Terlalu lama aku simpan perasaan ini. Isteri aku kerap sangat tenngking dan memakii hamunn aku hampir setiap hari. Pantang ada salah sikit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nama saya Udin. Usia 34, berasal dari Pantai Timur. Bekerja sebagai ahli perniagaan, jadi saya mempunyai masa yang agak flexible untuk keluarga saya.

Alhamdulillah saya juga boleh dikategorikan sebagai T20. Duit tidak menjadi masalah buat keluarga saya.

Saya sudah berkahwin selama 6 tahun dan dikurniakan 3 orang bidadari yang comel. Mereka lah seluruh isi hati saya. Yang menjadi penguat saya menempuh hari hari mendatang.

Saya mempunyai seorang isteri, crush zaman belajar ketika di IPTS di selatan tanah air dulu.

Ketika di IPTS kami hanya sekadar kawan dan bukan pasangan kekasih. Kalau berjumpa pon mesti dengan group members, keluar ramai ramai, makan ramai ramai, tak pernah keluar berdua.

Jadi saya tidak betul betul mengenali diri dia lagi ketika itu. Alhamdulillah selepas berkawan beberapa tahun saya luahkan perasaan saya dan sunting si dia menjadi isteri saya.

Isteri juga seorang bussinesswoman dan pada masa yang sama seorang suri rumah sepenuh masa.

Saya sangat respect kehebatan beliau dalam menguruskan bisnes dan pada masa yang sama menguruskan urusan rumah tangga.

Untuk makluman, Isteri adalah seorang isteri dan ibu yang sangat baik dan hebat. Mampu menguruskan rumahtangga pada masa yang sama menguruskan perniagaan beliau.

Rajin memasak. Setiap kali nak keluar mesti akan minta izin saya.

Bukan sekadar tu, even nak beli barang di shopee pon, minta izin saya walaupun menggunakan duit dia sendiri.

Tidak lokek duit untuk belanja anak, suami, anak anak saudara dan ipar duai.

Oleh kerana masa saya yang agak flexible, alhamdulillah saya boleh sama sama buat kerja rumah untuk mengurangkan bebanan isteri.

Dia masak, saya basuh pinggan. Dia sapu lantai, saya mop lantai. Dia basuh dan sidai baju, saya lipat baju. Dan begitu lah kerja kerja rumah yang lain.

Tetapi ada sedikit kekurangan yang sudah 6 tahun saya dan dia cuba untuk improve.

Kami pernah berbincang face to face tentang perkara ni. Dan beliau sendiri mengaku tentang kelemahan ini. Isteri saya seorang yang panas baran.

Sangat sangat mudah marah dan bila dia marah, dia adalah seorang yang sangat sangat berlainan.

Mulutnya juga jadi tersangat ringan untuk mengeluarkan kata kata yang menyakitkan dan menyedihkan hati sesiapa yang mendengarnya.

Barang barang dibaling, pintu dihempas itu biasa. Kena bdoh bengap etc etc itu biasa.

Perwatakan Isteri saya adalah sangat tegas, jika katanya A, mesti A. Jika B mesti B. Jadi jika sesuatu berlaku tidak seperti yang dirancang, dia akan terus marah marah.

Pernah kami bergaduh besar 3 4 kali berturut turut dalam masa tidak sampai seminggu.

Dan setiap kali bergaduh, kata kata dari mulut nya sangat sangat menggores hati saya. Sehingga kadang kadang saya fikir tiada lagi ka hormat dia kepada saya sebagai seorang suami.

Untuk makluman, saya tidak pernah memukul dan menengkingnya ketika kami bergaduh.

Dia juga akui benda tu dan bersyukur saya tidak pernah tinggikan suara kepadanya ketika kami bergaduh.

Setiap kali selesai pergaduhan dan berdamai, dia mesti akan menangis minta maaf dengan tindakan dia.

Jika team bisnesnya ada masalah skit, terus dimakinya agen agen bawah dia. Terus salahkan semua team dia bila sale bulanan tak tercapai.

Lemah, pemalas, menyusahkan orang, buang masa, takmau berjaya, serabut, kerja simple pon tak reti buat etc etc (banyak lagi katanya yang tidak perlu saya tulis semua disini).

Dan bila jadi macam tu, bukan sekadar team bawah dia saja yang kena marah, sampai saya dengan anak anak jugak kena tempias amarahnya.

Jika anak buat masalah, saya lah yang akan jadi target untuk dia melepaskan amarahnya.

Mostly bila gaduh mesti dia akan cakap berkaitan percerraian. Minta cerraikan dia. Lepas kan dia.

Tapi bila marahnya dah surut, kami dah berbaik, dia akan kata dia tak maksudkan pon cerrai tu.

Terlalu dalam luka hati seorang suami apabila ditengking dan dimaki isteri sendiri dengan kerap. Terlalu lama saya menyimpan luka ini.

Sebolehnya saya akan cuba melupakan semua kata katanya selepas bergaduh.

Yes setiap kali lepas bergaduh kami memang kami akan saling mohon maaf. Tapi kata kata dia tetap berbekas di hati even saya cuba lupakan.

Pernah dia kata “serabut hidup. Buat kerja itu ini. Lepas tu kena tonggek dekat suami bagi suami puas”.

Untuk makluman pergaduhan tu tiada kaitan dengan hubungan suami isteri langsung. Juga waktu tu kami agak lama tidak bersama. Saya jadi sangat hairan kenapa tiba tiba dia sebut macam tu.

Saya sangat sedih sehingga ke hari ini terngiang ngiang katanya tu.

Ya dia dah minta maaf dah. Katanya tak maksudkan pon kata kata tu. Cuma terlampau marah dan tak terkawal mulut waktu tu.

Lama saya tidak menyentuhnya walaupun ada dia bagi hint nak bersama disebabkan sangat sedih dengan kata kata tu.

Dan sampai ke tahap bila bersama saya masih teringatkan kata kata tu, dan jadi tidak ikhlas bersama, hanya memenuhi tanggujawab nafkah batin sahaja.

Saya buntu dan sangat terluka. Pernah saya pkul diri sendiri sebab kerap sangat bergaduh dengan isteri.

Bila bergaduh saja dada saya jadi sangat ketat, kepala jadi sakit. Saya pkul kepala saya sekuat hati, tumbuk tumbuk dada saya dengan kuat.

Saya macam tak dapat kawal diri, kepala rasa serabut sangat, Rasa sedih, rasa marah, rasa sayu. Saya jadi lega sikit lepas pukul diri.

Tapi kepala dan dada akan sakit dan bengkak beberapa hari laa haha.

Saya risaukan juga anak anak saya sebab pernah sekali waktu bergaduh dengan isteri dalam kereta, otak saya jadi kosong, hati saya pon macam tak rasa apa apa.

Saya diam tak bercakap langsung. Kemudian terlintas nak masuk laluan bertentangan dan rempuh kereta lain.

Cepat cepat saya istighfar dan berzikir. Tak pernah saya terlintas nak sakitkan anak isteri saya.

Saya sedih. Dan tak tau nak buat apa. Saya selalu berdoa dan solat hajat mohon tuhan hilangkan barannya. Tetapi masih sama.

Isteri saya bila kami tak bergaduh sangat sangat baik, manja, kelakar, rajin.

Saya tahu dia sangat sayangkan saya dan anak anak. Dia tak maksudkan pon kata katanya dan tindakan dia.

Mungkin salah saya juga. Yang tak pandai nak handle emosi isteri bila dia marah. Saya sangat buntu. Tak tahu nk buat apa.