Mertua ada duit 10K cash dekat tangan tapi dah habis guna untuk majlis. Tak tahu habis mana

Aku Molly. Baru berkahwin beberapa bulan. Dengan lelaki dari negeri yang selalu kena bash.

Haa, termasuk lah aku. Dah namanya jodoh, aku kenal suami aku dari laman sosial. Kenal setahun, terus nikah di musim PKP dulu.

Di pendekkan cerita, aku tinggal dengan mertua aku. Aku sebenarnya dah beritahu yang aku tak sanggup tinggal dengan mertua.

Tapi memandangkan dia anak bongsu, jadi mak memilih untuk tinggal dengan kami.

Oh ya, asbab paling utama, rumah kami tinggal adalah rumah mertua yang dah ditukarkan nama kepada nama suami.

Boleh kata kami menumpang di rumah mertua. Mulanya aku cuba menerima mertua. Tapi lama lama terasa lah juga.

Pertamanya, mertua selalu nak ikut kami keluar ke mana mana saja. Boleh kata jarang kami keluar berdua sejak mertua ada.

Sebelum ni mertua tinggal di rumah kakak ipar disebabkan bapa mertua ada di sana.

Selepas bapa mertua fly ke KL, terus dia taknak tinggal di sana. Walaupun penat atau lewat malam sekali pun dia tetap nak ikut. Katanya takut tinggal seorang diri dirumah.

Aku mulanya okay je nak keluar sekali. Tapi sejak kena tegur dengan mertua kerana pegang tangan suami ketika memandu, terus aku terasa.

Yelah, kami dah biasa pegang tangan dalam kereta. Tersentak bila tiba tiba dia cakap aku tarik tangan suami aku dalam nada yang agak keras.

Kedua, pasal makanan. Aku dibesarkan dalam family susah. Boleh kata jarang sangat family aku membeli di luar.

Mama memang lebih suka memasak. Bila aku kahwin, aku nak masak tapi mertua lebih suka membeli.

Boleh kata 3 kali makan 3 kali membeli. Dengan alasan dia tak tahu nak makan apa. Kena tengok dulu baru tahu.

Memanglah dia guna duit pencen dia tapi ni berkait dengan no 3 yang aku akan ceritakan nanti.

Pernah satu hari aku masak nasi ayam. Aku ajak suami makan dan mak mertua makan. Dia cakap nanti dia makan.

Last last kakak ipar datang, dia ajak kami semua makan dekat chicken rice shop. Sehinggakan membazir nasi ayam aku buat. Terasa tu hanya Allah yang tahu.

Banyak kali. Aku memanglah tak berapa pandai masak tapi tiap kali aku masak aku akan mintak suami aku komen apa yang kurang. Kalau dah menambah dua tiga kali tu, kira tak sedap ke?

Ada satu hari dibulan puasa hari tu kakak ipar datang tanya mana aku. Aku tengah masak.

Kakak ipar tanya aku masak apa. Mak boleh cakap, “masak apa lagi, masak telur je untuk dia dan suami.” padahal aku goreng telur sebab nak buat nasi goreng kampung.

Sedih masa tu. Aku tahu dari suami. Padahal dia yang selalu nak makan luar. Bila aku nak masak cakap tak payah nanti penat. Last last depan orang dia cakap macam tu. *broken heart*

Yang ketiga ni aku paling tak tahan. Mak (mertua) bayar aku baki hantaran aku. Bila aku tanya suami aku kenapa mak dia bayar, dia cakap sebab mak ada pinjam wang.

Kiranya mak dia bayar balik tapi pada aku. Tapi lain ceritanya bila mak bagitau yang dia bagi duit tu sebagai tanggungjawab sebelah pihak lelaki. Aku sangat pelik dan terasa menyusahkan. Tak tahu nak percaya yang mana.

Satu lagi kereta suami aku ni takde roadtax, tak boleh jalan jauh. Sekarang makin teruk sebab selalu keluar.

Mak dah beberapa kali bagitau depan aku yang sebelum ni dia dah simpan duit, tapi disebabkan majlis (kahwin aku), duit tu habis semua.

Semalam aku beraya di rumah kakak ipar. Kami terpaksa pinjam kereta kakaknya satu lagi kerana jarak agak jauh. On the way ke sana, mak ungkit lagi pasal duit ni.

Dia kata ada cash 10k dia simpan di tangan tapi semua habis sebab majlis. Tak tahu habis ke mana yang tahu ada seketul ni sambil dia pegang lengan aku.

Aku tahu niatnya bergurau, tapi makin lama makin aku terasa.

Suami aku baru diberhentikan keje dan aku masih lagi struggle mencari keje di tempat baru. Kalau tak aku rela bayar balik duit mertua asalkan dia tak sebut lagi hal ni.

Aku terasa macam aku ni jadi bebanan pula pada mak dan suami. Mak asyik bagitau duitnya hilang sedangkan mak boleh dikatakan agak boros.

Adik beradik selalu pandang serong pada suami kerana suami tinggal dengan mak dan tak bekerja. Semua orang nak disogok dengan duit. Cucu cucu semua sayang tokwan kerana duit.

Yelah tiap kali datang mesti bagi upah duit. Puasa penuh dapat RM300 tiap seorang, yang tak penuh RM200. Anak sedara dekat 20 orang. Pastu sedih sebab duit hilang.

Banyak sebenarnya. Tak masuk lagi bab suami sendiri. Rasa macam nak leraikan je semua ni. Ada lagi nak cerita nanti ak smabung lah part 2. Ada dekat k0men