Lepas lahrkan anak ke2. Hampir 4 tahun dah suami abaikan nafkah batiin saya. Sy terasa kecewa gler

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk warga pembaca dan terima kasih kerana telah menyiarkan kisah saya ini.

Sebelum nie saya hanyalah silent reader dan saya telah membaca bermacam macam kisah kehidupan orang lain yang boleh saya ambil ikhtibar dan pengajaran.

Walaubagaimanapun, saya juga tidak terlepas dengan ujian Allah SWT kepada saya.

Saya merupakan penjawat awam P&P dan telah berkhidmat di pantai timur beberapa bulan selepas saya berkahwin.

Dengan kata lainnya, hanya beberapa bulan sahaja sempat duduk bersama suami dan akhirnya kami PJJ atas persetujuan bersama.

Alhamdulillah, sepanjang 8 tahun kami PJJ, Allah memgurniakan kami 2 cahaya mata.

Saya berusia awal 30-an dan suami saya seorang pekerja swasta. Dan berulang alik sebulan skali berjumpa kami anak beranak selama 8 tahun ni.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, suami saya merupakan seorang suami yang baik.

Tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dia sebagai suami, solat lima waktu dan sentiasa menasihati saya untuk menjadi isteri yang menurut perintah allah dan taat kepada suami.

Setiap kali balik, dia akan memguruskan hal rumah tangga, menguruskan hal anak anak dan meminta saya untuk berehat sahaja.

Walaupun gaji suami saya sederhana, dia sentiasa berusaha memenuhi keperluan kami dan selebihnya saya tidak kisah untuk membantu suami.

Di sebalik kebahagian ini, Allah menguji saya dengan satu perkara. Suami saya telah mengabaikan nafkah batin saya selama hampir 4 tahun.

Selepas saya melahirkan anak yang kedua almost 4 tahun yang lepas sehingga sekarang suami saya mengabaikan tanggungjawab yang itu.

Para pembaca yang budiman, sudahla saya ni PJJ tetapi setiap kali balik, suami saya banyak menghabiskan masa dengan anak anak.

Tetapi bila waktu malam, dia menghabiskan masa menonton tv sehingga saya tertidur.

Sepanjang tempoh 4 tahun, bermacam macam cara yang saya lakukan termasuk saya bersiap dan berwangi wangian.

Tetapi hampa. Saya kecewa. Ada ketika saya yang mesej suami saya yang berada di ruang tamu, untuk masuk ke bilik. Sama.. Masih hampa.

Para pembaca sekalian, hati saya berkecamuk.

Mental saya sakit apabila sepanjang masa saya sibuk bekerja dan menguruskan anak anak tetapi saya tidak mendapat belaian dan hubungan kelamin dari suami saya apabila dia balik sebulan sekali.

Saya rasa tertekan.

Sesungguhnya saya manusia biasa yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai nfsu.

Kadang kadang saya tidak dapat tidur malam memikirkan masalah yang dihadapi saya.

Atas kekuatan yang ada saya berbincang dengan suami saya. Saya luahkan apa yang terbuku di hati saya dan saya ugut untuk mohon fasakh.

Tapi jawapannya sebab letih memandu dari barat ke timur menyebabkan dia tidak dapat melaksanakan tanggungjawab yang itu.

Pembaca sekalian, walaupun diuji saya sentiasa berusaha dan cuba memahami.

Setiap kali outstation, saya memgajak suami saya bersama sama supaya dapat luang masa bersama.

Saya telah booking hotel 4 star dan 5 star yang selesa untuk kami. Tetapi masih hambar.. Bila di hotel, dia hanya tidur dan dingin dengan saya.

Selain itu, saya mencuba juga untuk memaklumkan kepada bapa mertua saya berkenaan perkara ini.

Tetapi, saya kecewa luahan saya itu, setakat itu sahaja dan bapa mertua saya tidak menasihati suami saya tentang perkara ini. Saya buntu…

Sehinggalah satu ketika, tahap kesabaran saya semakin memuncak. Saya sekali lagi cakap dengan suami saya, saya hendak failkan pencerraian kerana suami saya telah memgabaikan hak saya.

Kebetulan masa itu, saya outstation ke Putrajaya dan suami saya datang jumpa saya. Saya menangis saya meraung depan suami saya.

Masa itu, suami saya memeluk saya dan kami bermesraan. Dari situ saya dapat tau, suami saya ‘mti pucuk’.

Walaupun ujian ini berat untuk saya, sesungguhnya saya terbuka hati menerima ujian ini jika suami saya memaklumkan kepada saya dari awal.

Sebagai seorang isteri PJJ, di kepala saya bermacam benda yang negatif saya fikir.

Saya meminta suami saya untuk rujuk perkara ini di hospital dan ikhtiar rawatan tradisional. Dan sentiasa support suami saya.

Para pembaca yang dikasihi, selepas suami saya memdapat tahu saya menerima kekurangan dia, dia mengambil jalan mudah dan membiarkan masalah ini berlarutan sehingga sekarang.

Tidak ke hospital dan juga hanya sekali pergi berurut. Dan berpura pura bagai tiada apa yang berlaku.

Apa yang perlu saya buat lagi? Saya dah tak mampu bertahan lagi. Tapi saya akan cuba untuk memyelamatkan rumah tangga saya demi anak anak saya.

Anak anak saya masih kecil lagi dan mereka sangat rapat dengan ayah mereka. Bila memikirkan anak anak saya buntu..

Adakah pencerraian ini jalan yang terbaik. Bantulah saya.