Atas apa yang Jejai lakukan pada aku dan anak2. Semoga ada balasan untuk dia suatu hari nanti. Hati aku dah roboh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku dulu berkahwin dengan lelaki yang aku namakan ‘jejai’. Ni takda kaitan dengan artis ya, saja aku main letak ja nama.

Setelah berkahwin hampir 7 tahun dan dikurniakan tiga anak, aku ambil keputusan untuk tuntut fasakh sebab tak tahan dengan sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab jejai.

Aku akui silap aku semasa memilih sebab masa aku pilih dia dulu aku tertipu lepas tengok luaran dia yang macam beragama. Tambahan dia dulu memang sekolah agama.

Jadi aku percaya dialah insan yang bakal membimbing dan menjaga aku. Rupanya tu hanya lakonan semata.

Penunggang agama itu memang wujud. Jadi tolong wanita jangan tertipu macam aku.

Kalau tanya aku, jadi nak pilih yang macam mana, kalu tanya hati kau sendiri lah, jangan sebab tengok luar macam aku, terkena sendiri.

Disclaimer : aku tak kata kat semua, ni sebahagian yang realiti memang wujud.

Fasa penderitaan aku sepanjang berkahwin terlalu banyak untuk aku cerita satu persatu. Rasa sampai tahun depan tak habis kalau nak mengadu nasib. Aku pun dah banyak padam dari memori.

Ada certain part ja yang masih melekat. Yaitu ketidakpedulian dia dekat isteri dengan anak anak yang lahir dari benih dia.

Aku sampai satu tahap tak mampu bekerja dek kerana depresi dan mental dengan suami. Aku pernah beberapa kali cuba bnuh diri.

Dia lepas tanggungjawab semua atas bahu aku, kalau bekerja pun dia sekadar untuk mengaburi mata orang lain (again berlakon).

Gaji dia untuk belanja perut dia sendiri. Sedangkan aku, anak anak aku handle semua termasuk ketika aku bersalin. Aku pernah ditinggal sorang sorang tanpa makan lepas aku operation anak kedua.

Trauma dia sampai sekarang aku rasa. Benda ni yang masih melekat (aku terasa lagi pedih perut kena czer tu lepastu pedih tak makan apa dari pagi sampai malam sebab dia tak mai hospital hantar makan. Oh ya aku beranak swasta masa tu ayah aku yang bayar).

Lepastu ada hutang hutang bank dia yang aku perlu hadap bayar setiap bulan. Bank call aku tak berhenti henti.

Ada dia hadap? Takkk, dia kan bebas hutang. kah kah kah. Dan berpuluh ribu duit aku burn untuk bisnes dia yang tak pernah menjadi.

Dia buang buang duit berbisnes sana sini masa tu, senang ja sebab yela duit bukan dia yang cari sendiri. Duit aku kan. Aku bdoh? Ya memang masa tu bdoh, lembik sangat, orang ambik kesempatan sana sini.

Aku sampai pikir, serious tak pernah jumpa lelaki macam jejai. Dia ibarat luaran malaikat tapi dalaman seperti iblis. Hati dia memang busuk dan aku bersyukur aku akhirnya sedar dan berjaya keluar dari dia dan keluarga dia.

Bertahun aku terbelenggu, tekanan tak terluah ke sesiapa. Akhirnya lepas bersalin anak last, aku kumpul duit dan tuntut fasakh. Ya, Aku terpaksa membayar untuk pembebasan diri sendiri. Takpa, aku lega.

Apa yang jejai tak buat masa tu, macam macam cara diguna untuk pujuk aku. Dan bila gagal, sebab hati aku memang keras macam batu masa tu. Dia lastly burukkan sajala aku di merata tempat sebagai perempuan jahat yang menuntut cerai dan ada jantan lain.

Macam mana aku tau, ya of course la semua tu ramai ja orang cerita dekat aku. Ayah aku pun mula mula tertipu percaya dia. Siap backup jejai dan marah aku, sebelum dia tau kebenaran tentang jejai.

Keluarga dia juga membuang saja aku, dan membela adik mereka jejai. Tapi aku sikit pun tak berkecil hati. Malah aku sangat bersyukur dijauhkan dari keluarga dia yang munafik dan hipokrit semata.

Aku bersyukur sebab hakim lastly menyebelahi aku di mahkamah dan dia terpaksa melafazkan talak. Aku memang rasa macam lagu i’m like a bird nelly furtado tu.

Setelah bercerrai aku mula bina kembali hidup aku. Ya aku akui aku susah sangat sangat masa tu, meminjam merata tempat untuk bagi anak anak aku makan. Anak anak jadi saksi usaha keras aku.

Seriously memang diorang la sumber kekuatan aku. Aku apply balik job lama aku yang aku berhenti dulu. Bertatih dari bawah. Aku tahu takda siapa boleh bantu diri aku melainkan diri aku sendiri.

Ketika itu mana mungkin bekas ipar duai akan membela nasib aku dengan anak anak. Walaupun tertulis diperaturan agama, anak anak ini bawah tanggungan mereka jika bapak tidak menafkahi.

Tapi seperti biasa, itu hanya sebatas peraturan. Aku pun curious ada kah sesiapa lagi yang mengikuti ajaran agama bab ini zaman sekarang.

Aku tak pasti kalau keluarga lain tapi aku memang dibuang begitu saja lah setelah digunakan ke titisan terakhir.

Oh lupa nak bagitahu, masa duduk dengan keluarga ex aku, aku (yang bdoh) ni jugak kena tipu apply loan untuk ipar yang hingga kini tidak dibayar.

Sejujurnya aku rasa memang macam kain buruk lepas keluar dari family tu dulu. Aku seperti cacai mencuci najis najis loan yang ditinggal kepada aku oleh jejai dan saudara dia tu.

Biar aku merayu hak aku dibayar, mereka seolah mentertawakan aku sahaja. Haha mana diorang nak rasa sebab loan semua atas nama aku, aku yang bank cari setiap masa. Ya bdoh kan aku, hehe.

Kata kata kakak dia yang sulung masih aku ingat sampai sekarang. Masa tu aku betul betul susah, kalau tak aku memang tak kan contact dia.

Aku hanya mintak bantuan dia masa tu untuk sampaikan dekat adik dia jejai dan saudara dia supaya selesaikan hutang. Aku tak mintak nafkah anak apa semua memang aku tau dah tak kan bagi.

Yang aku mintak cuma bayar hutang ja masa tu. Sebab aku nak guna duit untuk belanja anak anak, sekolah, bayar hutang lagi.

Tetapi dia cuma ejek ejek, olok olokkan aku ja time tu Ya Allah malah dia suruh aku mintak duit saja dari bekas bapak mertuaku (yang masa tu sakit).

Hati aku sayu, hiba sangat dengan perangai bekas ipar masa itu, dan aku memang mintak Allah beri dia pengajaran dalam hidupnya.

Dia pun ada anak anak perempuan yang ramai. Aku harap dia akan rasa kesusahan aku masa tu. Masa tu Allah sahaja tempat aku mengadu nasibku seterusnya.

Ya, dekat mana yang aku cakap balasan Allah, balasan tuhan tu wujud untuk orang yang menzalimi? Dan hasil yang baik untuk hambaNya yang sabar dengan ujian hidup dan tak menyerah.

Percaya tak, sekarang setelah hampir 10 tahun. Aku akhirnya menghembus nafas lega dan kesyukuran pada yang esa.

Aku rasa manisnya nikmat, pelangi diberi setelah hujan, ribut, badai melanda. Allah kurniakan anak anak aku jadi anak anak yang soleh, baik akhlak ya Allah. Dan diorang sihat walafiat dilimpahi rahmat dan nikmat. Aku syukur.

Allah bagi aku dengan anak anak aku rezeki yang melimpah ruah sampai aku tak tau nak cakap apa lagi melainkan, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah Allah maha baik.

Mak ayah aku yang dulu hari hari susah hati kini tersenyum tengok aku kini bukan lagi si muram, si murung yang pernah telan pil untuk bnuh diri.

Anak diorang berjaya bangun kembali dalam hidup. Bayangkan mak ayah mana tak bahagia, tak happy kan. Allahuakbar.

Aku rasa itu hadiah terbesar paling bermakna aku boleh bagi dekat parent aku.

Sekarang cakap sahaja apa diorang nak aku akan beli bagi. Aku tolong renovate rumah bagi selesa mak ayah aku di usia tua mereka

Family aku makin melimpah ruah rezeki, bukan dari segi wang ringgit sahaja, juga kesihatan, dan segalanya.

Macam macam anak anak aku dapat. Selalu ada saja orang yang bagi hadiah, belanja makan sedap sedap.

Seriously untuk bercerita ni sebenarnya aku tetap rasa malu. Aku memang tak tonjol kehidupan aku dekat fb, aku jenis tak suka share hal peribadi dekat media sosial. Hal job aku, makan pakai aku, rumah aku, kereta aku, semua aku hide kan.

Tapi jujur aku cakap, semuanya terlalu indah. Macam fairytale.

Ini aku share supaya mana tahu jadi pembakar semangat buat ibu ibu tunggal atau janda yang ditinggal suami. Memang takda langsung niat mendabik dada atau riyak.

Sekadar aku share untuk membuktikan yakinlah balasan yang baik itu ada, dan yang buruk itu juga ada. Itulah namanya hukum alam.

Seriously, nak dibandingkan aku hari ini dengan hari itu, memang aku rasa macam dua insan yang berbeza.

Aku dah ada dua biji kereta habis bayar, rumah, motor, anak aku bersekolah swasta. Alhamdulilah gaji aku tiap bulan 5 angka. Kerja aku santai sahaja.

Aku tau ramai akan rasa macam rekaan, tapi percayalah ini kenyataan.

Dah dua tahun aku ada syarikat dan perusahaan sendiri. Ramai sebenarnya yang tawar aku bekerja dengan mereka sedangkan satu masa dulu siapa sangka aku macam kain buruk sahaja tak dipandang sesiapa.

Macam tak percaya kisah hidup aku ni. Tapi itulah kuasa yang esa. Yakinlah kuasa Allah itubenar

Untuk balasan kepada bekas suami dan keluarga nya, sejujurnya aku tak sanggup nak ceritakan. Aku tahu ada antara pembaca ada yang dapat kenal dari pembacaan.

Kalau yang rapat dengan aku akan tau kisah yang aku ceritakan. Cukuplah aku sahaja tahu apa yang ‘diorang’ lalui.

Tapi percayalah cakap aku ianya tak indah. Malah kebalikan dari apa yang aku dapat dan lalui sekarang ini.

Semoga Allah ampuni mereka semua. Atas apa yang jejai buat pada anak anak tanpa nafkah tanpa penjagaan berpuluh tahun itu sahaja pembalasan sesuai untuk dia.

Tinggal di rumah yang bakal roboh, seroboh hati anak anak yang dia buang dahulu. Mungkin kemaafan dari anak anak yang dia perlu pinta kerana aku dah tiada hati.

Terima kasih semua kerana membaca luahan panjang aku, terima kasih doakan aku juga.