Aku bagi tahu suami biar aku pergi klinik sendiri walau aku tahu aku tengah ngandung. Aku tak nak mertua pegang langsung anak dalam ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Amirah. Umur awal 30-an. Dah kahwin lebih kurang setahun. Tengah mengandung 7 bulan setengah anak sulung.

Ni memang tajuk paling hot lately kan… Yang tak duduk dengan mentua pun ada masalah dengan mentua. Petah yang duduk dengan mentua macam aku.

Aku nak paksa semua baca luahan hati aku. Hahahaha. Then please bagi kata kata semangat.

Aku sebelum ni PJJ dengan husband. Aku kat Utara (pegawai Kerajaan). Dia kat Selatan (kerja swasta).

Dia stay dengan mentua dan adik adik dia. FIL dah meninggal almost 2 tahun lepas. MIL pegawai kanan kerajaan bergaji belas ribu sekarang.

Sebelum meningggal, arwah FIL Manager kat company GLC penting Malaysia. Masa dia meninggal pun dia tinggal insurans kat anak anak lebih 100k. MIL lagi banyak lagi.

MIL aku ni macam kongkong suami aku. Masa tunang dulu aku ajak suami aku datang tempat aku, boleh beli barang kahwin sama sama.

Especially, baju kahwin lah. Sebab dia nak warna putih. Kang aku beli color putih aku berkenan tak sama pula dengan warna putih dia nak.

Boleh bakal MIL cakap suruh aku beli je then post kat bakal suami aku. Barang hantaran untuk dua dua pihak pun macam tu. Aku yang beli pastu aku post.

Aku angin juga lah, takkan nak lepas kat aku je. Kalau salah size baju kasut semua macam mana? Senang cara dia.

Aku cakap kat suami aku, kita ni jarang jumpa. Sekali je dia datang tempat aku. Tu pun alasan ambil vksin. Dia letak alamat rumah aku kat utara.

So, appointment dekat utara. Jadi boleh la kill two birds with one stone.

Kalau tak mak dia cakap tak payah lah jumpa jauh. Kalau dia tak datang juga selesai barang nak kahwin.

Aku nak putus. Masa tu lagi sebulan nak kahwin. Dia datang juga la. Kira 2 kali berjumpa sebelum kahwin. Tu je.

Aku ni kahwin family aku senangkan betul betul. Belah suami aku just bayar untuk tok kadi, mas kahwin dan fotografi sahaja.

Makan pelamin khemah goodies dan lain lain keluarga aku yang berabis banyak.

Aku pun keluar duit tak banyak. Keluarga aku tanggung semua. Keluarga aku siap cakap kat keluarga suami aku. Kalau tak ada duit hantaran dan barang hantaran pun tak apa.

Asal anak lelaki mereka itu jadi suami yang bertanggungjawab. Tapi keluarga diorang bagi juga hantaran dalam bentuk gold bar dalam 7 ribu ringgit.

Lepas buat majlis besar. Keluarga aku buat pula majlis hanya untuk keluarga aku dan keluarga mentua aku sahaja. Berabis pula kat situ.

Siap bagi hadiah banyak dan mahal. Pastu siap tempah makanan asing untuk bawa balik selatan.

Aku ni anak bongsu dah tak ada mak ayah. Mak ayah aku meninggal kemalangan jalan raya tiga tahun lepas. Jadi mak cik aku yang uruskan semua.

Keluarga aku cakap kita layan baik diorang, biar diorang layan baik aku semasa dalam keluarga diorang. Gitulah..

Selepas 1 minggu kat utara. Aku pun bergerak ke Selatan. Masa kat rumah aku ni, MIL asyik whatsapp suami. Bila nak balik Selatan.

Aku ingat macam MIL excited nak sambut menantu dia. Masa gerak pun dia tanya lambat lagi ke nak sampai.

Dalam perjalanan last kami makan berat masa lunch sahaja. Pastu behenti beli makanan ringan ringan.

Sebab fikir mesti keluarga dia sediakan makan malam. Mesti diorang masak masak sikit sebab first time jumpa aku. Huhu.

Tapi itu hanya expectation sahaja. Sampai rumah MIL dalam pukul 9 malam. Tiada apa apa di rumah.

Air bujang pun tak disediakan. Punya suruh suami suruh cepat sampai rumah. Asyik call sepanjang perjalanan. Begini sahaja perakhirannya.

Aku kelaparan, suami buat hot milo je. Pastu mandi then tidur. Sumpah sedih. Huhuhu

Aku ambil cuti kahwin sebulan setengah. Tapi suami aku seminggu sahaja. Esoknya suami aku kerja.

