Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada admin kerana sudi siarkan luahan hati saya. Saya cuma mohon admin siarkan supaya cerita ni dijadikan teladan dan peringatan kepada perempuan perempuan yang bergelar isteri terutamanya.
Abang saya namakan S dan kakak ipar saya namakan Kak C sememangnya dah mempunyai 3 anak. Kak C lebih muda 6 tahun daripada saya.
Pada awal perkahwinan, kami adik beradik tidak ambil tahu kehidupan mereka bahkan sentiasa berlapang dada bila kak C dari awal hingga masuk usia 9 tahun perkahwinan sentiasa pilih kasih dan melebih lebih keluarga sendiri.
Masih saya ingat semasa adik kami masih belajar, bila abang hulur duit buat belanja di U, pasti mukanya masam lebih masam daripada cuka. Jeling maut.
Tetapi bila adiknya jahanamkan kereta abang.. suami dia.. boleh pulak dia kata ‘alah sikit je’. Ooo sikit ye sampai bocor enjin kena tukar enjin baru.
Kalau kumpul adik beradik ramai ramai hari cuti umum atau yang jauh jauh balik kampung, mestilah buat makan makan, jamu adik beradik… Pun boleh kak C marah suami keluar duit untuk beli apa apa yang kurang.
Jelingannya membuatkan aku benci tapi aku tahan je amarah demi jaga air muka abang. Abang.. bukan dia tak sedar isterinya begitu tapi dia masih cara dia, slow dan simpan dalam lubuk hati. Slow bukan makna dayus tapi jaga amarah sendiri dan malu sendiri dengan perangai isteri.
Kami adik beradik sudah tiada mak dan ayah sejak 18 tahun yang lalu, hidup sama adik beradik je. Dan sekarang semua dah berumah tangga.
Dalam ramai ramai ipar duai hanya kak C seorang saja yang berperangai sebegitu. Tak suka campur adik beradik kami, datang rumah pusaka hanya asyik dengan telefonnya sampai ke sudah. Nak makan pun sampai suami kena panggil. Itu pun lepas dah habis ketap bibir tahan marah.
Untuk makluman, adik beradik aku sangat sangat sporting semuanya daripada yang sulong sampai lah yang bongsu. Pilih kasih tiada dalam kamus hidup kami sama ada ipar duai mahupun anak anak sedara. Semua sama rata.
Anak dia, anak kakak dan semua adik beradik lain adalah anak anak kami semua. Buat salah kena tegur kalau gaduh semua kena. Tapi anak dia, anaknya pun sudah mula ikut perangai kak C. Adu domba dan mengadu benda yang orang lain tak buat. Manja nya ngada ngada dan kadan kadang susahkan orang lain.
Abang suka kalau kami pergi rumahnya tapi kami sendiri agak berat hati ingin ke rumahnya kerana kak C sendiri. Dia suka buat muka dan cakap endah tak endah bila kami bertanya.
Anak anak main sepah sepah lagila ditarik muka nya. Buat air untuk kami minum, kadang kadang kami tolak tak payah sebab tak sanggup dengar gegang gegang ketung ketang berlaga gelas dan pinggan bila dia buat air. Nampak sangat tak ikhlas sambut kami.
Akhir akhir ini, makin teruk dibuatnya abang aku. Balik kerja penat, takde nasi takde lauk untuk dimakan. Even air setitik pun takde dihidang. Sudahlah penat, makan sendiri buat atau beli. Anak anak pula nak kena urus sebab kak C dekat rumah kerjanya cuma main fone fb, whatsapp dsb nya berkaitan.
Anak anak pun hanya makan nugget, aiskrim, biskut roti. Sebab memang kak C tak masak. Malam malam tido lambat 2, 3 pagi anak anak pun terikut.
Pagi pagi orang dah ke Mekah dia masih di katil sampai Zohor. Apa nak jadi isteri macam ni. Bila kemuncak dia rasa penat, anak anaknya dihantar ke rumah abang aku yang lagi sorang supaya boleh makan dan main sama sama dengan anak abang ni.
Alhamdulillah kakak ipar dan abang aku yang ni baik dan tak berkira bahkan anak anaknya diberi makan secukupnya. Suap nasi bertambah tambah makannya. Aku terpikir macam mana dikatanya anaknya tak suka makan nasi? Sedangkan bila datang je umah abang aku atau kakak aku yang lain.. boleh je minta nasi.
Aku personally dah tegur baik baik abang dan kak C bahkan berkias tapi tetap sama dan dikatanya aku busy body.
Ya Allah.. bantulah abang aku. Kuatkan hati dan jiwa untuk didik akhlak isterinya. Dia tidak gagal didik isteri tetapi isterinya gagal menjadi baik kerana suaminya yang terlalu bertolak ansur.
Ya Allah abg aku bukan dayus, dia cuma mencari kekuatan untuk berhadapan dgn situasi yang amat menyukarkan hidupnya.
Aku hanya mampu berdoa dan berdoa. Moga ada sinar perubahan buat kak C dan moga anak anaknya dijaga dengan baik dan cukup makannya.
Bukan tak berduit tapi selalu suka sebut duit takde duit xde, hakikatnya dia sendiri ada income.. walaupun income abang aku agak besar juga.
Moga cerita ini dijadikan sempadan dan peringatan untuk kita isteri isteri yang dambakan syurga daripada suami. Ingatlah.. suami itu syurga kita