Part paling tak boleh lupa bila 2 org Doktor perempuan nak check suami punya. Dia kata isteri boleh tengok sekali

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Cuma aku ada satu kisah yang tak mampu aku ceritakan pada sesiapa. Nak luahkan dekat hati sendiri pun macam tak mampu.

Sebenanya aku tak tau nak letak tajuk apa. Tapi kisah ni lebih kurang macam mana kalau Hayfa tu lelaki (ada ke yang tengok Risik Pada Hati, hehe)

Aku pasangan macam Hayfa dan Adam. Cuma Aku sihat, Suami (Mikael bukan nama sebenar) yang tak bernasib baik.

Dia baik. Sebaik Adam. Aku pernah cerita dulu betapa baik dan bertuahnya aku dapat Mikael.

Sekarang kami dah masuk ke perjalanan yang lebih jauh untuk dapatkan anak. Pre-Ivf kot boleh aku katakan fasa kami sekarang.

Perkahwinan kami hampir 10 tahun. Ini percubaan ivf yang pertama kami.

Betul sebelum ni, Mikael dimaklumkan ada sedikit masalah oligoasthenoaazoospermia (Sperrm tak ok. Tak sihat. Tak aktif. Tak pandai berenang, etc).

Tapi kami dimaklumkan, isu ni tak lah terlalu besar.

Boleh ada harapan. Cerita ni 3 tahun lepas. Sebelum c0vid melanda.

Jadi Mikael yang soleh ni, ok je. Makan suppliment dsb. Tapi test seterusnya pun tak mampu mengembirakan hati kami. Tapi tak la berduka lara.

Aku fikir susah untuk atasi masalah ni sebab punca tu undefine. Mikael ni tak pernah merkok, lifestyle cantik. Jadi macam tak ada apa sangat yang boleh diubah.

Sekarang kami nak proceed ivf. Unfortunately, result sfa (semeen fluid analysis) sangatlah diluar jangka. Namum masih Allah selit harapan.

Bayangkan cuma ada seekor sperrm. Itu pun immootile. Aku tak pasti apa perasaan dia waktu Dr review result tu.

Perasaan aku sendiri pun aku tak pasti. Yang pasti kami sama sama tersenyum dibalik mask.

Betul ada orang lagi teruk, memang takde sperm langsung atau memang sah mandul, atau ada kisah 1 sperm berjaya ivf etc.

Tapi, aku sendiri macam tak percaya kami Allah pilih lalu jalan ni. Sampai feelingless.

You know what, part paling aku rasa tak mampu luah pada sesiapa bila 2 orang Dr perempuan decide nak cek testiicles (batu) Mikael.

Dr cakap wife boleh masuk sekali. Sebelum Dr masuk ke ruang tu, kami berdua jer dalam tu. Kami bergelak ketawa. Mikael sempat melawak, nak tarik mask tutup mata sebab malu.

Aku tukang gelak jer. Oh lupa, Mikael ni tak kurang ramai orang panggil ustaz ya. Sebab watak dia yang berjanggut dan selalu berkopiah lembik.

Jadi korang boleh bayang tak macam mana keadaan Mikael bila dia diminta angkat kain dan keluarkan dua testiicles depan 2 perempuan bertudung dan disaksikan aku sekali.

Keadaan tu sangat awkward walaupun kami buat dalam keadaan cool habis.

Selesai cek tu apa semua Dr pun cakap la mungkin, kalau takde sperrm dalam semen (air mani) Dr akan cuba cari dalam kawasan kilang dia.

Mungkin melalui operation camtulah lebih kurang. Aku angguk. Dia pun sama.

Balik tu, kami okey. Berjalan berpimpin tangan bergelak ketawa, tanpa aku sedar aku sebenarnya nightmare dengan moment tu.

Bermalam malam aku dibayangi suasana dalam bilik tu. Sampai aku demam seminggu. Aku jarang demam tau.

Mikael pun tak tau aku demam sebab banyak fikir pasal ni. wbc aku tinggi tapi takde bakteria pun.

Dr kata mungkin stress. Tapi aku tak rasa aku stress. Aku cuma tak mampu kongsi rasa hati yang sebenar kot ye.

Kami masing masing tak meluah. Aku tak sampai hati nak luah walau sepatah.

Sebab, Mikael ada ucap “terima kasih terima saya yang penuh kekurangan,….”

Aku dah cepat cepat tutup mulut dia dan bagitau aku taknak dengar lagi semua ni. Aku terima semuanya seadanya.

Mikael suami yang cukup sempurna sepanjang jadi suami aku. Makan minum, pakai aku semua dia siapkan tanpa prejudis. Cuma Allah uji.

Dia sendiri tak mintak diuji macam ni. Cuma aku terfikir kenapa perempuan yang ada masalah untuk mengandung, terlalu rasa terbeban dengan rasa tu.

Penyakit ni sama macam penyakit lain. Bukan kita mintak. Kenapa mesti ada pasangan yang terpaksa berpisah, mintak maaf dan sebagainya.

Semua ni bukan ujian pada yang ada masalah, tapi ujian kita bersama suami dan isteri. Hidup mesti diteruskan. Bahagia dengan nikmat, bukan tersungkur dengan sedikit ujian.

Part aku sampai demam tu mungkin sebab aku masih lemah. hehe. Jadi aku share dekat sini, supaya semua orang belajar jadi kuat. Aku pun.

Itu jer nak cerita. Jangan kecam ye haha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *