Setiap hari aku nampak perubahan pada Nina. Kulit dia makin kering kadang ada yang terkopek. Dalam rumah pun dia pakai lengan panjang dna tudung

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku Din. Tahun ni umur 30. Aku duda. Kematian isteri 5 bulan lalu.

Aruwah isteri aku biarlah aku namakan sebagai Nina. Aku dan Nina punya jarak jauh beza usia. Dia 38.

Kami kahwin atas dasar pilihan mak aku.

Mak aku suka sangat dengan Nina. Mak kata Nina baik, Nina hormat orang tua, Nina pandai masak. Serba serbi baik senang cerita.

Dan sebab Nina ni kecil molek orangnya, tak nampak yang umur dia hampir 40. Kami nampak macam sebaya.

Bila mak kata nak jodohkan aku dengan Nina, aku serba salah. Sebab aku dah ada girlfriend masa tu.

Kami belajar sama sama dekat U, tapi dia junior aku. Aku panggil dia Ita. Mak tak tahu pasal Ita sebab aku plan nak bagitahu pasal kami bila Ita dah habis belajar.

Tapi bila mak dah keluar cerita pasal Nina, aku macam blur kejap. Mak asyik push aku untuk cuba kenal dan kawan dengan Nina. Sebab mak dah berkenan sangat.

Pendekkan cerita, sebulan lepas mak sampaikan hasrat nak bermenantukan Nina, mak aku meninggal.

Mak memang dah lama sakit. Akulah yang jaga mak selama di hospital. Mak kenal Nina sebab berjiran katil dekat hospital.

Bila Nina melawat mak dia, berbual buallah dengan mak aku. Tu yang suka sangat dengan Nina.

Lagi pulak mak aku ingat aku memang tak ada sesiapa, lagilah mak aku nak sangat kami kahwin.

Lepas mak pergi, aku buat istikharah. Aku tak nampak Nina, tapi aku nampak mak. Setiap kali buat istikharah, aku nampak mak.

Sebak giila rasa sebab aku memang ikhlas dan sayangkan Ita. Tapi istikharah tu?

So aku ikut jawapan istikharah. Aku pilih Nina. Ita menangis teruk. Ita kata aku kena sihir Nina sebab aku sanggup tinggal Ita yang dah bertahun bercinta demi Nina, seorang anak dara tua.

Entah. Aku pun tak tahu nak explain apa dekat Ita.

Ita minta aku pergi berubat dan dia sanggup tunggu sampai aku sihat balik, tapi dia minta aku jangan kahwin dengan Nina.

Aku pesan dekat Ita, jangan tunggu aku. Ita berhak dapat lelaki lebih baik.

Klise sangat kan jawapan aku. Macam drama pukul 7. Tapi aku memang nak dia bahagia walaupun tanpa aku.

Persiapan pun dibuat. Meriah giila. Sebab Nina anak sulung yang telah dilangkah bendul 3 kali.

Jadi parents dia excited sangat dan nak buat majlis grand kiranya. Aku ikutkan jek.

Kemuncak cerita bila pergi pejabat agama untuk interview sebelum kahwin. Biasanya, sampul keputusan ujian drah akan dibuka oleh pegawai pejabat agama depan bakal pengantin.

Masa tu aku dah selesai interview. Tetiba pegawai agama yang interview Nina panggil aku masuk bilik dia dan terbongkarlah segala kisah.

Nina H1V+. Nina menangis macam budak kecil masa tu. Pegawai agama minta aku fikir baik baik apa langkah seterusnya. Terpulang pada aku nak teruskan atau batalkan perkahwinan.

Bila masuk kereta, aku tengok Nina. Tapi aku tak tahu nak cakap apa.

Nina minta maaf sesungguhnya. Nina kata dia bdoh sebab dia ingatkan dia boleh tipu aku tentang ini.

Nina lupa yang ada ujian drah segala sebab dia hanya nak tutup mulut makcik makcik bawang yang sibuk tanya bila nak kahwin sedangkan hakikatnya dia tak patut kahwin pun.

