Lepas habis pantang kami terus setup bisness. Masa tu aku manager suami pula perkerja. Sorang je pekerja memang kelakar

Assalamualaikum dan salam sejahera pembaca semua.

Namaku Cempaka, suka nama bunga dan tentunya bukan nama sebenar. Seorang isteri, ibu dan wanita berkerjaya. Usia 30 an dan mempunyai 3 anak lelaki.

Aku dan suami bekerja sendiri. Aku lulusan Degree, suami SPM tapi ada sijil elektrik.

Suka untuk aku kongsikan kisah hidup aku di sini tentang perjalanan hidup aku yang boleh dikatakan mewah dan serba serbi lengkap.

Aku dan suami bukanlah berasal daripada keluarga yang berduit.

Suamiku yatim piatu, ibubapaku pula bekerja biasa biasa saja. Dibesarkan dengan keadaan yang sangat biasa mungkin kategori B40 yang sekarang ni.

Setelah berkahwin, kami memulakan hidup sendiri.

Saja ingin aku kongsikan perjalanan kami memulakan perniagaan dengan zero. Duit simpananku habis digunakan untuk memulakan hidup ketika baru berkahwin.

Ingat lagi, semua duit aku keluarkan untuk bayar kereta setiap bulan. Yang tinggal hanya puluh ringgit sahaja.. hahaha…

Suami pula berhenti kerja makan gaji hanya semata mata untuk bekerja sendiri. Maka tugas membayar kereta tiba tiba diserahkan pada aku.

Yang peliknya, aku tak kisah sebab aku yang guna kereta tu.

Tahun 2009 kami berkahwin, suami bagi duit belanja RM10 setiap hari. Isi minyak pula akan bagi bila perlu. Aku sibuk mencari kerja, susah nak dapat sebab mengandung anak pertama.

Takpe, aku tak kisah duduk rumah. Tapi, bila fikir balik, sampai bila nak duduk rumah, nanti takde duit belanja sendiri. Bersungguh cari kerja, nan hadooo….

Sampai bersalin, suami mulakan kerja sendiri jadi juruletrik, pasang pasang, servis rumah rumah orang. Faham faham jelah kerja macam tu mana ada income banyak sangat.

Aku pun duduk diam jelah. Orang berpantang, apa boleh buat.

Habis je aku berpantang, kami setup bisnes. Buka SSM, sewa majlis, cari pekerja sorang. Mulakan pekerjaan elektrik.

Cukuplah tu, aku manager, suami pembantu dan pekerja am sorang. Kelakar tak?

Takpe, buat lesen yang perlu, Suruhanjaya, Kewangan dan mantapkan profile company. Buat marketing.

Aku kan dah habis pantang, anak hantar babysitter, semua tempat aku pergi bagi profile company. Sekolah, badan badan kerajaan dan swasta, universiti pun aku masuk.

Aku tahu chance memang sikit, tapi Allah nampak usaha aku kan?

Start daripada situ, start order masuk, kecil kecil je amount order, beberapa ratus je. Dapat cek, aku bank in.

Dulu dulukan banyak guna cek, mana ada online online ni.

Nak kembangkan lagi bisnes ni, kami daftar kontraktor sivil, luaskan perniagaan sampai dapat 3 anak. Aku decide berhenti beranak sebab nak tumpukan pembesaran anak anak dan perniagaan.

Anak anak dah start sekolah, duit nak pakai banyak, aku start join tender. Kadang kadang terkena jugak, tender paling sikit aku pernah dapat adalah dalam RM2500, paling tinggi RM30k.

Pekerja tetap dah bertambah jadi 3 orang. Yang lain semua praktikal, dalam 5 orang jugak. Jadi total pekerja dalam 8 ke 10 orang. Praktikal bertukar setiap semester.

Order mula bertambah. Sekolah call, kolej call, pejabat kerajaan call, swasta pun call.

Waktu ni duit dah start beranak dalam akaun, aku pulak tak tahu nak guna untuk apa.

Pernah ada sampai beratus ribu pun dalam tu pun aku tak pernah usik. Waktu ni tahun 2015 macam tu.

Aku start beli rumah busuk, repair sendiri untuk jimat kos. Sampailah aku dah ada 4 rumah sekarang. 1 rumah lelong.

Semua aku sewakan, rate rendah je kekal sampai sekarang. Tak pernah naikkan untuk penyewa.

Aku ingat lagi, aku pernah kena tipu, menangis nangis aku kena tipu dengan orang. Tak banyak pun, RM1500 je, tapi waktu tu sebelum aku mulakan bisnes ni, tengah struggle kot cari duit. Dasar penipu!

Tapi aku dah redha je, mungkin sebab tu Allah balas dengan apa yang ada sekarang ni.

Part yang bestnya aku dengan suami pernah kena tipu RM80k cash tau. Dia janji nak bagi barang tu, lepas tu hilang. Kesian, kan?

Tapi, kami sedih tak lama pun, dalam 2 minggu je. Sebab fikir fikir balik, Allah nak ganti dengan lebih baik.

Bulan lepas pulak, suami aku kena tipu dengan scammer yang telegram tu, menyamar kawan, suami aku lurus, transfer RM3k, Jumaat pulak tu. Tak guna!

Dia bagitahu aku, aku marahlah dia. Tapi lepas 5 minit, aku redha jelah.

Suami aku cakap tak apa, Allah nak ganti dengan lebih baik, Mana tahu dapat projek RM300k pulak lepas ni. Aku pun krik krik jelah…

Tahu tak, seminggu lepas tu kitorang dapat tender RM500k??? Terperanjat kitorang.

Punyalah banyak borang tender kitorang isi sebelum ni, Allah ganti dengan lebih baik rupanya lepas kena tipu. Hahahaha…

Sekarang ni, aku dah kategori T20, tapi aku masih memakai selipar ketika berjalan, beli kat Speedmart je yang RM8 tu.

Beg tangan silang aku RM70. Kasut sukan daripada Bata yang RM70 satu. Baju aku kebanyakannya beli kat Shoppe dalam RM20 je satu.

Kadang kadang aku order bundle dekat Shoppe tapi banyak yang tak sesuai sebab jaranglah, kecil sangatlah, sempit. Macam macamlah.

Aku pelik sebab aku masih tak tahu membazir, tak tahu nak beli apa, makanan jelah, selalu pergi restoran restoran moden. Itupun sebab nak ajak anak anak. Yang lain lain aku tak belanja sangat.

Selagi selipar aku tu tak putus, selagi tulah aku pakai. Kadang kadang aku pergi luar negara pun pakai selipar tu jugak. Mak aku pernah tegur, kenapa pakai selipar? Aku cakap selesa. Hahaha..

Sekarang ni, aku dah senang, Alhamdullillah. Aku tak pernah rasa susah sebab susah yang aku alami tu aku tak pernah anggap susah. Itu cuma proses kehidupan je.

Doakan aku nak beli kedai pulak ye, aku kalau boleh nak tolong ramai orang lagi, cari pekerja, bantu peniaga peniaga kecil kat luar sana, sedekah banyak banyak tanpa orang kenal siapa aku.

Rasanya macam dah panjang sangat confession ni, kalau ada permintaan nakkan apa petua yang aku amalkan sepanjang berniaga ni, nanti aku kongsikan. Sebab dah penat menaip ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *