Saya memang tak boleh bersabar dan tak tahan. Saya cabut semua wifi rumah dan astro. Bukan kerna saya berkira tapi sebab mereka tu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya baru bercerrai dengan suami dua minggu sebelum bulan Ramadhan. Saya redha jika dah tertulis jodoh kami hanya setakat itu sahaja.

Bukan niat saya nak mengaibkan namun diharap apa yang saya ingin tulis dapat dijadikan iktibar buat diri saya sendiri dan orang lain.

Saya berkahwin dengan suami 3 tahun lepas, di mana ketika itu kami berdua sudah mempunyai kerjaya stabil.

Suami saya bekerja sebagai guru di sekolah rendah dan saya di sebuah syarikat swasta. Pendapatan saya lebih tinggi daripada suami tapi suami tetap beri duit belanja kepada saya.

Jujur saya kata, ex suami saya seorang yang baik dan bertanggungjawab. Bila saya cakap bertanggungjawab, ex suami memang akan melebihkan keluarganya sendiri.

Pada mulanya saya sangat bersyukur sebab ex suami tidak lupa tanggungjawab pada ibu dan keluarganya namun semuanya berubah selepas saya kenal sendiri bagaimana perangai mereka.

Sekali lagi, bukan niat mengaibkan.

Begini, pada mulanya selepas kami berkahwin, ex suami mengajak saya tinggal di rumah keluarganya atas desakan ibunya.

Ex suami merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik.

Kakaknya sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak (juga tinggal di rumah ibu mertua saya), dan dua adik adiknya seorang di kolej dan seorang masih bersekolah.

Walaupun keberatan, namun saya ikutkan juga dan berfikiran ada baiknya boleh mengeratkan hubungan dengan ibu mertua saya.

Long story short, bermulalah satu satu perkara berbangkit.

Pertama, sejak kami masuk di situ, ibu mertua, kakak ipar dan abang ipar mula lepas tangan dalam soal belanja rumah.

Pada mulanya, saya sangat tidak kisah sebab gaji saya dan suami mencukupi untuk menanggung belanja rumah mertua saya seperti barang basah, duit dapur, bil elektrik dan air.

Mereka juga minta dipasangkan wifi dan Astro di rumah tersebut (sebelum ini tiada) Kami berpakat memperuntuk RM1000 untuk kesemua tersebut.

Kami juga menanggung adik adik suami yang masih belajar. Namun, lumrah manusia, tidak menghargai malah tamak.

Konflik pertama apabila kakak ipar dan suaminya mula mengharap pada saya dan suami soal biaya anak anak mereka (9 dan 12 tahun). Kakak ipar tidak bekerja, suaminya pula sangat malas bekerja.

Ex suami saya pernah beritahu abang iparnya selalu bertukar tukar kerja. Sama ada dibuang kerana selalu ponteng dan tidur di rumah. Sekarang suami kakak ipar mengambil upah menolong kawannya menjaga gerai pasar malam.

Isunya, mungkin bagi mereka kami bergaji tinggi jadi tidak salah meminta tolong. Saya pun pada mulanya kesian memikirkan kesusahan mereka namun makin lama makin naik lemak sampaikan suami abang ipar mula minta duit setiap minggu daripada kami termasuk duit rkok, minyak, topup dan pernah minta juga dibelikan telefon baru.

Suami mula tidak gemar dan pernah ‘sound’ abang iparnya namun kakaknya marah dan cakap suami kedekut.

Ibu mertua juga mula berkata suami berkira dengan adik beradik dan pernah menuduh saya yang menghasut suami.

Demi Tuhan, saya tidak pernah melarang suami menolong adik beradiknya namun saya perasan kakak ipar dan suaminya suka mengambil kesempatan.

Sudahlah menumpang di rumah ibu, tidak keluarkan satu sen pun untuk apa apa sejak kami pindah masuk (sebelum ini pun mengharap pada duit pencen aruwah ayah suami).

Kemuncaknya apabila seperti mereka mengajar anak anak mereka meminta duit sekolah pada saya.

Saya akan berikan namun semakin lama anak anak mereka juga berharap pada saya untuk duit sekolah mereka, duit tuisyen, buku, yuran, baju sekolah dan semua.

Pernah satu hari, anak mereka yang darjah 6 pulang sekolah dan cakap sekolahnya buat lawatan ke Langkawi dan perlu bayar RM120 untuk menyertai.

Dengan selamba mak ayah dia cakap, “mintak dengan cikngah (saya), mintak RM500 sekali duit belanja dan mak nak pesan barang jugak alang alang pergi sana”.

Saya yang mendengar di dapur mula rasa menyirap. Kerana senang senang kakak ipar saya cakap macam tu.

Anaknya datang dan cakap ‘cikngah, nak RM500 esok, ada lawatan.” Kemudian terus berlalu.

Suami saya ada masa tu dan cakap pada kakaknya kalau anak dia nak pergi mana mana, dia dan suami la bertanggungjawab, jangan mengharap dekat orang. Kakak ipar tarik muka.

Bila suaminya balik, dia mengadu dan terus jadi bertekak dan dikatakan kami berkira. Saya taknak suami saya bergaduh jadi saya berikan juga RM500 pada anak buah saya tu.

Sebenarnya banyak lagi, terlalu panjang. Ibu mertua saya juga sangat suka dibelikan macam macam.

Saya tak pernah menghalang suami saya berbelanja pada ibunya, namun mertua tidak pernah puas.

Pernah sekali saya beli beg tangan untuk diri saya dengan duit saya sendiri. Bila mertua nampak dia cakap dengan suami saya kenapa belikan dekat saya dan tak belikan pada dia juga.

Suami terangkan yang saya beli dengan duit saya sendiri dan mertua terus marah saya dan cakap saya membazir.

Lebih baik beri pada dia buat beli barang rumah, sedangkan apa yang kami beri lebih pada cukup.

Paling saya marah, syarikat saya berikan saya bonus dalam bentuk percutian atas prestasi kerja beberapa bulan lepas atas tender yang berjaya.

Percutian 4 orang ke Korea, jadi saya decided untuk bawa suami, ibu saya dan adik saya.

Mertua sangat marah sebab tidak bawa dia (mertua suka tengok kdrama), marah yang melampau sangat sampai cakap saya menantu tak sedar diri, berkira dengan dia, pergi bercuti tak ingat mak dah macam macam lagi. Ditambah lagi dengan batu api kakak ipar yang turut tidak puas hati pada kami.

Tapi masa tu saya dah tawar hati dengan mertua dan kakak ipar jadi saya terus je pergi bercuti dua minggu dengan suami, ibu dan adik saya.

Tapi apabila balik, saya tetap belikan macam macam buah tangan untuk mereka. Mereka masih lagi perli saya dan cakap macam macam di belakang saya.

Kemuncak semua perkara ini adalah perangai kakak ipar dan suaminya. Mereka ada sebuah motor sahaja untuk urusan transport, itupun sebenarnya ihsan aruwah ayah mertua. Digunakan suami kakak ipar untuk pergi kerja.

Saya dan suami mempunyai 3 kereta, 1 milik suami dan 2 milik saya. Saya beli viva second hand ketika masih menuntut di UIA ketika itu menggunakan duit hasil kerja part time dan sebahagian duit biasiswa untuk memudahkan saya belajar ketika itu.

Tahun kedua kerja, saya beli kereta baru yang lebih selesa. Saya bercadang memberikan kereta viva tu kepada adik perempuan saya (18 tahun) selepas dia siapkan lesen dan masuk universiti.

Kakak ipar dan abang memang selalu pinjam kereta viva tu untuk mereka anak beranak dan saya tidak kisah pun. Cuma lama lama mereka buat seolah olah harta sendiri pula. Road tax, minyak masih harap saya yang bayar.

Kakak ipar suruh ibu mertua cakap dengan saya supaya berikan kereta tersebut pada dia dan suami.

Ibu mertua juga suruh begitu, namun saya cakap baik baik tidak boleh sebab dah janji dengan adik. Ibu mertua dan kakak ipar cakap saya tidak mahu menolong sesama ipar.

Bagi saya, kalau nak, usaha lah. Jangan nak semua benda free, lainla mereka cakap mereka nak beli daripada saya.

Bukanlah saya kedekut, tapi hasil penat saya ikat perut zaman universiti untuk beli kereta tu supaya memudahkan saya bergerak. Saya taknak adik saya rasa susah macam saya, sebab tu saya janji nak beri pada dia.

Kemuncaknya, saya dah beritahu mereka saya akan balik ke rumah saya dah akan bawa kereta viva tersebut untuk beri pada adik saya. Mereka cuma diam jadi saya rasa tiada masalah.

Saya nak balik pada hari Jumaat. Pada hari Rabu itu, bila saya balik kerja saya tengok kereta viva saya tiada. Saya assumed kakak ipar dan abang pinjam la kot untuk pergi mana mana. Saya tak kisah.

Esok pagi nak pergi kerja, kereta masih tiada. Saya dah tak sedap hati. Balik kerja tu, saya tengok masih tiada. Saya tanya ibu mertua saya, mana kakak ipar dan abang? Pinjam kereta ke?. Ibu mertua dengan selamba cakap,

“Oh diorang dah balik kampung abang ko dekat Kelantan, tak tahu balik bila. Ko pun bagi bagi je la kereta tu dekat diorang.

Kesian diorang takde kereta. Jangan berkira sangat. Ko banyak duit, tak berkat hidup ko kedekut.”

Drah saya menyirap, dan masa itulah saya terlalu marah. Rasa dipergunakan jadi saya marah ibu mertua saya dan kami berperang besar.

Saya cakap ibu mertua saya ambil kesempatan. Rumah ni pakai duit saya, dengan nak membela anak beranak kakak ipar dan abang macam biawak hidup, dan saya terus ditampar ibu mertua.

Saya dah tak tahan, saya kemas barang saya, saya cabut semua wifi rumah dan panel astro. Bukan saya berkira, namun saya dah tak tahan sangat.

Masa pergi bercuti di Korea baru ini pun, ibu mertua perli ibu saya cakap ibu saya kolot. Buat malu je bawak pergi luar negara, selekeh dan macam macam, namun saya sabar.

Kali ini mereka melampau sangat buat lari kereta yang saya nak bagi pada adik saya.

Saya call kakak ipar banyak kali namun tak berjawab. Message berpuluh puluh kali tak reply, whatsapp dia bagi saya bluetick.

Last last saya message kalau esok diorang tak balik bawak kereta saya, saya akan report polis mereka curi.

Terus kakak ipar saya call dan marah marah cakap diorang pinjam je dan macam macam. Tapi saya dah sakit hati dah dengan keluarga suami saya.

Masa ini, suami saya takde. Dia pergi ikut lawatan sekolah 3 hari jadi guru iringan. Sebab itu mertua dan kakanya berani sangat, sebab suami saya takde.

Esoknya, kakak ipar, abang dan anak anak diorang balik dan kakak ipar serang saya. Tampar saya, tarik tarik saya dengan suami nya tengok je dan cakap, “bagus, bagi je penampar, sepak je betina macam ni”. Mertua pun takde langsung nak meleraikan.

Mujurlah masa itu, sempat sempat suami saya balik dan bila dia tengok keadaan macam tu, dia dah naik giila and tarik kakak dia dan bertumbuk dengan abang iparnya.

Mertua pegang suami dan cakap saya punca semua benda dan macam macam fitnah keluar seolah olah saya lah paling jahat, berkira dan semua benda.

Suami tarik saya masuk bilik dan masa itu suami cakap dia ikut saya pindah. Saya masa itu dah tawar hati dengan semua perkara dan selepas dua minggu saya fikir masak masak di apartment baru saya, saya called suami dan minta dia lepaskan saya cara baik.

Sebab saya dah tidak mahu ada kena mengena dengan mertua, kakak ipar dan abang ipar saya lagi. Dah tak sanggup.

Suami pujuk namun akhirnya dia juga terpaksa lepaskan. Kami bercerrai secara baik, tanpa anak.

Ex suami lepas kejadian itu pindah keluar dari rumah ibunya dan menyewa di tempat dekat dengan sekolah tempat dia kerja.

Saya pun dah ada apartment (sewa beli) sendiri dan sedang cuba bina hidup baru. Tolong doakan saya semua, semoga saya kuat.

Pesanan saya, sebelum berkahwin selidikla juga keadaan keluarga bakal pasangan kita, berkenalan la juga dengan adik beradik mereka, tahu latar belakang mereka sedikit.

Part 2: Mertua dan Adik-Beradik Ipar Melampau

Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih kerana siarkan confession panjang yang saya tulis di page ini semalam.

Saya tidak sangka akan dapat banyak respons. Baik positif mahupun negatif, saya terima dengan hati terbuka. Alhamdulillah dan terima kasih pada yang banyak mendoakan saya kuat.

Ramai juga yang mendoakan saya supaya rujuk dengan bekas suami. Namun maaf, mungkin saya belum kuat, dan luka masih belum sembuh selepas last incident di rumah mertua. Tidak apalah, biarlah benda tu saya cuba lupakan dulu.

Namun, tidak mudah sebenarnya untuk saya kembali dengan bekas suami. Ya, sayang tu masih ada.

Saya sayang sangat dengan bekas suami, terlalu sayang sehingga saya tahan untuk terus tinggal di rumah tersebut.

Ada juga saya lihat komen mengatakan saya bdoh sebab lepaskan bekas suami. Namun sekiranya berada di tempat saya, anda akan tahu mengapa saya buat keputusan tersebut.

Saya tidak mahu bekas suami menjadi anak derhaka. Buruk bagaimanapun, itu ibu yang melahirkan bekas suami, yang membesarkan bekas suami.

Khilaf saya, saya tidak dapat menjadi insan yang boleh bersabar lagi untuk tahan, saya gagal bersabar.

Bekas suami masih contact saya, dan pujuk saya. Selalu juga dia tunggu di tempat saya kerja dan memujuk saya dan berjanji akan bawa saya duduk jauh dari keluarganya.

Namun saya tidak sampai hati memutuskan hubungan anak beranak. Saya cakap pada bekas suami, isteri boleh diganti namun bukan seorang ibu, bukan juga adik beradik.

Bekas suami menangis. Kami menangis bersama sama. Ujian yang kami terima, kami redha.

Saya keras hati? Ya, saya tak nafikan. Mungkin sebab dah lama saya berlembut dengan mereka yang suka mengambil kesempatan.

Saya bukan bdoh, apabila saya sedar saya dipergunakan, saya selalu pujuk suami supaya kami pindah dan tinggal sendiri.

Saya akan ajak suami berbincang sampaikan pernah juga bergaduh kerana suami tidak akan tinggalkan ibunya. Lagipun rumah mertua dikira rumah pusaka.

Ada juga yang berkata saya suka mengungkit, maaf ini saya sangat tidak dapat terima. Sepanjang tiga tahun saya di rumah itu, saya tidak pernah mengungkit di hadapan mereka.

Suami ada ajak saya berbincang dan saya tahu kalau ikutkan gaji dia sahaja, mana mampu menanggung semua.

Saya cakap, “takpe abang, saya akan tolong. Family abang, family saya juga”.

Saya tidak kisah kerana saya mampu. Saya cuma mengungkit pada hari saya ditampar mertua dan dibelasah kakak ipar.

YA saya mengungkit hanya pada hari itu kerana saya tidak tahan. Saya tahu mereka tidak akan berubah, mungkin semakin teruk.

Ramadhan kali ini memang la sedih tanpa suami namun saya akan kuat. Saya berbuka dengan ibu saya pada hari pertama berpuasa.

Di rumah mertua dahulu, kalau tibanya bulan puasa dan raya, saya akan awal awal susun perbelanjaan untuk mereka, semua persiapan raya mereka.

Selalu juga bekas mertua, kakak ipar dan suaminya request kami bawa mereka berbuka di restoran mewah dan makanan sedap sedap.

Baju raya yang mahal mahal, dan pernah kakak ipar mengajak saya teman dia ke kedai emas.

Tanpa mengesyaki apa, saya drive kan sahaja bawa dia ke kedai emas, di sana dia pilih gelang tangan dan terus minta saya bayarkan.

Terkejut, saya terus cakap tidak mahu. Kerana budget cukup cukup untuk bulan puasa dan raya, untuk persiapan raya satu keluarga.

Kakak ipar buat muka, keluar kedai masuk kereta dan hempas pintu kereta saya. Lama juga kami tidak bertegur sapa.

Tapi tidak apalah, saya tetap halalkan semua. Saya hanya manusia biasa, ada khilafnya, sifat sabar saya ada limit.

Pada yang kata saya berkira, ya mungkin betul. Sebab saya yang bekerja, tidak berehat untuk siapkan projek. Saya bukan malaikat.

Selepas saya mulakan hidup baru, saya semakin dekat dengan Tuhan. Sebelum ini saya hanya tunaikan solat wajib, itu sahaja.

Alhamdulillah, kini Malam malam saya bangun dan solat untuk minta ampun atas dosa saya meminta cerrai daripada suami. Saya harap sangat saya diampunkan.

Bekas kakak ipar masih mengganggu dengan menghantar message bukan bukan, mendoakan saya mati cepat dan memaki hamun.

Namun saya tidak reply kerana apa yang penting saya nak mulakan hidup baru.

Bekas adik adik ipar saya yang masih belajar juga ada yang telefon saya. Pada mulanya saya fikirkan mereka betul betul rindukan saya dan mahu saya dan abang mereka berbaik namun meleset apabila di akhir perbualan mereka berkata,

“kalau cikngah takde, siapa nak bagi elaun dekat adik tetiap bulan? mak dengan abang kalau bagi pun sikit.” Hati saya perit lagi, tidak habis habis. Bekas kakak ipar pun ada message cakap,

“ko jangan nak lepas tangan, perempuan jahanam. Yang ko pergi potong Astro dengan wifi rumah ni kenapa? Ko tunggu aku suruh laki aku cari ko”.

Saya screensh0t dan saya hantar pada bekas suami, dan cakap – “Abang, saya minta maaf tapi saya dah tak sanggup dah”.

Selepas itu, saya putuskan semua contact dengan bekas suami, saya tukar nombor apa semua.

Sebab itu kadang kadang saya tahu bekas suami masih tunggu saya di tempat kerja saya. Tapi dia hanya duduk dalam kereta, mungkin perhatikan saya dari jauh. Mungkin.

Akhir kata, saya maafkan semua perkara, saya hanya maafkan, tetapi tidak lupa. Saya cuma terbayang, mungkin ada lagi orang di luar sana senasib dengan saya, namun lebih teruk.

Sekurangnya saya masih boleh hidup sendiri, boleh berdikari, saya masih ada keluarga saya. Bagaimana mereka yang tidak bekerja? Tiada pendidikan? Hanya bergantung pada suami?

Sebab itu saya selalu pesan pada adik perempuan saya, belajar betul betul, bekerja, jadi kita boleh hidup sendiri kalau ada apa apa. Kita tidak terlalu bergantung pada suami.

Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi tidak apalah, masing masing ada pendapat sendiri.

Kita doakan yang baik baik untuk diri kita semua.