Tak tahu kenapa, time tu memang aku dah tak boleh terima mak sbb dah tak hormat suami dan ank aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku tak tahu macam mana nak luahkan rasa sedih aku ni. Aku cuba terima yang aku bukan anak favourite mak.

Aku cuba memahami kenapa mak treat aku tak sama macam anaknya yang lain. Aku tak minta banyak, hanya supaya tak sakitkan hati aku.

Waktu aku kecil dulu aku jenis happy go lucky. Selalu orang yang pernah kenal aruwah ayah dan mak, pasti akan ingat aku.

Tapi lepas aruwah ayah meninggal dunia, mak mula menampakkan sisinya yang bencikan aku. Mak suka sinis, marah, hina, pukul, pulaukan aku, ajak adik beradik lain untuk bencikan aku.

Aku tak faham kenapa. Mak kata perangai aku sama macam someone yang dia tak suka. Someone tu adalah keluarga sebelah aruwah ayah.

Walaupun nyatanya fizikal aku menyerupai mak. Dan terbukti pun anak aku, yakni cucu mak menurun fizikal mak.

Mak akan menghina, mengata, merendah rendahkan aku depan adik beradikku yang lain.

Sehingga aku hilang yakin diri dan percaya apa yang mak cakapkan. Aku dari dulu hanya satu je cita cita aku, iaitu nak bahagiakan mak.

Aku dari zaman belajar aku bagi duit dekat mak. Di masa adik beradik yang atas aku ni berpoya poya di zaman universiti, aku pula bekerja sambilan. Cukupkan duit mak untuk pergi haji dan bagi duit untuk pelajaran dan sekolah adik adikku yang lain.

Aku rasa masa umur 14 tahun aku kemurungan, aku rasa tak nak hidup, sentiasa sedih.

Masa tu guru kaunseling kebetulan cikgu tu mengajar aku bahasa melayu perasan yang aku ni tak sama macam pelajar yang lain. Tapi aku tak boleh luah masalah aku.

Aku tak rasa orang lain boleh faham masalah aku. Sebab kawan kawan sekeliling aku semuanya mempunyai mak atau ayah yang penyayang.

Sampai lah masa aku universiti, first time aku berjauhan dari rumah. Masa tu, aku rasa hidup aku dekat universiti adalah masa yang terbaik untuk diri aku.

Namun aku masih takut nak rapat dengan orang lain. Aku tak banyak kawan. Aku susah nak percaya kat orang.

Mak aku ni depan orang lain je nampak baik, tapi dekat aku ni lah jadi tempat dia luahkan rasa menyampah, mengejek orang lain yang dia tak suka.

Mak tahu aku ni sumber duit dia, masa ni juga mak mengadu pasal abang dan kakak aku yang minta duit. Aku selalu kesian dekat mak.

Sampailah aku dah kerja, aku tetap bagi duit dekat mak. Sampai kemuncaknya bila aku ada suami dan anak. Aku tak tahan bila suami dan anak aku jadi bahan untuk mak mengata.

Paling aku tak boleh bila mak mengajar anak aku supaya tak hormat ayahnya which is suami aku. Masa ni aku mengamuk gila gila, aku luah semua perasaan aku selama ni.

Mak kata hati aku ni banyak hasad, hati aku ni buruk, jahat. Selama ni pun mak selalu cakap aku ni anak derhaka, tak bau syurga, sampai adik adik aku sendiri tak hormat aku.

Abang abang dan kakak aku yang sebelum ni baik dengan aku (walaupun taklah mesra sangat), semuanya pulaukan aku.

Bila mak hina hati aku, macam aku ni tak layak nak hidup langsung. Aku balas dekat mak. Kalau aku ni buruk sangat, mak juga buruk sebab aku lahir dari rahim mak yang buruk.

Terkedu mak bila aku cakap macam tu. Masa tu aku dah nangis macam orang giila. Aku tak boleh terima mak langsung tak hormat aku yang dah ada suami dan anak.

Mak ingat aku ni budak budak macam tu mak boleh buli. Aku sedih sangat kenapa anak aku nak kena tengok keadaan aku yang dah tak boleh kawal kesedihan.

Sejak dari tu mak semakin dingin dengan aku. Dingin, dingin. Tapi duit masih nak. Aku masih tetap bagi duit. Aku masih cuba bercakap dengan baik.

Aku macam baru sedar dari mimpi yang sangat lama, yang aku ni sampai bila bila pun takkan boleh buat mak puas hati dan terima aku seadanya.

Tuhan Maha Adil, aku dapat suami yang sangat baik, yang tak pernah sekalipun berkata buruk. Aku dapat sebenar benar ketenangan di sisi suami.

Ikut kata mak dulu, anak anak aku nanti semuanya akan perangai buruk. Tapi tak pun, anak-anak aku juga baik dan behave.

Bukan nak kata apa, anak anak saudaraku semuanya suka menjerit macam tarzan.

Ikut kata mak juga, bila aku pergi Mekah aku ni akan kena ujian. Tapi tak pun, banyak sangat nikmat Tuhan bagi masa aku pergi umrah dulu.

Benarlah kata kata mak tu adalah doa, tapi doa yang buruk dekat anak, tak semestinya Tuhan akan makbulkan tau.

Jadi jangan takut kalau korang ada mak macam ni ye. Please lah jangan ingat hidup korang akan tamat macam tu je.

Cumanya aku ni masih manusia, ada rasa sedih. Aku tak pernah rasa mak adil. Not even once.

Aku dulu belajar dah lah tak guna sesen duit mak, masa kahwin pun tak de guna duit mak.

Aku tak pernah menganggur macam adik beradik aku yang lain. Malah aku ni sumber duit mak.

Aku sedih bila mak konon macam bagi wasiat bila dia tiada nanti, dia minta adik dan kakak aku uruskan hartanya sebab dia percaya dekat adik dan kakak aku.

Adik beradik perempuan hanya ada 3 orang. Kakak aku, aku dan adik aku. Buat apa mak cakap macam tu dekat aku kan.

Kalaupun mak tak percaya dekat aku, tak perlu cakap macam tu. Aku pun ada hati dan perasaan. Dah la selama ni mak treat aku teruk, takkan bila nak mti pun masih sama juga.

Lama juga aku nak hilangkan rasa sedih aku. Aku dengar je lah. Aku juga dah mula jarakkan diri daripada mak dan keluarga sejak sebelum mak cakap pasal wasiat lagi.

Sebab aku rasa for the sake of mental health aku, baik aku selamatkan diri. Aku left group family sebab group tu jadi tempat mak untuk show off atau nak adik beradik aku saling bersaing dan jelous.

Which is perangai mak ni juga salah satunya yang aku tak boleh hadam. Mak seronok tengok adik beradik aku bersaing konon untuk bahagiakan mak dengan duit, baju, emas dan apa saja barang.

Masa mak tak ada dalam group tu elok je kami bertegur sapa, tanya khabar, update.

Tapi bila mak ada, ambientnya lain. Senyap je masing masing.

Aku taknak hadap suasana toksik tu dah. Jadi aku left group. Otak aku pun jadi ringan.

Aku call mak sekali sekala. Mak? Jangan haraplah nak call anak. Prinsip mak, jangan mak yang sembah anak, biar anak yang sembah mak.

Sikap mak suka memilih dan membandingkan anak. Yang aku perasan lah, selain aku, ada abang aku seorang lagi yang mak macam kurang sikit. Mungkin sebab abang aku ni dulu pernah menconteng arang di muka mak.

Aku ingat makin tua, mak makin insaf dan sedar diri. Satu hari, mak kata nak pergi umrah dengan adik aku. Laju mak call aku. Aku dah faham sangat dah, niat mak nak duit saja.

Aku pun transfer duit dan whatsapp mak resitnya. Tak sampai seminit mak call, buat buat tanya aku transfer duit ke.

Tapi bila aku ajak mak singgah rumah aku sebab rumah aku dekat juga dengan KLIA. Mak bagi macam macam alasan. Aku sedih. Aku dah kahwin dekat 14 tahun, mak tak pernah sekali pun datang rumah aku.

