Makin lama duduk rumah mak makin rimas tengok aku. Nape mak aku tak syg aku hanya lebihkan menantu dan cucu2 dia je

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kawan panggil aku Hannah sebab kedengaran fancy walaupun bukan nama sebenar. Berumur 26 tahun. Sedang pursuing master sambil bekerja gomen, from selangor.

Sekadar menggunakan medium ini untuk meluah.

Aku merupakan anak kedua daripada 3 adik beradik. Sorang je perempuan, lagi 2 lelaki. Dua dua dah kahwin, aku je jodoh kejap ada kejap lari ikut perempuan lain haha.

Aku rindu mak aku. Dia masih sihat walafiat, alhamdulillah. Masih bekerja dan kami tinggal serumah.

Mak dan ayah aku bukanlah orang senang. Mak aku yang banyak sara kami dari kecil sebab ayah punya financial state tidak begitu stabil. But I know he is a hardworking man.

Cuma itulah, dah umur nak masuk 6 series dah masih belum stabil dalam banyak perkara. Sama sama doakan kejayaan ayah saya ya.

Susah senang aku, memang aku lebih berkongsi dengan ayah. Sebab ayah je macam sedar kewujudan aku.

Mak tak kisah pun aku hidup ke mati.

Aku happy bila tengok mak aku happy, tengok dia post positive things on her social media. Tengok how her colleagues admire her for her amazing personality.

She is a great and successful person. Banyak yang mak aku pertaruhkan untuk beri kesenangan kepada kami sekeluarga.

Aku sayang sangat dekat mak aku. Tapi aku tak tahu mak aku sayang aku ke tidak. Aku kecil hati dengan layanan kasar dia bila dengan aku.

Seolah dia melepaskan semua penat, marah, moody dia selepas seharian bekerja pada aku.

Yelah aku sorang je yang belum kahwin, dan masih tinggal dengan dia. Adik beradik lain dah bekeluarga, mana reti nak tanya khabar dah.

Aku sikit pun tak kisah untuk jaga mak ayah aku sementara aku masih hidup sihat ni. Sanggup taknak kahwin lagi selagi mak belum bersara.

Aku kerja siang malam untuk kumpul duit sendiri, belikan mak barang barang yang dia nak.

Tapi, dia suka lebihkan orang lain berbanding anak dia sendiri.

Kalau dia belikan apa apa, mesti ada lebih untuk menantu menantu dia. Aku? Debu pasir pun takda.

Bila tanya “angah punya ada?” Mesti dia jawab “nanti nanti lah aku belikan. Pergi minta ayah kau”.

Aku kerja office biasa je, habis office hour aku buat part time. Balik rumah jam 11pm.

Sabtu ahad pun aku buat part time jugak. Ahad petangg je aku nak rehat.

Aku saje sibukkan diri supaya aku takda masa nak melayan fikiran overthinking dan depresi aku. Aku ada depression, dan memang susah nak tidur so aku kadang kene bergantung pada ubat.

Dulu aku lebih suka habiskan masa di rumah, buat kerja rumah sikit sikit, tak pun tidur jelah.

Tapi, aku tengok makin lama aku dekat rumah, mak aku makin rimas dengan keberadaan aku.

Haha aku nak cerita ni pun aku menangis.

Kenapa eh mak aku tak sayang aku macam dia sayang anak cucu dia yang lain? Dia tak sedar ke eh yang aku pun perempuan sama macam dia?

Emosi dan fikiran aku, takkan takda connection dengan orang yang melahirkan aku eh?

Mak selalu cakap “mak mana yang tak sayangkan anak”. Tapi mak, kenapa angah rasa mak tak sayang angah?

Angah sorang je yang kemas rumah sejak dulu, baasuh pinggan mangkuk, sapu mop lantai, basuh dan sidai baju, tapi kenapa mak suka cakap angah pemalas ya mak?

Angah dapat result cemerlang sejak sekolah rendah, mak tak pernah sekali ucap tahniah. Angah sorang je masuk U, setiap sem dapat anugerah dekan, kenapa mak tak pernah ucap tahniah mak?

Kenapa suka cakap “mesti soalan senang”, “kau mesti ada meniru”. Ya Allah mak. Angah sampai ada depression and anxiety sebab angah cuma belajar siang malam.

Mak tak sayang angah ke? Angah pun anak mak. Tapi kenapa mak lebihkan menantu mak yang dua orang tu lebih dari anak mak yang dari kecil ni sampai sekarang ada sebelah mak?

Angah tahu menantu mak lawa lawa. Angah ni comot je. Tak pandai bersolek.

Angah tengok mak happy bila dorang solekkan mak. Angah kumpul duit gaji sebab nak belikan mak barang make up, belajar tuto makeup kat youtube sebab nak make up kan mak juga.

Tapi sudahnya mak suruh menantu mak yang make up kan. Angah tak boleh sentuh mak ke?

Angah rindu mak.

Angah ni sorang je anak perempuan mak. Mak manjakanlah angah juga, tak boleh ke mak? Angah rindu belaian mak.

Kalau masa mak hidup pun angah dah rindu dan terasa asing, macam mana dengan angah lepas mak takda nanti?

Atau kalau angah yang pergi dulu, mak akan rindukan angah juga tak?

Angah selalu rasa angah ni disisihkan. Dari kecil PIBG ke, anugerah kecemerlangan ke, konvo ke, mak tak pernah bagi hadiah.

Angah cuma ada mak dan ayah je dalam dunia ni.

Semua boyfriend angah kenalkan pada mak semua mak kata tak kenan. Tanya ayah, ayah cakap “ikut jelah cakap mak kau tu”.

Baik mak. Angah ikut. Angah sampai takda rasa nak kahwin dah, nak jaga mak ayah je, lebih bahagia kan.

Tapi kan mak, kalau sampai sekarang pun mak buat angah macam orang asing, nnti tua macam mana mak?

Mak yakin ke menantu yang mak hadiahkan telekung, baju kurung, make up tu nak jaga mak nanti? Mak yakin dorang nak mandikan, suapkan mak nanti?

Tak mak. Dorang pun ada mak sendiri. Anak mak ni jelah yang sanggup jaga mak ayah nanti. Tak boleh ke sayang angah juga?

Angah tak pernah minta duit mak. Angah cuma nak kasih sayang mak je. Berhentilah pandang rendah pada angah, cakap kasar dengan angah, burukkan angah depan sedara mara, bersangka buruk dengan kejayaan angah.

“Cantik anak mak”, “tahniah anak mak” , “bagus anak mak”, “rehatlah anak mak, mesti penat”, “terima kasih, anak mak”. “Mak sayang angah”. Mak, angah sumpah teringin nak dengar mak cakap macamni dengan angah.

Mak nak angah peluk, cium angah macam mak buat pada anak lelaki, menantu dan cucu mak. Angah anak mak juga kan?

Angah sampai buat DNA test tahun lepas sebab nak kepastian angah bukan anak angkat. Aku tahu aku anak kandung mak pun aku dah bersyukur.

Terima kasih mak besarkan angah jadi wanita yang tak perlu bergantung kepada sesiapa, termasuk mak. Angah sayang mak.

Angah doakan mak dilembutkan hati untuk sayangkan angah, bercakap lembut dengan angah, peluk dan cium angah selalu.

Angah rindu mak. Mak sihat selalu ya mak.

Nasihat saya buat para ibu di luar sana, sayangilah dan manjakanlah anak perempuan anda sebaik mungkin.

Perempuan ni, tak kisah awak nampak dia kuat macam mana pun, hati dia lembut. Dia masih nak disayangi dan dibelai.

Hargailah anak perempuan yang dah berupaya senangkan mak ayah. Walau dia nampak tenang, kuat tidur, percayalah setiap malam dia galau, menangis sendirian, fighting with her own dem0n.

And trust me, anak lelaki awak dah kahwin esok, takdanya nak tanya khabar awak dah. Anak perempuan ni lah yang berhati besar nak jaga awak dan suami.

Belum terlambat untuk mak mak sekalian tanya khabar anak perempuan awak, usap belakang dia, bercakap baik bail pada dia, peluk dan cium dia.

Dia rindu mak dia.