Rindu sgt dekat adik lelaki aku tapi aku malu nak cakap. Masa aku bercerai aku balik rumah atok baru aku tahu adik dah takde

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku menulis dengan hati yang sebak. Kisahnya aku anak sulung dari 6 beradik. Arwah mak meninggal masa aku umur 10 tahun.

Sejak tu ayahlah yang menjaga kami berselang seli dengan mak saudara yang kemudiannya kawin.

Masa aku umur 13 tahun, ayah kawin dengan janda anak 1. Sejak itu hidup aku berubah.
Mula mula mak tiri ok, tapi lama lama makan kami pun dicatu.

Kami makan betik goreng yang dipanaskan berulang ulang. Masak petang masuk fridge, esok panaskan balik dan begitulah. Tak ada betik, bendi pula. Semua tu hasil yang ayah tanam di keliling rumah.

Aku umur 15 tahun kerja part time di kedai Fujifilm untuk perbelanjaan diri dan bayar yuran sekolah.

Ayah aku tak peduli pun. Ayah aku pegawai kerajaan. Masa ada aruwah mak, ayah sangat penyayang dan hidup kami selesa.

Tapi aku tak pasti kenapa hidup kami jadi begini lepas ada mak tiri.

Kemudian aku dan adik lelaki aku dihantar ke asrama dan adik adik aku yang lain dirumah. Ada adik aku seorang ni dia suka jadi tali barut mak tiri demi kepentingan diri dia.

Lepas SPM mak saudara aku dari utara datang. Mak tiri beriya iya minta mereka ambil kami adik beradik. Adik aku yang suka mengampu mak tiri ni pun ikut.

Sampai rumah Mak saudara, aku tak ada seluar dalam sebab aku tak pernah ada yang baru. Sebab masa di asrama aku cuma diberikan duit yuran makan saja, tiada perbelanjaan.

Tapi salah aku, sebab aku ambil seluar dalam sepupu aku yang cantik dan pensil dia tanpa kebenaran dan adik aku mengadu dekat makcik aku maka jadi gaduh besar dekat rumah tu dan aku lari.

Berbekalkan cincin kawin mak aku yang digadai, aku cari kerja di Melaka. Tapi sebab aku rindu adik adik aku dirumah, bila gaji aku balik.

Mak tiri minta aku 300 sebulan untuk belanja rumah tapi rupanya dia guna duit tu beli pinggan. Adik aku yang pengampu pun sama balik rumah, dia kerja di pasaraya berdekatan.

Aku lepas tu tiap tiap bulan balik beli biskut dan makanan berkotak kotak untuk adik adik. Tapi rm 300 tetap aku bagi bagi dekat mak tiri.

Gaji aku + ot dalam rm 800 masa tu. Balance guna untuk sewa bilik dan makan minum aku.

Satu hari ada lelaki ni sama kerja tergiila giila kan aku sampai aku kena sembunyi dalam toilet kalau dia cari. Lelaki ni ada adik satu department dengan aku.

Nak dijadikan takdir, satu hari dia tipu mengatakan adik dia ajak aku jumpa dekat The Store. Tapi bila sampai, adik dia tak ada. Dia je yang ada. Dia kata adik dia tunggu di tempat lain.

Mula mula aku tak nak ikut tapi akur juga. Aku masa tu 18 tahun bdoh nak mampus.

Sampai satu tempat ni laser disk tak silap aku. Macam tempat orang tengok wayang tapi sunyi.

Masa tu dia rgol aku. Dia kata, “akhirnya aku dapat kau. Jangan risau, aku akan bertanggungjawab”.

Sedih weh hidup aku. Murung giila b4bi hidup. Aku kuat juga sebab fikir adik adik aku. Lama aku tak balik rumah.

Satu hari bila aku dah ada kekuatan, aku balik. Tapi aku tak dibenarkan masuk. Aku tido di tepi longkang malam tu. Sedih wei. Dalam Masalah tapi tak ada tempat nak mengadu.

Pagi tu aku letak duit rm 100 dekat almari, aku beredar. Kebetulan lepas tu aku dapat politeknik, pun aku tolak.

Anak dara masa tu umpama bangkai kalau hilang dara. Aku tak balik rumah lepas tu. Masa nak kawin je aku balik.

Rupanya lepas tu ayah aku kerap posting lain lain tempat sebab nak lari dari adik beradik dia.

Cuma aku pelik ayah aku sebenarnya rapat dengan adik beradik dia kenapa nak lari.

Lepas kami kawin, walau aku benci dia sebab maruah la aku kawin. Rindu adik adik tapi aku diuji Allah berat.

Masa aku anak 2 aku dapat tahu adik perempuan no 4 aku ada dekat Shah Alam. Aku pergi cari dia. Rupanya adik aku masuk pusat pemulihan akhlak…

Aku pun tak tahu sebab hidup aku lepas kawin melarat, menumpang rumah mertua dekat hujung hutan. Aku menoreh getah masa lepas kawin. Anak 2 baru berdikari ke JB.

Rupanya adik aku berdendam sebab masa dia dekat pusat pemulihan, mak tiri aku kata dia dah bagitahu aku tapi aku tak peduli.

Ya Allah macam mana aku nak jelaskan. Masa adik aku menumpang dekat rumah aku, hari Sabtu masatu aku OT. Rupa rupanya laki aku cuba nak rgol adik aku pulak.

Ya Allah beratnya. Suami dan adik, anak kecik kecik baru umur 4 dan 6 tahun mana aku nak pilih??

Adik aku sendiri keluar rumah naik bas. Aku kejar dia sampai stesyen. Aku nampak dia dalam bas. Aku menangis sekuatnya.

Lepas dekat 3 tahun, adik aku muncul balik. Masa tu aku dekat KL dah. Dia ajak aku pergi celebrate birthday ayah aku.

Ayah aku dah macam orang bdoh aku tengok. Diam. Buat hal sendiri. Lain dari ayah yang aku kenal.

Rupanya adik aku ni dah rapat dengan mak tiri. Masa ni aku tak tahu nasib adik adik aku yang lain.

Tak ada yang buka cerita, aku pun malu nak tanya. Takut aku kena sembur sebab aku kakak yang gagal.

Aku rindu adik lelaki aku, tapi aku malu. Masa tu zaman tak ada lagi hp walau 3310 pun tak ada.

Masa aku nak bercerrai, aku balik rumah atok. Baru aku tahu adik lelaki aku dah meninggal.

Ya Allah selama ni aku ingat adik aku baik baik saja. Rupanya adik aku kena halau keluar rumah masa bulan puasa nak raya.

Ayah aku outstation, adik aku excident dekat highway. Aku berjalan umpama tak jejak tanah. Lara hati aku sampai hari ni.

Sekarang dah 11 tahun aku bercerrai. Anak anak aku bela sendiri dan adik aku yang pengampu dah minta maaf atas semua kesalahan dia.

Cuma adik aku yang no. 4 menjadi gunting dalam lipatan. Hingga hari ni kami adik beradik tak pernah bersatu.

Masa aruwah ayah meninggal, Allah izin kan aku uruskan ayah sampai pengebumian. Tapi pelik adik no. 4 aku kata dia yang bomohkan ayah sampai mati. Sebab ayah aku bomoh kan dia.

Dia kata mak tiri pernah nak jual dia dekat tok bomoh. Cuma yang aku tak faham dia rapat dengan mak tiri sampai sekarang. Kawin dia, mak tiri yang uruskan. Adik beradik ayah aku tak mahu datang kalau mak tiri aku ada.

Dan faraid aruwah ayah aku awalnya sesen pun aku tak tak dapat. Tiba tiba adik aku datang serah RM3000 kata ni duit bahagian aku.

Aku sekarang serah semua pada Allah saja. Macam macam cerita adik no. 4 aku ni bawa kesana sini.

Tapi aku buat keputusan untuk diam saja. Itu lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *