Pada Iz yang pernah duduk sini. Aku nak bagi tahu semua orang rindukan kau. Semua tertanya2

Kenalkan nama aku Nia. Harini aku nak luah atau aku nak ceritakan pasal seseorang yang baik sangat sehinggakan bila dia dah tiada, ramai rindukan dia.

Tiada kat sini bukan meningggal dunia tau tapi menghilang tanpa jejak.

Aku kenalkan karakter utama dalam cerita ni namanya Iz. Ni pun nama sebenar sebab kalau Iz terbaca luahan ni, aku nak Iz tahu yang ramai rindukan Iz.

Luahan aku ni agak panjang tau.

Kisahnya aku dapat kerja di KL. Dalam fikiran aku sebenarnya aku tak ready untuk hadap suasana dekat KL ni tapi aku kena hadap jugak demi sesuap nasi.

Aku pun carilah sebuah rumah yang dekat dengan office aku di Bangsar South dan jumpalah satu apartment ini yang betul betul walking distance je dari office aku.

Tak fikir banyak sebab aku malas nak hadap jammed setiap hari, aku pun pilih lah apartment ni. Boleh aku jalan kaki je pergi office.

Memang taste aku lah apartment ni sebab semua kemudahan dari kedai makan, kedai runcit, 7 eleven dekat bawah apartment ni je.

Entah kenapa tetiba terlintas di kepala aku semua yang menetap kat sini mesti poyo semua kan.

Yelah selalunya yang stay dekat kawasan gini orang have have dan geng yang mind their own business je kan.

Tak macam yang stay dekat rumah teres, yang selalu bertegur sapa apa semua.

Ah lantaklah, aku pun bukan nak bertegur sapa pun kat sini.

Aku stay kat sini pun sebab aku manfaatkan elaun perumahan yang company aku bagi je. Sambil top up sikit duit gaji aku untuk bayar sewa hahaha. Kalau takde elaun tu, memang aku cari yang lagi murah tempatnya.

Rupanya fikiran aku tu salah. Hari first aku pindah, aku dah jumpa orang yang tak poyo. Mesra alam gittew. Tapi aku jenis pendiam dan introvert sikit so aku tak layan sangat.

Lagi lagi stranger dan lelaki pulak yang menegurnya. Orang tu ialah Iz.

Hari first aku pindah, aku struggle untuk angkat kotak buku dan file kerja aku. Rumah tingkat 18, memang penatlah nak angkat satu satu dari kereta ke rumah.

Dalam dok mengeluh, Iz tetiba datang dekat aku sambil offer untuk tolong. “Let me” katanya. Fuhh english kau.

Aku pun macam “Eh, takpe saya boleh buat sendiri”.

Iz pun kata “Apa guna ada jiran kalau tak boleh bantu” sambil gelak hahahaha gitu.

Aku macam, “Eh manatahu jiran? Rumah pun saya tak kata unit berapa, nombor berapa”. Aku dah cuak dah. Macam mana budak ni tahu.

Oh btw, Iz ni lagi muda dari aku rasanya. Aku awal 30 an. Dia nampak gayanya dalam 27 or 28 gitu.

Iz pun gelak je sambil kata parking sini ikut turutan nombor rumah.

“Niha kereta saya kat sebelah kereta awak. Maksudnya awak jiran sayalah”.

Aku pun ohhhhhhh kan jelah. Dia pun tolong lah aku angkat kotak kotak tu. Sekali harung je dia letak dalam wagon troli dia tu. Start haritu terus aku beli wagon troli tu. Senang kalau nak punggah barang kalau kita stay kat rumah tinggi ni.

Sepanjang dalam lif sampai kat rumah memang kitorang senyap je tak berbual apa apa.

Iz tanya aku baru pindah ke?. Terus aku haah-kan. Then habis conversation kat situ.

Ok baru nak masuk cerita pasal Iz ni. Hahaha yang atas tu baru mukaddimah ya. Iz ni boleh aku katakan rapat dengan semua resident dekat floor kitorang.

Pak guard dan mak cik cleaner lagilah dia rapat. Selalu aku tengok dia berbual dengan guard dekat bawah.

Ada sekali tu siap makan sekali lagi dengan diorang. Mak cik cleaner pun sama. Selalu aku tengok dia makan sekali, bergelak ketawa apa semua. Dah macam aku tengok dia anak beranak dah dengan mak cik tu.

Time weekend memang selalu sangat aku nampak dia dok lepak sambil makan nasi dengan geng geng mak cik tu. Tak tahulah kalau dia pau bekal mak cik tu atau mak cik tu pau makanan Iz.

Kat floor kitorang pun, kalau dengar bising sikit kat lif tu, confirm ada dia. Entah apa yang diboraknya pun aku tak tahu. Kalau takde Iz, memang krik krik lah jawabnya.

Aku rasa ramai yang suka atau selesa dengan Iz ni sebab dia peramah dan baik.

Setiap pagi Jumaat, dia akan letak satu carton air tin kopi dan biskut oat crunch dekat foyer rumah dia. Pastu dia selit lah macam “Its Friday, please take one and have a nice day” ha gitu.

Maybe itu cara dia bersedekah kot. Lagipun rumah dia betul betul dekat jalan nak pergi lif. Setiap orang yang nak pergi lif memang akan lalu rumah dia. Dan of course akan ambil air tin dan biskut tu.

Dari bulan 3 aku pindah, tak pernah miss Iz letakkan makanan depan rumah dia setiap hari Jumaat.

Bulan puasa pun boleh dikatakan setiap hari ada kuih dsb dekat foyer rumahnya. Kalau takde tu, tandanya dia berbuka dekat luar lah tu.

Dia selalu jugak tegur aku tapi aku buat dono je sebab aku tak pandai nak interact dengan orang.

Kalau kebetulan kitorang keluar rumah sama sama, memang akan keluar lah dari mulut dia good morning ke, tanya kerja ke dsb tapi tulah aku tak layan sangat dia.

Lepas aku senyum dia tegur tu, then habis dekat situ je. Bukan aku sorang je, semua resident kat floor kitorang pun dia akan tegur kalau terserempak.

Orang lain layan lah dia, aku je yang tak layan dia. Huhuhu

Aku tak tahulah dia kerja apa sebab kadang kadang time aku nak pergi kerja nampak dia dok breakfast kat 7-eleven.

Pakaian macam tak kerja. Baju pagoda dengan tracksuit je. Hari hari nampak dia makan maggi dekat meja 7-eleven sensorang time aku nak gi kerja.

Kadang kadang nampak dia pakai full suit, kadang kadang pakai macam nak gi sawah, kadang kadang pakai macam cucu CEO. Tapi kereta pakai kereta T20 dan Viva.

Maybe dia WFH kot. Hahaha tapi yang aku tahu dia single. Kalau tak, takdelah dia asyik breakfast kat 7-e je.

Lagi satu, tak pernah aku nampak bini atau anak dia.

Budaya greetings orang tu memang dah budaya dia agaknya. Kalau kebetulan naik lif dengan dia, habislah potpet potpet dia tu menyembang.

Tak kira orang dia menyembang. Cina, Melayu, India, Foreigner semua dia ajak bersembang. Kalau dia takde dalam lif, memang sepatah haram tak keluar dari mulut masing masing.

Alkisahnya, lepas cuti raya puasa haritu aku sedar dia dah pindah dari rumah dia tu. Dah takde kelibat dia dah.

Time aku beria nak balas kuih muih yang dia bagi time puasa nilah, dia menghilangkan diri.

Aku beli banyak kuih raya nak bagi kat dia sebab yelah dia selalu dok bagi kuih kat floor kitorang.

Tunggu punya tunggu, memang dia dah pindah. Aku ingatkan dia cuti lama. Sebab seminggu lepas raya, dia still takde kat rumah dia lagi. Kereta dia pun dua dua takde.