Dah tu, aku pak sanggup ke? Ya Tuhan. Bala apa pula kali ni. Aku rasa frust sangat. Jawapan istikharah ni membawa aku kepada musibah ini ke? Aku buntu.

Nina cakap, terpulang kalau aku nak batalkan majlis. Lagi sebulan. Nak batalkan? Nak cakap apa kat keluarga?

Aku tanya, parents Nina tahu tak pasal ni. Nina kata, tak ada siapa yang tahu.

Aku teruskan. Aku tak tahu kenapa Tuhan lorongkan hati aku ke pilihan ini. Serius. Bila fikir fikir balik, macam giila juga keputusan aku ni.

Sepanjang perkahwinan, lepas solat berjemaah, doa kami adalah supaya urusan kami dipermudahkan. Tak kira apa jua kesudahannya.

Aku ajar Nina solat, mengaji. Nina cakap dia suka aku sebab dia selalu dengar aku mengaji untuk mak aku masa di hospital.

Sebab tu Nina cuba sedaya upaya untuk ambil hati mak aku supaya jadikan Nina menantu.

Nina cakap, dia tak nak mati menderita sorang sorang tapi at the same time, Nina tak nak family dia tahu yang dia ada H1V+.

Maha Suci Allah, kasih sayang yang lahir dalam hati aku ni memang ikhlas bukan berlandas nafsu semata.

Semakin hari, aku nampak perubahan Nina. Kulit Nina mengering macam berkeruping dan berbekas hitam.

Bila dalam rumah pun Nina pakai lengan panjang dan tudung. Sebab Nina kata dia malu kulit dia buruk.

Selalu sangat demam sampai sesak nafas. Nak jalan pun tak larat. Batuk tak sembuh sembuh.

Sehinggalah dia sakit terlantar, aku yang jaga Nina sepenuhnya. Kawan-kawan pejabat Nina semua buat andaian yang Nina kena sihir sebab tak ada siapa sangka perempuan baik seperti Nina boleh ada H1V+.

Sehinggalah Nina pergi. Selepas Subuh, hari Khamis.

Lepas aku mandikan Nina, dia kata dia sakit perut. Masa tu Nina macam dah boleh bergerak sikit. Aku papah dia ke bilik air.

Lepas siap, Nina kata dia sejuk sangat. Aku selimutkan Nina dan masa tu lah Nina nazak depan mata aku. Tiba tiba.

Nina sempat minta maaf sebab seolah dia dah aniaya hidup aku dan ucap terima kasih banyak kali sebab jaga dia sampai akhir hayat.

Nina pergi macam tu jek. Mudah. Tenang. Aku terkelu kejap. Tak tahu nak rasa apa.

Nina pergi bersama aibnya yang tertutup rapat. Maha Suci Allah yang Maha Pengampun dan Penerima Taubat hambaNya.

Oleh sebab Nina masih muda dan tak ada history sakit teruk, so kena buat post mortem untuk claim insurans.

Mulanya aku tak nak bagi sebab aku risau kecoh pulak tentang punca sakit Nina yang sebenar.

Tapi keputusan post mortem menunjukkan yang Nina kena Tibi (batuk kering) sebab pekerjaan Nina yang selalu keluar negara.

Even parents Nina pun tak tahu sampai ke sudah. Jadilah aku duda muda.

Perkahwinan kami hanya 5 bulan. Bak kata Nina, Allah hantar aku untuk tutup aib dan jaga Nina ke hujung nyawa.

Andai itu takdirNya, aku redha. Semoga Allah tutup juga aib aku dan berikan aku ganjaran kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Cinta sejati tu wujud ye, semua. Aku tak galakkan korang buat keputusan seperti aku sebab aku rasa kisah aku ni rare sangat. 1 dalam seribu kot.

Bukanlah aku nak kata aku ni jejaka beriman ke apa. Cuma mungkin ini ujian untuk aku dan alhamdulillah aku berjaya tempuh hingga ke hujung cerita.

Now aku dalam proses nak menenangkan diri.

Semoga cerita aku akan jadi semangat buat wanita wanita di luar sana untuk percaya yang lelaki baik itu masih wujud untuk anda.

Terima kasih kerana membaca hingga ke noktah terakhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *