Dia memang pandai memujuk aku sehingga aku tak mampu, aku tewas. Aku suka dan dia pun sudah tentu suka

Aku seorang wanita berusia lewat 20an. Ringkas cerita, aku bercinta dengan dengan suami orang, anak 3.

Dia, orang kerja kapal. Dulu banyak masa. Tapi semenjak tukar company, masa dia agak begitu terhad.

Aku tahu post ini akan mengundang kecaaman. Namun aku nak share apa yang aku rasa. Mungkin sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada semua.

Kenapa aku suka dan tak boleh lupakan dia?

Banyak yang kami dah buat bersama. Aku serasi dan selesa. Dia pembersih, kemas.

Kami pernah bersama. Dia pandai pujuk sampai akhirnya aku tewas. Bila dah tewas, macam macam kami cuba. Aku suka, dia pun suka. Namun jauh disudut hati, aku tahu aku telah lakukan dosa yang teramat besar.

Jauh disudut hati aku ingin bertaubat. Tak mahu lagi terus berdosa. Tapi apakan daya, bila dia menjelma, aku sukar menolaknya.

Dia pandai memujuk dan aku mudah terpujuk. Dia diam bila aku marah, dia datang balik pujuk bila aku dah cool. Jadi kami tak pernah bertikam lidah.

Pandai dia sabar dan pujuk aku. Mungkin, suami orang memang begitu. Matang dan sabar… banyak kali aku suarakan hasrat untuk berundur diri..

Aku taknak kecewakan isterinya. Rosakkan rumah tangganya. Namun, dia bijak, pandai tukar topik, pandai divert aku.

Dia kata dia mampu. Bagi dia masa untuk besarkan anak anak dia dulu..

Lagi perkara yang aku suka, dia sangat sayang anak dia dan utamakan keluarga. Tapi, baik sangat dengan mertua. Sampai pergi mana mana pun nak bawak sama.

Eh, bukan nak bawak, mertua yang nak ikut.

Aku sayang dia sepenuh hati. Aku jaga sungguh sungguh masa dia sakit. Aku urut, aku bagi ubat, aku buatkan minuman, ironkan baju.

Aku suka betul dapat senangkan dia. Ringankan sakit dia. Tak pernah aku sayang seorang lelaki ajnabi seperti aku menyayanginya.

Baru ni kami rancang nak jumpa. Aku siap ambil cuti dan tak sabar nak jumpa. Tiba tiba tarikh tersebut tarikh cuti sekolah.

Senang je dia kata, dia ada meeting di KL, tak perasan cuti sekolah. Kena bawak anak jalan jalan. Mertua pun nak ikut sama.

Jadi senang senang macam tu jugaklah aku dipinggirkan. Inikah nasibku nanti kalau jadi isterinya?

Banyak kali aku fikir, baiklah aku berundur. Tiada ruang untukku dalam hidupnya. Dia dah lah takda banyak masa di darat.

Ada masa pun, banyak betul gathering, kenduri, birthday sepupu sepapat. And again, sangat rapat dengan mertua. Aku tahu.. Aku sedar. Dan banyak kali aku cuba berundur.

Tapi aku tewas bila dia datang kembali. Dia kata tak da orang yang boleh layan dia macam aku layan dia. Dia sayang aku.

Dan.. aku pun tewas lagi. Percaya lagi sekali..

Perempuan bila dah sayang memang bodoh agaknya. Ya, akulah tu.

Aku sayang dia sepenuh hati. Aku rindu saat kami bersama.. Aku suka tatap wajahnya. Semua ni memberikan aku rasa bahagia.

Namun kini, bila kenang kembali, air mata mengalir di pipi. Ya Allah, sukarnya melupakannya. Sakit betul rasa ini.

Namun, dosa tetap dosa. Aku masih ada rasa bersalah dan ingin bertaubat. Dia pun tak pernah bagi jawapan yang pasti. Tiada ciri ciri yang akan adil.

Akal tahu, dia tak mampu. Namun hati menipu berharap nanti akan ok.

Sudah lah.. berhentilah hatiku..

Ya Allah, permudahkanlah..

Tolonglah aku… lupakan dia.

Apa yang harus aku lakukan?

Bantulah aku..