Memang mak liat dan bagi macam macam alasan, sama macam abang aku seorang lagi tu. So mak memang takkan pergi rumah aku atau rumah abang aku seorang lagi tu.

Tapi bila rumah orang lain, elok pula mak pergi berkali kali. Aku dah lama perasan. Setiap kali tu juga aku masih sedih.

Ye lah, kita anak, seburuk mana pun tetap nak berikan yang terbaik buat mak. Tapi masih tetap tak dihargai.

Dengan tiba tiba, mak pesan lagi wasiat dia tu. Bertambah sedih aku. Dah lah tak pernah call anak, lagi nak sakitkan hati anak.

Mak kata rumah tu dia nak bagi dekat adik bongsu aku. Katanya adik aku tak kerja, kesian kat dia nanti.

Siapa yang tak bagi kerja? Mak aku juga. Adik aku tu dah umur 30 lebih. Hidup menumpang duit mak.

By the way, duit mak tu adalah dari pencen aruwah ayah. Dalam pencen aruwah ayah, ada hak setiap anak. Yang aku sendiri pun tak pernah merasa sangat la.

Bila aku nak apa apa selalu kena herdik dengan mak. Selama 25 tahun aruwah ayah dah tiada, aku rasa 5 tahun je aku hidup bawah tanggungan mak. Tu pun dengan sangat siksa.

Berbeza adik beradik yang lain ye. Nak tempah baju dapat, nak beli komputer dapat, nak beli motor dapat. Nak pergi lawatan, dapat. Nak masuk persatuan beruniform, dapat.

Aku sedih. Kot ye pun mak nak bagi wasiat kat sape sape. Takyah bagitau, tulis je lah, nanti mak meninggal kami baca la.

Teringat pula aku zaman kecil dulu, bila aruwah ayah aku belikan mainan masak masak untuk adik bongsu. Untuk aku tak ada ye.

Aku nak tumpang main. Mak dengan kerasnya cakap. Tu semua mainan adik aku punya. Sedih betul masa tu. Aku umur 9 tahun, tapi aku ingat lagi sebab aku tak dibenarkan sentuh mainan adik aku. Aku tak faham kenapa.

Kalau orang lain yang cakap macam tu mungkin aku boleh faham lagi. Ni mak yang cakap. Sebab tu aku ingat peristiwa ni.

Masa tu perangai mak masih behave sebab aruwah ayah ada lagi. Yang aku ingat mak selalu pandang dekat aku dengan pandangan tak puas hati.

Masa aruwah ayah ada, aku langsung tak ingat, apa kenangan aku dengan mak. Memang zero. Lepas aruwah ayah dah meninggal, kenangan dengan mak semuanya sedih dan menghiris hati.

Entahlah, boleh ke suruh anak yang ni bekerja dan bagi duit, anak yang tu takyah kerja. Boleh ke guna duit pencen tu hanya untuk certain anak sahaja.

Mak kata lagi, nanti ada lah tu rezeki lain. Eh kami yang kerja ni nak dapat rumah, hutang 30 tahun tau. Kerja hempas pulas.

Aku nak je cakap kat mak, kalau lah kata aku yang tak kerja, yang duduk kat rumah. Nak ke mak bagi aku rumah tu.

Satu, memang taklah mak bagi aku duduk goyang kaki dekat rumah.

Dua, memang taklah mak nak bagi aku rumah free. Jadi mak tak adil. Kalau anak lain, mungkin chance tu ada lagi. Untuk aku ni chance memang zero.

Aku sebenarnya sangat sedih. Baiklah aku tak payah tahu. Aku selalu doa waktu kecil dulu, ya Allah bagilah aku jadi buta dan tuli supaya aku tak perlu nampak dan dengar perkara yang hanya buat aku sedih dan sakit hati. Yang akan buatkan aku makin jauh dengan tuhan.

Tapi sampai sekarang pun aku masih lagi rasa sedih macam ni dengan mak. Walaupun aku dah cuba jarakkan diri.

Aku rasa tua nanti aku pun jadi macam orang lain, yang dah tak balik kampung dah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *