Mak cakap prosedur jantung tu mak xnak buat. Biarlah mak pergi selamanya dengan tenang tapi hakikatnya mak sedih

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nama aku Zie. Aku sebenarnya anak angkat. Keluarga sebenar aku ada lagi. Tapi aku takde bonding jadi aku tak cerita hal mereka ya.

Ibu bapa kandung pun dah cerrai. Bapa kandung pula meningggal 8 tahun selepas cerrai.

Sebab aku diserahkan kepada keluarga angkat selepas 7 hari kelahiran sebab keluarga angkat takde anak perempuan. Anaknya semua lelaki. Harap cerita aku ni jadi iktibar buat semua

Sebenarnya nak cerita aku tak tahu. Tak cerita, aku kesian dekat mak. Mak ayah aku ni anaknya semuanya lelaki. Sebelum mak kahwin dengan ayah, mak duduk Singapura.

Mak pun ada kisah silam dimana dia pun anak angkat dan didera oleh kakak iparnya yang ada ‘ilmu’.

Mak aku ni jenis pendam dan pendiam. Takkan mengadu walau kena cekak rambut, di tunjal kepala dan macam macam.

Hingga satu hari, mak jumpa ayah. Mereka bercinta lalu berkahwin. Lepas saja kahwin mak dihalau supaya ikut ayah. Begitu.

Ayah orang johor. Datang Singapura sebab mak ngah (kakaknya) kahwin dengan pak ngah yang memang asal situ lalu bertukar la warganegara. Lepas kahwin tu ayah balik kampung.

Ibarat keluar mulut naga, Terbelit ular sawa. Nenek seakan membenci mak. Sebab ayah ni anak lelaki sulong. Jadi mungkin mak ni bukan menantu pilihan.

Yerla keluarga belah ayah ni duduk dekat kampung. Faham ajelah. Sampai mak tak boleh tidur bersama ayah selama berbulan bulan. Dipaksa tidur bersama nenek.

Sehingga lah mak ngah balik kampung, mak ngah pelik kenapa baju mak ada dalam bilik nenek. Nenek cakap ‘aku tak bagi mah tidur dengan uda.’

Mak ngah marah mak sebab perbuatan nenek ni salah. Lagipun rumah kampung tu bukan takde bilik. Banyak bilik. Nenek semakin dendam dengan mak.

Mak pegang kata kata mak dia. ‘Pergi tempat orang kena buli, kena kata macam mana sekali pun kau telan. Duduk bersama ipar duai dan mertua ni lain.

Kalau cerrai, laki boleh cari lain. Tapi mak, takde peganti. Biar kita mengalah. Allah akan lindungi kau mah’.

Jadi dekat kampung tu memang tiada air paip. Menggunakan air perigi. Lampu pun guna lampu pam, pelita.

Mak akan bangun seawal pagi jam 5 pagi ambik air perigi yang paling atas untuk buat masak dan minum. Siap bergandar. Ayah akan ke laut mencari ikan.

Mesti pelik mana adik ipar mak kan.. Jujur aku cakap semua sedang sedap tidur. Bangun pun pukul 6.30 pagi untuk subuh. Kalau ‘bangun’.

Lama lama ayah tak tahan tengok mak dibuli macam tu. Ayah mohon felda. Alhamdulillah. Rezeki. Mak ayah pindah. Mulakan hidup baru.

Mak dikurniakan 4 anak lelaki Zat, Zul, Adam, Yusuf. Hajat nak anak perempuan tapi Allah dah tentukan yang terbaik, hingga lah kemunculan aku.

Masa aku umur 10 tahun, abang yang sulong Zat kahwin dengan Sal. Mak gembira sangat dapat menantu walaupun ayah cakap Sal tu lain macam.

Hingga 1 hari misi KK datang check Sal sebab ngandung masatu. Misi terkejut sebab perut Sal besar dan usia kandungan 6 bulan.

Padahal baru 4 bulan kahwin. Berubah muka mak. Yang misi ni pulak satu. Pergi menyampaikan. Malu sekampung lah.

Selang beberapa tahun, Zul pulak kahwin dengan Nor dan dikurniakan 3 cahaya mata.

Zul ni anak kesayangan mak. Tapi malangnya Nor ni perangai macam ratu dunia. Orang felda je pun. Kekwat nak mampus.

Zul ni ada beli rumah dekat Bandar Baru Uda sebelum kahwin. Dan rumah tu atas nama mak.

Nor ni tak puas hati. Tiap kali balik kampung asyik cakap nak suruh Zul beli rumah lain. Sebab rumah tu atas nama mak. Anything happen, dia kena halau.

Mak terkejut sangat. Padahal tak terdetik langsung nak rumah tu.

Masa berlalu pantas. Mak dah tua. Ayah pun. Tapi mak ada sakit kencing manis, drah tinggi dan jantung. Hujung bulan 10 nanti mak nak kena buat prosedur sebab jantungnya bocor.

Oh ya… Adam tak keje gah. Adam kerja kampung dan dia yang jaga mak ayah. Sebab mak dah tak boleh jalan.

Mak bergerak pun menggunakan kerusi roda. Kaki tak kuat untuk berdiri.

Yusuf pula berkahwin dengan Nisa dan menetap di Lumut. Sebab Yusuf navy. Nisa memang menantu yang baik.

C0vid-19 ni Zul kena menetap di Singapura sebab Zul kerja sana ulang alik sebelum c0vid. Jadi tinggal la Nor dengan anak anak.

Nor bawak anak anaknya pindah balik kampungnya yang dekat Pahang tu tinggalkan rumah tu.

Nor cakap dekat Zul, dia duduk Johor takde siapa pun adik beradik Zul jengah atau lawat dia. Zul tak bagi. Tapi aku tak tahu apa lagi Nor cakap, Zul ikutkan..

Masa sebelum Nor pindah balik Pahang, dia sempat la singgah balik rumah mak. Dan dia cakap Nor tak kan duduk rumah tu sebab tu rumah tu atas nama mak.

Kalau mak nak jumpa cucu datanglah rumah mak ni. Padahal mak tak usik pun harta benda dia dan mak tak boleh jalan pun.

Sebab ayah takde kereta. Nak kemana mana harapkan Zat atau aku yang sebulan sekali balik kampung. Aku duduk di seremban.

Bayangkan. Betapa jahatnya Nor. Mak cuma diam. Bila malam tu Zul talipon mak. Zul cakap, segala salah silap dia minta maaf. Halalkan makan minum.

Bila mak tanya kenapa Zul tak cakap apa. Zul cuma cakap jangan salahkan Nor.

Sekarang mak sakit dalaman. Mungkin sebab kata kata Zul buat dia sedih. Malah mak cakap dengan aku dia tak nak buat prosedur angi0gram tutup lubang jantung. Biarlah mak mati dengan aman.

Tapi hakikatnya aku tahu mak sedih dengan Zul.

Baru baru ni mak mengadu dengan aku perasaan dia selama ni. Mak cakap dengan aku masa sebelum c0vid, mak ada datang rumah Zul, Zat hantar. Jengah anak gitu.

Sebab Zul 4 bulan tak balik kampung. Masa tu Zul happy sangat. Masa Zul nak pergi kerja shift malam Zul sediakan makanan dibeli kat luar sebab Nor tak masak.

Mak cakap Nor tak bagi mak tidur dalam bilik dekat bawah. Atas alasan bilik tak kemas dan banyak barang.

Mak dengan ayah tidur dekat ruang tamu. Tido atas sofa. Tanpa diberi selimut. Ayah cari selimut, Nor cakap selimut semua basah. Baru cuci.

Kesejukan malam tu ayah dengan mak tidur. Yerla mak berkerusi roda jadi tak boleh naik tingkat atas yang ada 2 lagi bilik kosong tu.

Ada 1 lagi kejadian. Ayah nak datang rumah sewa aku dekat Seremban. Minta Zul hantar. Zul ok je. Mak pun kemas semua pakaian dia.

Ayah cakap pakaian kotor tak perlulah bawa. Rumah Zie banyak baju awak. Nanti kita balik, kita singgah ambil. Mesti Nor dah siap basuhkan..

Ayah pun berlalu untuk bersiap. Tapi Nor cakap dekat mak baju kotor mak ni mak bawaklah basuh dekat rumah Zie. Mak cuma diam je. Bukannya banyak pun. 2 helai je.

Mak sakit demam panas, takde satu pun menantu dia yang dekat Johor tu datang. Sal yang paling dekat pun takdelah datang masak kan bubur. Tengok mak mertua.

Aku pun tak faham kenapa Nor layan mak macam tu. Mak aku bukannya jenis kaki bebel. Melagakan orang. Mak cuma cerita perbuatan Nor ni pun sebab mak dah tak tahan perbuatan dia.

Kini aku berpindah ke Johor. Baru je pindah minggu lepas hujung bulan 8. Walaupun c0vid, alhamdulillah semua dipermudahkan.

Aku menyewa di Larkin. Dan aku yang menjaga mak ayah. Adam di kampung jaga rumah. Lagipun Adam usahakan ladang dan menternak ayam, kambing.

Aku cuma harap perempuan diluar sana, jika kau dah berkahwin jagalah mertua seperti menjaga mak sendiri.

Lelaki pula kena ingat bila dah kahwin, jangan lupa mak. Syurga dan doa mak tu penting.

Lagi hidup kau tak rasa ketiadaan. Jangan bila dah menutup mata, kau meratapi pemergian mak.

Walaupun aku anak angkat, aku kesian tengok mak. Perempuan ini kehidupannya sentiasa derita. Dari bujang hingga hari tua.

Jangan buat orang. Nanti orang buat kita. Kalau tak pun, anak anak kita yang balas. Ingat tu..