Dan keesokkan juga aku mula start masak pagi, tengahari, malam. Kemas rumah mentua. Lipat baju, buang sampah. Sepanjang aku cuti. Aku buat benda yang sama setiap hari.

Aku sental toilet sampai shining. Mop lantai sental sampai keluar semua hitam hitam. Bila aku start buat semua kerja ni. Sampai pinggan diorang makan pun aku yang kena basuh. Hahaha.

Dah la aku hidang. Aku juga kutip atas meja makan tak pun biar dalam singki.

Aku jenis cerewet sikit bab kebersihan. Sebab aruwah ayah aku jenis teliti tak suka rumah bersepah.

Rumah ni ada 6 orang termasuk aku. Tapi kerja rumah kira aku dah take over secara tidak sengaja. Hahaha. Pengantin baru seminggu.

Tapi aku train diri aku jadi bibik kat sini. Aku yang salah. Sedangkan kat rumah keluarga aku, aku tak pernah masuk dapur.

Aku pula memang dimanjakan sebab satu satunya anak perempuan dalam keluarga.

Paling tak pun aku tolong sidai baju sahaja. Aku mengaku aku bdoh even aku grad degree dengan scholarship. Mungkin sebab aku terhegeh hegeh nak orang suka aku. Aduyai.

Rumah MIL memang jenis bukan kemas dan teratur. Dari hari pertama aku sampai. Berhabuk, baju bertimbun tak lipat, atas meja makan bersepah.

Lantai hitam hitam macam macam jenis sticker buah dan sayur ada. Sakit mata sungguh. Sebab tu aku buat semua tu.

Lipat baju sampai 3 hari tak habis habis. Aku tak tahu macam mana diorang cari baju dalam segunungan kain macam tu.

Dalam sebulan lebih aku duduk rumah mentua. Dia tak pernah masak sedap sedap walaupun sekadar untuk meraihkan aku.

Tak ada apa apa. Dan tak ada bersembang dengan aku. Ujung minggu pun sama. Tapi masak apa apa habis je.

Aku rasa macam tunggul kat rumah ni. Sekadar datang membantu buat kerja rumah. Adik adik ipar aku pun sama. Tak ada bersembang dengan aku.

Cuti habis, aku pun balik utara bekerja. Bermula lah PJJ aku dan suami.

Keluarga aku kerap juga tanya bila nak buat majlis bertandang. Tapi keluarga MIL tak ada cakap apa apa sehingga sekarang.

Aku rasa keluarga aku je beriya. Dari majlis kahwin belah aku dulu lagi. Siap buat lagi majlis lepas majlis besar.

Habis berpuluh ribu. Sedangkan belah ni tak ada apa apa. Tak ada meraihkan langsung.

Aku pasti diorang sangat mampu. Duduk kawasan elit. Pastu Ada beberapa rumah. Ada homestay.

Beli tanah berekar ekar. Barang kemas besar besar penuh lengan. Ada pelaburan emas. Kereta 5 biji.

Tolong kira harta orang pula. Huhu.

Yang paling best, sepanjang PJJ aku yang banyak balik Selatan. Sebab MIL tak suka anak lelaki dia datang jumpa aku. Dia cakap jauh.

Sedangkan aku ni isteri sah bukan makwe. Aku pula tak apa jalan jauh. Tak ada risiko kot bagi dia. Kalau aku penat drive. Aku naik bas.

Sampailah aku mengandung. Aku yang banyak ulang alik. MIL dah mula asak aku dengan soalan bila nak pindah selatan. Dah isi borang pindah? Lambat lagi ke keluar keputusan?

Pastu dia ada janji kalau aku dapat pindah dia nak bagi rumah teres kat selatan ni. Tak jauh dari rumah utama dia sekadang.

Aku ingat dia fikir kesian aku ulang alik berkorban jumpa anak dia. Rupanya dia tak nak anak dia selalu datang utara. Tu je sebab dia.

Masa aku tak tahu lagi aku pregnant aku demam, rasa nak pitam, muntah muntah. Aku ingat kena c0vid sebab aku baca tu simptom c0vid.

Aku suruh suami aku datang bawa aku check-up. Sebab aku tak larat nak pergi sendiri. Lagipun aku perlukan dia time aku tak sihat ni.

MIL boleh cakap nak pergi Selatan lagi. Tak payah selalu pergi sana. Sedih aku terbaca mesej tu.

Tapi suami aku tak sedap hati. Dia datang juga bawa aku pergi klinik. Tup-tup pregnant. Alhamdulillah. Aku still terasa hati dengan MIL.

Aku cakap dengan suami aku. Kalau aku pergi klinik sendiri. Aku tahu aku pregnant. Aku tak akan bagi mak dia pegang anak aku sampai mati.

Oh ya, aku sewa sendiri sebelum kahwin lagi. Sewa sebiji rumah. Aku malas nak duduk dengan rumah induk family aku. Sebab aku nak privacy.

Jadi lebih selesa suami aku yang datang utara berbanding aku balik selatan. Aku lebih ada masa dengan suami.

Kalau balik selatan. Memang sah sah diorang tunggu aku yang buat kerja. Diorang tak pernah fikir pun aku penat perjalanan jauh, penat kerja.

Yang adik ipar perempuan aku pun sama. Duk menggangur. Kerja rumah tak pernah buat. Apatah lagi lelaki.

MIL jenis harap aku buat semua. Aku memang cakap dengan suami aku sebelum kahwin lagi, aku tak nak duduk dengan keluarga mentua.

Dan aku tak kan bawa dia duduk dengan keluarga aku.

Beberapa bulan kemudian, aku dapat pindah ke selatan. Alhamdulillah, cepat sangat. Rezeki baby. Sedangkan orang lain bertahun minta.

Bila aku sampai selatan 3 hari. MIL tanya dah dapat rumah sewa ke?

Allahuakbar, terasa hati Ya Allah. Mana janji manismu. Aku pindah pun sebab dia tak nak anak lelaki dia ikut ke negeri aku.

Aku masa ni dah alahan teruk. Keluar juga cari rumah sewa dengan suami aku. Semua iklan kitorang buka.. Sampai muntah muntah sepanjang hari cari rumah sewa ni.

Pastu aku dehydrated teruk. Kena warded seminggu. Badan penat urus pindah barang, pastu perjalanan jauh dan sesuaikan tempat kerja baru.

Mak mentua aku tak tanya sepatah pun time aku kena admit. Lepas discharge aku dapat MC. Sepanjang MC tak ada pun dia tolong masak kat aku. Tak pernah tanya khabar.

Aku muntah muntah teruk sampai 5 bulan. Turun 10kg. Pastu berat tak naik naik. Time ni kalau aku larat aku masak. Tapi penat juga sebab aku kena masak untuk banyak terus.

Mak mentua aku even hari tak kerja. Dia tak akan masak. Dia masak time dia nak masak sahaja. Anak dia yang menggangur pun sama tak akan memasak. Kalau aku masak macam kebuluran semua.

Aku ni nak tak nak aku kena masak juga kesian suami aku balik kerja lapar.

Kadang kadang kalau aku tak boleh nak bangun. Suami aku yang tolong masak. Yang lain lain pun tumpang sekaki.

Rumah besar diorang ni tak ada pembantu rumah ya. Dulu masa diorang kecil kecik dulu ada la pembantu.

Mak mentua tak pernah beli apa apa hadiah kat aku. Aku je beli bunga perhiasan sampai beratus ratus, beli baju mahal mahal.

Setiap kali balik selatan bawa buah tangan. Beli barang dapur. Beli makanan. Keluarga aku pun sama setiap kali aku balik rumah keluarga MIL diorang kirim macam macam buah tangan.

Tapi tak pernah MIL balas. Dia tahu aku nak balik rumah keluarga aku dia diam sahaja. Cuma pesan bawa balik buah tangan. Nanti balik sana lagi, belikan dia apa apa macam tu.

Aku buat sembang dengan dia. Dia diam sahaja. Tak ada respon. Tapi kalau dengan anak anak dia dia boleh bergelak ketawa. Bercerita macam macam. Kalau time makan dia sahaja bercerita.

Sekarang aku mula rasa dia tak anggap aku sebagai sebahagian keluarga dia.

Aku memang rasa sangat menumpang tak pun sekadar pembantu rumah tidak berbayar. Kalau suami aku outstation. Tinggallah aku seorang diri. Alone kat rumah ni. Rasa mental pun ada.

Kalau aku tengah alahan dulu, tak larat nak bangun. Suami outstation, sampai kebulur lah aku sendiri. Semua kat dalam rumah ni tak akan tanya sepatah.

Aku pernah pitam dekat dapur. Pastu masa aku balik check-up aku pitam depan pintu rumah. Nasib baik dah sampai rumah. Aku kena urus diri sendiri macam PJJ dulu dulu.

Aku ni hb rendah, berat tak naik naik. Dengan stress kerja. Toxic environment sangat tempat kerja aku. Kat sini kebanyakkan pegawai tua tua. Pastu pemalas. Penjawatan banyak kena freeze. Jadi bebanan sangat banyak.

Aku kena tanggung position lebih tinggi tapi tak ada tambahan gaji. Aku rasa memang kena uji kaw kaw.

Sekarang aku diagn0sed jantung pula. Jangan cakap lah medical appointment banyak mana. Dengan hospital pastu KK lagi.

Keluarga mentua aku tak pernah kisah pun. MIL tak pernah pun beli apa apa sepanjang aku pregnant even kurma sebiji. Tak pernah bagi sebarang pregnancy tips.

Aku tak pernah rasa dia masak sedap sedap kat rumah ni. Aku rasa sekali dia masak special. Dia masak pulut kuning sempena adik suami aku habis belajar. Itu sahaja.

Kalau aku nak makan apa apa. Aku drive pergi beli sendiri. Mula mula aku berharap aku disayangi. Yelah aku kan tak ada mak ayah. Adik beradik makcik aku jauh.

Tapi tu sekarang sangat mustahil.

Buat pengetahuan pembaca. Aku masih buat kerja rumah sebab aku tak boleh duduk dalam keadaan rumah berselerak.

Dengan aku tak sihat sekarang. Lagi sesak jiwa raga aku. Huhu. Jangan cakap aku tak cuba ambil hati keluarga ini.

Aku dulu selalu mesej MIL, beli hadiah, tengok TV sama sama, ajak berborak. Adik adik suami pun sama, siap tanya nak makan apa. Kalau birthday siap sponsor majlis.

Tapi sekarang aku give up. Aku pun tak pernah layan keluarga sendiri macam ni sekali. Tapi di sini aku hanya sekadar melukut di tepi gantang.

Sekarang aku tengah tunggu kunci rumah aku sendiri. Aku beli dekat sini. Sebab rumah sewa tak jumpa yang sesuai. Pastu sewa sangatlah mahal. Jadi aku beli menggunakan pinjaman atas nama aku.

Walaupun impian aku rumah pertama adalah di tempat aku sendiri. Sampai sekarang aku terasa asing dekat sini.

Jauh dari keluarga, tak ada kawan kawan, kerja penat, sekarang sakit pula. Aku tengah berjimat sebab nak upah CL. Aku tak rasa mak mentua aku akan jaga aku masa pantang.

Walaupun dia nak aku berpantang kat sini. Dia tak nak aku balik rumah keluarga aku. Aku pun tak faham apa dia nak sebenarnya.

Aku mengalah kali ni. Dia tak suka aku kot. Masalahnya dia juga suruh kami kahwin cepat cepat. Nak perkahwinan dimudahkan.

Tapi tak apa, aku juga tidak boleh anggap dia seperti mak aku sendiri.

Oh ya, dia bagi rumah yang dia janji nak bagi kami tu kat adik suami aku yang baru kahwin baru ni.

Dia siap bagi hadiah kereta H lagi. Dia pun bagi hadiah kereta H pada adik suami yang baru grad hari tu.

Aku dah tak nak berharap apa apa lagipun bukan keluarga aku pun. Tapi suami aku pula menumpang kereta aku. Sebab dia tak ada kereta.

Ada motor yang rosak sahaja.

Keperluan masuk rumah pun macam grill door, kabinet, lantai, perabot. Aku yang banyak tanggung sebab aku gaji lebih besar dari suami.

Aku terasa juga aku yang kena ikut suami, tapi aku yang kena sediakan semua benda. Sekarang aku dah slow slow ikhlas.

Suami aku baik, biarlah aku susah senang dengan dia sahaja. Tak perlu bergantung pada sapa sapa. Esok esok aku tak payah terasa makan budi. Kalau tak nak berkunjung. Aku tak perlu pergi.

Cuma sampai sekarang aku tetap akan fragile. Mudah menangis sorang sorang. Rasa tak ada sapa sapa. Tak ada sapa sayang. Selalu rasa tak sayang anak dalam kandungan.

Bukan setiap masa aku boleh positif. Ada masa aku boleh mengamuk tanpa sebab… Asyik cari salah suami.

Tolong doakan aku kuat dalam perjuangan ini. Aku tahu perjalanan masih panjang. Aku sedikit beruntung daripada menantu yang tidak bekerja menumpang di rumah mentua dan berharap duit daripada suami.

Untuk seketika, mari kita berkorban untuk kebahagian diri sendiri. Tutup mata fikir masa depan untuk diri sendiri.

Walaupun sebenarnya kita tak ada kekuatan untuk melangkah. Salam sayang.