Saya tolak pintu tu saya rasa macam nak pitam. Lagi2 anak dia bumur 5 tahun ada dalam bilik tu sekali

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana terima luahan saya ini. Saya perlukan bantuan dan nasihat dari semua.

Saya berkahwin dengan seorang duda anak dua pada tahun 2020 ketika usia saya 36 tahun. Saya bekerja sebagai Pegawai Kerajaan dengan gaji yang agak tinggi. Belum mempunyai cahayamata.

Suami saya, saya namakan Mat sangat rapat dengan bekas isterinya bernama Su iaitu ibu kepada dua anak mereka.

Pada mulanya saya tak kisah dan anggap alangkah bagusnya mereka berdua tidak bercakaran selepas bercerrai. Dua anak mereka masih bersekolah rendah.

Suami saya Mat selalu ke rumah jandanya Su. Jarak rumah kami 5 km sahaja. Alasan urusan anak.

Kerap juga suami ke sana pada waktu malam. Sedar sedar suami sudah tiada tidur di sebelah saya.

Suami sering tinggalkan mesej whatsapp maklumkan saya bahawa dia ke rumah jandanya kerana anak sakit, anak menangis, anak tak nak tidur, anak merajuk, anak nak bapanya dan pelbagai alasan lagi yang kesemuanya disebabkan anak.

Takkan saya nak halang seorang bapa bertemu anaknya kan?

Janda suami saya, Su seorang yang bekerja biasa biasa. Tetapi dia aktif di media sosial. Followersnya sudah lebih 20 ribu orang.

Kebanyakannya Su upload gambar dan video Su dengan suami saya dan anak anak mereka. Ramai yang puji mereka kerana berbaik selepas bercerrai.

Su dianggap contoh yang baik kepada wanita yang bercerrai kerana masih boleh bergurau senda dengan bekas suami.

Ada antara acara dalam video video itu turut saya sertai. Tetapi Su sunting dan buang rakaman yang ada muka saya.

Maka seolah olah Su keluar, makan dan sebagainya bersama bekas suaminya iaitu suami saya dan anak anak mereka sahaja.

Ramai yang kata Su bagus. Sebab berbaik dengan bekas suami demi anak.

Tidak seperti perempuan perempuan lain yang block bekas suami di semua media social atau meminta orang lain menghantar anak bertemu bapa kandung kerana perempuan lain itu tidak mahu melihat muka bekas suami mereka.

Su tidak begitu. Kerap juga Su berebut menaiki kereta saya untuk duduk di sebelah suami saya di tempat duduk hadapan.

Dengan alasan Su nak rakam video. Kerap saya mengalah dan duduk di tempat duduk belakang.

Pada mulanya bagi saya yang sibuk bekerja, tiada masalah. Saya juga tidak kisah memerap di rumah sendirian pada hujung minggu jika suami pinjam kereta saya untuk menguruskan hal anak anaknya.

Suami saya Mat hanya ada sebiji motor. Suami saya juga berikan keretanya kepada Su dan kereta itu dibayar suami saya hingga sekarang.

Saya tak kisah sebab gaji saya banyak. Takkan saya nak cemburu suami saya bantu jandanya dan anak-anak dia kan?

Sehinggalah dua bulan lepas. Saya terjumpa seluar dalam perempuan berwarna hijau di dalam kereta saya yang suami pinjam untuk hantar anaknya ke klinik.

Saya tahu itu seluar dalam Su sebab saiznya besar (Su tubuhnya sedikit gemuk) dan saya pernah lihat seluar dalam berwarna hijau di ampaian rumah Su. Seluar dalam yang sama.

Kemudian saya terjumpa rakaman suami saya melakukan hubungan intim dengan Su. Sebab rakaman itu tiada tarikh maka saya terima alasan suami, ianya rakaman lama ketika mereka masih berkahwin.

Suami juga berkata takkan saya nak cemburu dengan tubuh Su yang penuh parut dan lemak di sana sini. Sebab suami saya puji tubuh saya lebih cantik dari Su maka saya rasa lega.

Kemudian suami mula kerap hilang pada waktu malam. Alasan main futsal dengan kawan kawan tetapi bawa kereta saya.

Saya tak pandai menunggang motor jadi saya terperap sendirian di rumah. Suami balik dari main futsal jam 3 hingga 4 pagi. Saya masih berbaik sangka.

Semalam saya pulang awal dari pejabat. Saya demam dan diminta pulang.

Saya balik naik grab sahaja sebab kereta saya suami ambil untuk urusan anaknya. Saya bercadang meminta suami hantar saya ke klinik.

Sampai di rumah, kereta saya ada di parking. Saya sudah cuak. Saya buka pintu.

Nasib baik saya bawa kunci rumah. Saya naik ke atas menuju ke bilik tidur saya kerana saya dengar suara dari situ.

Sebaik saya menolak pintu, saya rasa nak pitam. Saya lihat suami saya dan jandanya Su sedang melakukan hubungan intim di katil yang saya beli selepas berkahwin dengan suami.

Tambah saya rasa nak pitam apabila anak kedua mereka usia lima tahun berada di dalam bilik itu dibiarkan memerhatikan perbuatan ibu dan bapanya yang sedang berb0gel tanpa seurat benang.

Saya terduduk menangis meraung. Saya mahu suami cerraikan saya. Saya rasa diperbdohkan selama ini.

Patutlah mereka sangat rapat dan mesra walaupun sudah bercerrai.

Mereka ada hubungan sulit. Berziina di belakang saya dan berziina di hadapan anak mereka. Allahu Akbar.

Suami tak nak cerraikan saya. Ayat suami tambah mengguris hati saya. Suami kata dia perlukan saya untuk tanggung hidup anak anaknya dengan selesa kerana sebelum ini suami agak susah kerana Su demand macam macam.

Suami saya minta saya terima jandanya Su sebagai madu. Suami kata tiada siapa yang akan mahukan saya kerana saya dahulu andartu.

Bahkan suami saya mengugut akan burukkan saya jika saya tetap nak bercerrai.

Kerana kata suami, semua followers Su anggap Su perempuan baik kerana berbaik dengan bekas suami. Saya akan dianggap perampas dan penghancur rumahtangga mereka walaupun saya kenal suami selepas mereka bercerrai.

Saya menangis. Alangkah baiknya jika suami saya tidak berbaik dengan jandanya seperti perempuan perempuan lain. Yang bermusuh selepas bercerrai.

Sekurang kurang saya tidak perlu melihat kecurangan yang saya takkan sangka Su janda Suami adalah perempuan yang akan mengotorkan katil perkahwinan saya.

Saya sangat buntu. Suami tak nak cerraikan saya. Tetapi sekarang saya sangat jijik melihat wajah suami dan jijik melihat wajah Su.

Su bagai orang tidak bersalah menyindir saya konon saya tak pandai melayan bekas suaminya. Kalau Su pandai sangat kenapa mereka sampai bercerrai kan?

Bagaimana saya mahu lupakan kecurangan suami? Saya tiada kepercayaan lagi kepada suami.

Saya mula rampas kembali kereta saya. Saya tak peduli jika anak mereka sakit di tengah malam. Saya tak benarkan suami jenguk anak mereka.

Zalimkah saya? Perangai mereka berdua yang membuatkan saya menjadi jahat.

Apakah yang perlu saya buat?

Mohon nasihat langkah terbaik yang perlu saya ambil.

Adakah perkahwinan ini berbaloi untuk dipertahankan sedang saya sangat merana kerana sentiasa curiga dan tidak lagi percaya kepada suami berkaitan urusan anak anaknya.

Mohon bantu saya… Aisyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *