Bulan berganti bulan sy masih tinggal di hotel. Pastu tiada majlis yg diputuskan keluarga. Saya makin gelisah tinggal di hotel sorang2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya berjumpa dengan A sewaktu interview mencari data tesis PhD, 7 bulan kemudian kami bernikah.

A berniat mencari isteri yang boleh menjaga makan minum pakai kerana dia anak yatim piatu, sudah hampir bersara, inginkan zuriat dan ada banyak masalah kesihatan.

Saya sempat berjumpa dengan adik lelaki A dan kekasihnya (seorang janda anak satu yang akan dinikahi selepas kami).

Oleh kerana waktu tu PKP, saya percaya dengan alasan akan ditemukan dengan saudara mara A selepas C0vid reda.

Dengan istikaharah, solat hajat dan mahar sepotong surah fatihah kami bernikah di pejabat agama di negeri Pahang (kononnya kampung A).

A bersumpah akan belikan kereta, pindah ke rumah yang selesa, barang kemas dan macam macam lagi.

Aneh sekali hanya A dan adiknya sahaja yang hadir di pejabat agama. Tiada makcik sanak saudara yang hadir atau datang berjumpa usai pernikahan.

Saudara mara saya tidak dapat hadir dan hanya melihat pernikahan melalui live feed dan video rakaman.

Sejurus itu kami pindah ke hotel berdekatan pejabat A. Oleh kerana A kerap outstation, 4 hari dalam seminggu A akan balik ke hotel dan saya melayan sebaik mungkin sebagai isteri.

Selepas beberapa bulan bernikah, atas desakan saya, abang sulung A (abang ipar baru) datang bertemu keluarga kami.

Beliau dan A datang ke rumah ibu dengan buah tangan helwa, nasi arab dan berpakaian kandurah putih (konon keluarganya asal Oman).

Tapi hairannya mereka semua bercakap melayu utara, iras mamak dan tidak arif tentang kisah asal usul keluarga. Tiada gambar atau bukti keturunan mereka, gambar ibubapa pun tiada.

Kami masih juga sambut wakil keluarga A dengan baik dan bercadang untuk lansungkan majlis samrah bila keadaan mengizinkan dalam masa terdekat.

Hari bergilir bulan, saya masih tinggal di hotel. Masih tiada kata putus tentang majlis menghubungkan silaturrahim kedua keluarga.

Saya semakin resah tinggal sendirian di hotel dan bertubi tubi merayu untuk beriftar dengan keluarga ipar.

Pada Hari Ibu (waktu itu Ramadhan), abang ipar ingin menjumpakan isterinya secara rahsia di pejabat A. Rasa pelik tapi pergi juga sebab sejak nikah tak pernah berjumpa pun kakak ipar.

Alangkah terkejutnya saya bila mereka melahirkan rasa tak senang dengan perkahwinan kami.

Rupanya A berasal dari Kedah, sudah ada isteri dan 4 orang puteri yang tinggal berhampiran. Malah A baru sahaja ambil seorang anak angkat lelaki yang masih kecil.

Tak cukup dengan itu, wanita yang dulu dikenalkan sebagai bakal isteri adik ipar adalah skandal bertahun lamanya tempat makan minum bermesra; adik ipar sebenarnya sudah ada isteri dan 5 orang anak yang tinggal 500 meter dari rumah isteri pertama A.

Sejak dari itu, saya nekad pulang ke rumah yang saya beli dengan hasil berkerja di luar negara.

Saya buat persiapan untuk pulang ke tanah arab bekerja, tapi A memujuk untuk menerimanya semula dengan pujuk rayu bersumpahkan al-Quran.

Saya dipaksa untuk menerima p0ligami rahsia ini tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga A.

Kami sering bergaduh bila saya nyatakan sudah tiba masanya untuk buat perbicaraan tuntutan p0ligami, atau tuntut fasakh.

Nafkah saya tidak tentu, dapur sentiasa kosong, bil tidak terbayar, tidak ada duit untuk belanja perubatan.

Saya dipaksa menggunakan wang simpanan sendiri untuk bertahan. Pada masa sama makin habis dikikis A.

Saya sudah nekad untuk pergi ke pejabat agama untuk melaporkan suami dan adiknya kerana tipu status bujang untuk proses permohonan nikah kami.

Saya simpulkan yang A dan seluruh keluarganya porak peranda penuh tipu daya, selesa hidup dalam dosa. Seakan tiada agama, tiada aib, tiada rasa tanggungjawap.

Saya sudah tidak kisah A dan adiknya hilang status Dato yang dibeli dangan wang haram (ya… A merahsiakan status Dato, suami dan bapa dari saya dan semua orang lain).

Langkah selepas A dapat denda menipu status bujang adalah melaporkan perbuatan bdoh itu kepada pejabat istana untuk dilucutkan kurnia Dato kedua adik beradik itu.

Allah SWT Maha Kaya… Sewaktu saya seorang diri keguguran kandungan kali ketiga, saya mendoakan seluruh kaum keluarga A ditimpa kemiskinan dan kehinaan…

Dan sekarang seluruh keluarga A dan isteri masing masing sudah dikenakan mareva injunction serta dibekukan akaun bank dan harta oleh bekas rakan kongsi perniagaan A setelah ditipu berjuta ringgit.

Pengajaran di sini ialah jangan percaya bulat bulat pada manusia, walaupun berkopiah berjubah seperti A.

Lebih baik hidup sendiri dari menjadi mngsa yang dizalimi. Kifarah itu pasti. Orang putih kata beware of your deeds, karma hits twice as hard.

Ingat, doa orang dizalimi itu dekat dengan Sang Pencipta. Wallahuaklam.

Doakanlah kekuatan dan kesihatan saya, semoga Allah SWT gantikan dengan yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *