Wang Malik memang berkepuk2. Rasanya 7 keturunan tak habis2. Saving bank dia je dah ada 70k. Tak mungkin kakak akan bersatu dengan dia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Masa aku tulis cerita ni kakak dah seminggu tak video call aku.

Selalu nya selang dua hari kakak akan video call sebab nak tengok anak aku, satu satu nya anak buah dia.

Dia akan invite abang dan adik aku dalam room lepas tu ajar anak aku sebut perkataan perkataan.

Aku tahu kakak sekarang tengah lalui fasa sukar dalam hidup.

Orang yang kakak suka, mungkin satu satu nya lelaki yang kakak suka sepanjang umur 32 tahun akan kembali ke negara asal sebab tamat contract kerja.

Kakak aku bercinta dengan foreigner dari Bangladesh. Sebelum aku cerita pasal macam mana kakak boleh jadi macam ni, aku nak cerita sikit pasal latar belakang kakak.

Kakak anak paling pandai antara kitaorang 5 beradik. Masa umur 4 tahun kakak dah start baca surat khabar. Pelik kan.

Kakak pelajar cemerlang dekat sekolah. Masa darjah 6 aku ada dengar macam macam cerita pasal kakak.

Ada cikgu yang merungut dekat abah cakap dia dah tak tahu nak bagi kakak latihan dalam apa dalam kelas.

Kakak dah siap jawab soalan A, kawan lain tak siap lagi. Cikgu bagi soalan B, kakak dah siap jawab soalan B, kawan lain masih tak siap jawab soalan A.

Ustazah sekolah agama pulak cakap dia kagum dengan kakak, sebab sepanjang dia mengajar kakak tidur je.

Lepas tu kakak bangun siapkan kerja dan sambung tidur. Jawapan kakak semua betul. Result UPSR kakak cemerlang.

Periksa sekolah agama pun cemerlang. Aku ingat lagi kakak bawak balik macam macam hadiah. Antara yang paling aku suka kakak dapat quran warna emas. Besar dan cantik.

Sekolah menegah akak dapat tawaran ke SBP dan lepas habis degree kakak dapat tawaran buat fast track master PhD.

Pada usia 27 tahun kakak dapat PhD dan research kakak di calon kan sebagai research terbaik.

Kakak aku anak perempuan yang baik. Masa kecil kakak tak pandai nak minta macam macam dekat mak dan abah sebab kakak kata dia tahu mak dan abah susah.

Mak dan abah kerja sebagai cikgu, dulu gaji cikgu tak besar macam sekarang tapi dengan duit tu mak abah besarkan kami dalam masa yang sama tanggung adik beradik yang masih belajar.

Kakak pernah menang pertandingan dan hadiah duit tu kakak bagi semua dekat abah. Abah menangis masa tu.

Kakak memang anak yang baik. Tak banyak buat hal. Tak nakal macam kami yang lain.

Mak dan abah seorang yang sangat strict bab agama. Jangan mimpi nak ada pakwe makwe masa tengah study. Confirm la diorang marah.

Aku tak pernah berani bawa kawan lelaki datang rumah even masa raya. Sebab aku takut mak dengan abah marah.

Even mak dengan abah tak pernah cakap apa² tapi kitaorang tahu macam mana strict nya diorang pada agama.

Kakak berbeza dengan aku yang nakal dan gatal ni. Masa sekolah menengah aku ada pakwe tapi putus lepas kena marah dengan mak.

Kakak tak pernah bercinta. Sepanjang 32 tahun umur dia, kakak habiskan masa dengan belajar sahaja.

Masa aku nak kawin aku takut sangat nak bagitau parents aku. Takut dioarang marah tapi alhamdulillah diorang terima dengan gembira nya.

Aku baru faham diorang bukan tak nak anak anak kahwin tapi diorang nak anak anak kerja dan jadi manusia bertanggung jawab dulu sebelum kahwin.

Balik pada cerita kakak, kakak dapat kerja sebagai engineer dekat sebuah kilang. Masa balik kampung kakak ada cerita pasal seorang lelaki Bangladesh ni.

Aku dan mak tak ada terfikir apa apa sebab ingat kakak cerita in general je tapi lepas beberapa bulan rupanya kakak start berkenalan dengan lelaki tu.

Dia muslim yang baik. Agak hensem, aku pernah tengok muka dia beberapa kali. Memang hensem, macam orang melayu pun ye.

Nama dia Malik (bukan nama sebenar). Malik lelaki bangladesh yang baik. Jaga agama dan seorang yang bersopan santun.

Sebab kan Malik, aku mula berubah persepsi pada foreigner terutamanya warga bangladesh di Malaysia ni.

Aku rasa malu sebab aku baru tersedar hina nya pandangan aku pada mereka selama ni.

Malik kerja dah lama di Malaysia jadi gaji dia agak tinggi sebab dia kerja bahagian profesional.

Dia rajin kumpul duit dan beli berbidang bidang tanah di Bangladesh. Malik pun selalu belikan kakak dan ibu nya emas.

Duit Malik berkepok kepok tak habis 7 keturunan makan sebab dia suka saving.

Bayang kan haritu kakak ternampak saving Malik dekat bank Malaysia je ada RM 70k. Dalam bank dekat sana ada beratus k lagi.

Malik anak yang baik, dia sayang dekat ibu dia. Dia selalu cerita pasal kakak dekat ibu dia.

Tapi apa kan daya, mustahil kakak dengan Malik boleh bersatu.

Malik kata selama dia membesar dia tak pernah minta apa apa daripada keluarga dia tapi perkara yang dia nak sekarang pun Allah tak izinkan; berkahwin dengan kakak.

Mak agak suka dengan Malik jadi mak tak kisah terima Malik sebagai menantu tapi tak untuk abah. Abah dan abang aku sangat tak setuju.

Bila abah dan abang sebagai wali kakak tak restu hubungan mereka apa lah daya kami yang lain ni.

Akibat nya kakak makan hati. Berbulan dan bertahun. Kakak pernah menangis call adik aku. Kakak kata dia sedih sangat tapi dia tak boleh buat apa apa.

Sebagai satu satu nya adik perempuan kakak, mesti lah aku faham macam mana perasaan kakak.

Kadang bila aku gaduh dengan suami aku, aku terfikir kenapa lah Allah pilih aku yang berkeluarga. Kenapa tak kakak?

Kakak perempuan yang baik, selama ni kakak tak pernah bercinta tapi bila kakak jatuh cinta kakak tak dapat pun nak kahwin.

Selama ni kakak dah jadi muslimah yang baik tapi kenapa doa kakak yang satu ni Allah tak izin kan?

Semua orang sedih untuk kakak tapi tak ada sesiapa dapat buat apa apa. Tahun lepas Allah ambil mak aku pergi.

Dua minggu lepas kakak call dan beritahu aku Malik akan balik ke negara asal dia dan tak akan pulang lagi.

Lepas tu kakak pun senyap dan mula menjauh. Aku selalu doa untuk kakak tapi aku pun manusia biasa yang hanya mampu berserah pada takdir.

Reaksi Warganet

Siti Sariff –
Cinta sedang memekar, tapi dihalang. Kasihan.

Ayah dan abangnya pun, duduklah berbincang baik baik. Bukan ikut kau punya authority. Jangan masuk campur hal perjalanan kehidupan individual.

Ya, itu anak kau. Tapi biarlah dia yang tetapkan perjalanan hidupnya. Jikapun, dia akan dikecewakan, itu ialah ujian buatnya.

Kita ni sebagai waris, jaga dari jauh je. Dan jikapun dia akan dilanda kesusahan, ambil balik jangan dibiar. Hidup ini antara ujian dan pengajaran.

Nur Hazlina Saad –
Wali tak bagi mesti ada sebab yang kuat. Bersabar sikit untuk melihat hikmahnya di kemudian hari.

Jika benar dia cintai kakak, dia berusaha terus dan belum tinggalkan kakak. Dia tak rugi apa, sampai Bangladesh calon isteri berpuluh menanti.

Dan kakak, selama ni kakak seorang yang kuat, jangan kerana satu hal yang dia tak dapat, telah menutup pandangan untuk masa depan yang terbuka luas yang dia sudah rintis selama ini.

Saya percaya kakak sedang digest situasi dan will come back stronger. Bagi dia ruang.

Fazidah Abdul Kadir –
Anak dah 30an nak suruh tunggu siapa agaknya ayah awak tu?

Kalau orang Malaysia yang tak solat, takda pendapatan tetap pun ayah nak terima ka?

Pelik pelik kadang kadang mentaliti orang tua ni, tapi takpa lah tt… Allah itu maha adil.

Doakan kakak dapat jodoh terbaik untuk dia dan kalau ada jodoh dia dengan Malik, tak kemana. Itu je lah yang boleh cakap.

Pujuk lah kakak awak tu. Jangan dibiarkan sendirian. Pergi jumpa dia, jemput ke rumah ke, bawak anak main main dengan dia.

Jangan biarkan orang yang patah hati. Adik beradik kena mainkan peranan untuk pulihkan perasan kakak tu.

Semoga Allah permudahkan segala urusan TT sekeluarga dan kakak.

Farah Ant –
Sesekali bagi sedas dekat bapak dan abang kau sis (ok lah sebab solehah, cakap lembut lah. Tapi bagi menusuk) Ungkit balik semua kebaikan kakak tu.

Tanya diorang, apa yang kurangnya lagi kakak tu. Apa sangat yang kakak tu minta sepanjang 32 tahun hidup dia tu pada bapak dan keluarga korang umumnya.

Apa hutang kakak pada korang sekeluarga sampai yang satu ni pun tak mahu sokong. Tak cukup bijak ke kakak tu nak menilai si Malik tu walaupun orang Bangladesh? Haaa…kau bagi setepek sis.

Tolonglah. Kesian kakak sis tu. Mananya dia tak bawa hati.

Sis ingat dia call korang tu semata mata nak curhat je ke? It’s a cry for help!

Tolong sokong dia. Tolong bersuara juga bagi pihak dia. Tolong sebelahkan dia.

Tapi takkkk…sis dan yang lain pengecut! Padanlah dia bawak diri.

At least kalau semua dah cuba masih tak jalan, takdelah kakak tu merajuk hati sangat. Ni… semua senyappp je

Norhayati Sulaiman –
Abah dan abang tak bagi kawen dengan lelaki tu ada sebab tertentu.

Bukan mudah nak kawen dengan warganegara luar, tambahan pula puan kata Malek akan balik ke sana dan tak kan balik lagi ke Malaysia ni.

Agak agak awak, jika Kakak kawen dengan Malek dan tinggal di sana, adakah kehidupan dia baik seperti sekarang?

Kakak awak ada kerjaya yang baik di sini, adakah dia akan ada kerjaya yang baik juga di sana?

Malek ye punya harta yang banyak, tapi adakah ekonomi di Bangladesh tu sangat baik? Belum lagi dengan penerimaan keluarga Malek pada Kakak awak ni.

Alangkan dekat Malaysia ni pun kawen tak satu negeri boleh jadi masalah, ini pula berlainan negara.

Jangan terlalu ikut hati takut merana diri. Dekati Kakak, temani dia, ambil berat tentang dia.

Insya Allah ada hikmah di sebaliknya dan yang baik baik akan mengiringi kehidupan Kakak puan