekas kekasihmu akan meninggalkan isterinya?

Saya juga seorang bekas kekasih, tetapi saya masih ada nilai dan harga diri.