Bukan aku sorang je yang perasan, semua resident perasan yang dia dah takde. Ada jugak yang tanya aku mana Iz pergi. Aku pun jawab aku tak tahu.

Cina, Melayu, India semua tanya mana dia. Pak guard dan mak cik cleaner tu pun tanya mana Iz pergi. Lama sangat tak datang melepak dengan diorang.

Ada sorang aunty ni setiap hari pergi ketuk rumah Iz.

Ada yang cakap Iz balik kampung sebab mak dia tak sihat. Kalau balik kampung, aku rasa kat Kelantan sebab ada sekali tu aku dengar dia cakap Kelantan dengan salah seorang resident.

Ada yang cakap dia pindah apartment lain. Sampai aku pergi 7-e pun, bro 7-e tu tanya aku ada kenal tak Iz. Kenapa dah tak datang sini dah.

Lepas raya tu memang aku dah tak nampak dah setup meja yang dia letakkan makanan setiap hari Jumaat tu.

Resident lain pun ada yang macam bergurau “Alaa dah tak merasa kopi free dah setiap Jumaat “.

Tempat menunggu lif pun dah makin sunyi dah. Semua tengok fon masing masing masa tunggu lif.

Berbeza sangat masa Iz ada. Kalau Iz ada, ada je topik yang diorang borakkan. Tak kisahlah melayu ke cina ke, semua boleh gel dengan Iz.

Ada sekali tu aku nampak kereta kat tempat parking rumah Iz. Aku tak tahu kenapa aku rasa excited giler. Aku hampir berlari tau pergi lif naik ke tingkat 18. Nak make sure yang Iz dah kembali ke tidak.

Sekali rupanya kereta ejen rumah tu. Aku tanya ejen tu, ejen tu pun tak tahu Iz pergi mana.

Aku try jugak cari contact dia dalam group resident tapi tak jumpa. Aku try juga cari social media dia tapi tak jumpa jugak.

Entah aku pun tak tahu kenapa aku rasa sunyi giler bila dia tiada.

Padahal dia takdelah rapat sangat dengan aku. Contact dia pun aku takde. Btw, aku bujang lagi ye. Karang ada kata aku merenyam karang.

Aku yakin resident lain pun rasa macam aku. Rasa sunyi giler. Yang paling aku terharu dan yang ni memang aku rasa nak nangis sangat.

Aku ada buat setup hari Jumaat yang macam Iz buat tu. Aku sediakan air kotak dan roti gardenia yang harga seringgit tu. Lepastu aku letak wish yang macam Iz buat.

Ada resident yang datang ketuk pintu rumah aku then dia bagitahu dia ingat Iz dah balik semula. Aunty yang selalu ketuk pintu rumah Iz tu siap datang peluk aku.

Dia kata dia teringat dekat Iz. Lepas aku tiru Iz buat setup tu, minggu depan aunty tu pulak yang buat. And of course aku rasa floor kitorang macam makin harmoni giler.

Aku ingatkan resident dekat sini poyo semua. Semua buat hal sendiri je tapi telahan aku sama sekali salah.

Maybe ini semua effect dari mesra alam yang Iz tunjukkan kot. Selalu buat baik, selalu tanya khabar jiran, selalu greetings each other.

Tapi tulah sayang sekali time Iz ada aku macam sombong sikit dengan dia. Time dia takde, rasa macam tak lengkap pula kehidupan kat floor ni.

Kepada Iz, yang pernah stay dekat salah satu apartment di Bangsar South, aku just nak bagitahu yang semua kat sini rindukan kau.

Terima kasih kerana dah transform floor ni kepada kejiranan yang harmoni. Aku suka giler dengan vibes kejiranan dekat sini sekarang.

Kat mana pun kau berada sekarang, kalau kau baca confession ni aku harap kau sentiasa sihat dan segala kebaikan kau Allah gantikan dengan yang lebih baik lagi.

Sesekali datang lah singgah kat sini okay. Hehehe, Ok sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *