Dalam keadaan aku mamai dan jerit2 suami cakap dia tak sampai hati nak buat seolah2 mcm mrog0l

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tujuan aku menulis disini untuk mendapatkan pandangan dan cadangan kerana aku buntu dan dalam usaha nak menyelamatkan rumah tangga aku..

Ada detail yang terpaksa aku ubah demi menjaga kerahsiaan keluarga aku..

Aku dan suami telah mendirikan rumahtangga selama 8 tahun dan dikurniakan seorang anak.

Keluarga kecil kami tidaklah bahagia mana kerana sering saja bergaduh. Kami tiada masalah kewangan kerana aku mempunyai pekerjaan yang agak baik.

Kalau suami aku tak bagi nafkah kerana ketidakcukupannya, tidaklah sampai bergaduh kerana wang.

Aku mengenali suamiku dalam tempoh yang panjang. Ingatkan dah tak ada jodoh sebab kami memang nak bernikah, tapi mak ayah aku tak setuju.

Katanya T20 dan B40 tak sekufu.. akhirnya kami berkahwin juga dalam usia masing masing menginjak ke 40an. Suami aku 35 tahun dan aku 32 tahun masa tu.

Bayangkanlah, aku mampu bertahan dalam fasa berkenal, berkawan selama 10 tahun.. maksudnya suami yang aku pilih sangat baik dengan aku.

Namun, apabila termeterai lafaz nikah, aku jadi lain. Aku sedar perasaan aku langsung mati terhadapnya. Tiada cinta, tiada nfsu, tiada kasihan.

Apabila disentuh, kulit aku meremang. Benda ni berlarutan sehingga dua tahun. Dalam rumahtangga kami, tiada gurau senda, tiada canda, tak ada usik mengusik.

Macamana boleh ada anak sorang tu kan?

Pada suatu masa, suami aku dapat rezeki keluar negara untuk bekerja. Entah kenapa, pada masa itu aku fikir, kami dah tua dan tiada zuriat. Kalau suami aku mati, macam mana?

Kami puas berubat tradisional dan moden. Sehinggakan aku telah diberi ubat tidur oleh Dr supaya sesi ‘bersama’ dapat dilakukan.

Semasa dapat perkhabaran suami akan keluar negara dalam tempoh yang lama, kami berbincang supaya aku makan ubat tidur supaya dapat ‘bersama’.

Sewaktu proses itu, suami kata dia sangat tak sampai hati pada aku seolah olah dia mergol aku.. dalam keadaan aku mamai dan menjerit kesakitan.

Lalu dia hentikan dan itulah.. sekali dalam 2 tahun tersebut, kami dapat ‘bersama’ dan Allah memberi rezeki anak kepada kami.

Kini, telah 8 tahun berlalu. Hubungan suami isteri kami masih macam dulu. Dingin, tiada canda dan tidak seperti pasangan yang lain.

Jujur aku sedih.. Ada sampai suatu masa, suami aku menghempas barang barang dalam rumah kerana dia stress, tension terpaksa melepaskan nafsu dengan ber0nani.

Kami pernah berubat dengan seorang ustazah di Keratong. Semasa di ruqyah, aku terasa terlalu sejuk sampai ke tapak kaki dan ubun ubun.

Aku teramat pilu dan sedu.. ustazah tanya, aku sayang suami tak… mestilah aku sayang. Manakala suami aku pula, kelihatan berpeluh peluh.

Dia kata badan dia panas macam ada api.. Sesi ruqyah dihabiskan juga dan kami diberi air dan bebrapa potong ayat untuk diamalkan.

Namun, semuanya hanya hangat hangat tahi ayam..

Aku malu untuk mengaku bahawa dulu aku kerap ber0nanni (bila tidak dapat ‘bersama’ aku pun lakukan ini).

Maksudnya perasaan s3ksual aku normal.. tapi kenapa aku tiada perasaan terhadap suami aku? Bila dia pegang aku, kulit meremang.

Bila cuba untuk ‘bersama’ aku selalu kata dalam hati ‘apa lah yang kau buat ni’… ‘apa lah rasa ni’.. aku hanya rasa sakit, tiada nikmat..

Jujur aku sedih, kenapa nikmat s3ksual aku ditarik… aku dah lama berhenti ber0nani dan hidup macam biasa.

Tak ada perasaan atau apa. Kalau dulu masa aku ber0nani, aku boleh uji yang aku ni ada lagi nafsu s3ksual. Sekarang aku tak pernah uji lagi.

Aku biarkan..

Suami aku karakter dia baik sangat sebelum berkahwin. Jenis ramai kawan, mulut manis, suka buat lawak.

Apabila kami diuji begini dia jadi dingin, hilang cerianya.

Aku pernah nampak dikatil, dia menangis.. mengesat air matanya walau dikalangan orang nampak sado dan samseng.

Bukan aku tak simpati, aku sendiri sedih.. kenapa aku tak ada desire… selalu aku minta petunjuk dengan Allah supaya bagi rasa cinta, sayang dan nfsu kepada aku.

Dalam 8 tahun berkahwin ni, aku rasa boleh hitung dengan jari berapa sesi ‘bersama’ tu. Mungkin dalam 8 kali?

Selalunya diiringi dengan kesakitan dan hati aku yang sentiasa berkata, apa benda ni. Mana nikmat dia ni?.. dan aku kerap menolak dengan mencipta alasan aku penat, aku sakit kepala.

Aku happy kalau suami aku tak menyuarakan dia ingin ‘bersama’. Dia usap kepala aku pun aku tak suka. Bila bersentuhan pun, aku tak selesa. Ini membutkan dia jauh hati.

Aku pernah suruh suami aku cari lain, tapi dia marah. Katanya 10 tahun berkawan, dengan siap kena parang dengan mak bapak aku, takkan dia senang senang nak cari lain.

Tolonglah aku. Sekarang ni, kami dah tak bercakap lama. Duduk sebumbung, tapi tidak bercakap. Tidur sekatil tetapi tiada bicara.

Aku minta dia lepaskan, dia tak mahu. Tolong aku, apa perlu aku buat untuk selamatkan rumahtangga aku?

Aku ni ada sakit ke? Ada sihir ke kat kami ni?… Kami makin hari makin tua… aku nak rasa nikmat sebagai suami isteri.. tolonglah.