Saya pernah terkahwin dengan laki kaki perempuan, aku telan semuanya kerana sangka dia setia. Rupanya aku tersilap

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku tak tahu kenapa nasibku begini. 2 kali berkahwin, 2 kali jugalah dapat lelaki yang teruk.

Padahal sebelum kawin telah usaha macam macam cara nak pastikan lelaki tersebut bertanggungjawab ataupun tidak.

Perkahwinan pertama gagal kerana dia kaki perempuan, bertopengkan agama. Sekejap sahaja kawin. Mujur tiada anak.

Perkahwinan kedua mungkin bakal gagal juga selepas 7 tahun.

Aku kira, bila aku bertoleransi akan kelemahannya mungkin nanti akan bahagia.

Yelah manusia tak sempurna kan. Setakat kekurangan sedikit, aku tutup mata sahaja.

Tetapi selama 7 tahun berkahwin, dan mempunyai anak berumur 4 tahun suami aku sangat culas nafkah dan pemalas nak cari side income.

Dia hanya berharap kepada kerja dia sekarang yang tidak menentu.

Bila ada kerja, baru kerja. Bila company dia kerja takda job, dia tidur di rumah berhari hari.

Aku tak kisah jika tidur dia menghasilkan duit. Masalahnya dia kerja bergaji hari. Tanpa pergi kerja, maka tak adalah gajinya.

Bayangkan sekiranya bulan tu hanya ada job 10 hari, dan 20 hari tidak bekerja. Gaji sehari dia hanyalah RM80. Cuba anda kira berapa gaji dia sebulan jika kerja 10 hari sahaja?

Apabila tiada kerja, dia akan tidur dari malam ni ke malam esoknya. Hanya bangun sekejap untuk makan. Solat pun entah kemana.

Pernah juga cuba berbincang slow talk dengan suami semasa dah ada anak. Tapi dia mengelak dan tak mahu bincang lagi berkenaan side income.

Bila aku suruh apply kerja technician di kilang sebab dia ada sijil kemahiran, pelbagai alasan diberikan.

Bayangkan semasa PKP 2 bulan, dia boleh tidur selama 2 bulan tu tanpa buat apa apa dan fikirkan bagaimana nak cari duit untuk bayar sewa rumah.

Akulah yang usahakan berniaga buat kuih homemade dan jual secara online. Dapatlah bayar sewa rumah dan perbelanjaan rumah.

Disebabkan aku tak mahu anak hidup dalam kesusahan, maka aku berusaha cari income dan pekerjaan. Aku tak mahu keperluan anak aku terabai.

Alhamdulillah berkat rezeki anak, akhirnya rezekiku murah. Dapat beli asset sendiri, atas nama sendiri.

Suamiku, sama seperti dulu. Bekerja dengan company dulu tanpa ada usaha nak berusaha lebih lagi.

Masih lagi banyak tidur. Masih lagi bergaji hari. Masih lagi bergaji sebulan 500-1300.

Aku cuba memberi dia peluang untuk berubah. Tak apalah rezeki yang ada ini di kongsi bersama kerana dia pun ada kebaikan yang dibuat.

Tapi dia masih tak sedar diri. Semakin selesa dengan semua harta yang ada sedangkan itu harta aku. Pasang aircond siang malam hingga bil melambung.

Bila ditegur, katanya dia bayar bil. Agak kelakar bila dia jawab begitu kerana dengan RM600-800 yang dia beri sebulan tu tak cukup pun untuk cover installment rumah yang kami duduki ni.

Yuran taska anak tak pernah dia bayar walaupun satu sen. Makanan yang dia makan setiap hari tu, hampir 99% adalah hasil duit isteri setiap bulan.

Pakaian anak dari atas sampai bawah semuanya aku yang sediakan. Dia hanya beli pakaian anak semasa raya sahaja.

Duit topup henphone dia pun minta aku topup kan sebab gaji dah habis. Dia selalu minta duit poket dekat aku sebab dia tiada duit. Entah entah duit tu juga lah dia guna beli rkok.

Aku tak beri duit tu dengan mudah. Selalunya aku buat alasan “duit takda, wallet kosong, gaji tak dapat lagi”.

Semasa bapa mertua sakit masuk wad, duit aku jugalah yang dia minta untuk bayar bil hospital kerana dia takda duit.

Mesti ramai yang cakap aku perempuan bdoh kan. Ya, aku akui aku bdoh kerana masih berharap dia berubah.

Aku pernah kawin dengan kaki perempuan. Bila berkahwin dengan lelaki setia, aku telan semuanya kerana aku sangka dia terima kekurangan aku, maka apa salahnya aku terima kekurangan dia. Lagipun anak aku sangat rapat dengan bapa dia.

Rupanya aku silap dan diambil kesempatan lagi.

Baru baru ni hampir 2 minggu dia tidak bekerja kerana company tiada job. Maka 2 minggu jugalah dia tidur sahaja.

Yang lebih membuatkan aku berang, semua makanan yang aku beli guna duit sendiri, habis dimakan. Wah.. wah.. dah la tak kerja, makan pun nak guna hasil duit bini.

Akhirnya aku bagi amaran terakhir. Sehingga hujung bulan disember 2022 sekiranya dia tidak mahu berubah, asyik tidur sahaja, tak mahu berusaha mencari income lebih untuk keluarga.. Maka Januari 2023 kami akan berjumpa di mahkamah syariah. Full stop!

Aku tak tahan lagi menanggung perbelanjaan 2 orang anak sedangkan anak aku seorang sahaja. Lagi seorang tu baby besar yang tak sedar diri.

Untuk ke mahkamah syariah, aku tak risau kerana semua perbelanjaan selama ini aku gunakan debit card ataupun online banking. Jika perlukan bukti, mudah sahaja aku print bank statement.

Memang selama ini aku sengaja elakkan guna cash untuk membeli kelengkapan rumah dan membayar keperluan.

Aku dan anak aku boleh hidup sendiri tanpa ada seorang suami di sisi. Selama ini pun aku sahaja yang berusaha sendiri untuk sekolahkan anakku dan belikan semua kelengkapan keperluan anak.

Air mata aku dah kering untuk mengalir kerana telah banyak dugaan hidup yang pernah aku lalui termasuk kegagalan dari perkahwinan pertama.

Cukuplah.. aku tak mahu berkahwin lagi. Entah kenapa takdirku bertemu dengan 2 orang lelaki yang tak layak dijadikan suami.

Aku ingin mencipta bahagia bersama anakku tanpa kehadiran pasangan hidup.

Doakan aku bahagia.