Waktu tu memang aku dah tak sedap hati. Aku dapat rasakan suami macam ada buat sesuatu bersama perempuan tu

Assalammualaikum dan salam sejahtera korang. Tak pernah terbayang yang satu hari nanti aku akan confess dekat sini haha.

Tapi sebagai pembaca setia, aku nak cuba la cerita masalah aku mana tau boleh dapat solusi bernas daripada pembaca pembaca yang bijaksana.

Aku dah tiga tahun kawin dan ada seorang anak dua tahun yang comel dan bijak. Perkenalan aku dan suami ni dekat tempat kerja, dia yang mengorat aku yang pastinya.

Beria ria dia nak dekat aku, effort dia jumpa keluarga, berutus surat, menyanyi dan lain lain effort yang memang mengagumkan.

Suami jugak seorang yang hormat orang tua, rajin tolong buat kerja rumah, jaga anak, dan tak pernah naik tangan. Cuma pekerjaan tu biasa biasa lah, gaji cukup cukup makan dan kurang skil pengurusan kewangan.

Aku pun bekerja jugak dan banyak bantu topup topup terutamanya dalam urusan anak. Alhamdulillah cukup walaupun tak senang mana.

Aku pulak rasanya gaji lebih lagi dari dia dan lebih pandai manage kewangan.

Tapi walaupun begitu nafkah tetap wajib jadi aku banyak belajar jugak dari IIUM Confession ni untuk jangan dipijak nak tanggung semua benda sampai suami tak faham or buat buat tak faham tanggungjawab.

Tapi suami aku kalau sorang memang tak mampu pun dia nak sara kehidupan kami bertiga. Rumah kereta aku punya.

Aku hidup dengan suami aku dari rumah tu kosong, tidur atas lantai walaupun waktu bujang aku hidup selesa.

Lagi satu kelemahan dia ni katanya cepat pelupa. Hmm bagi aku kalau benda tu penting untuk dia, takkan lupa kot kan?

Masalah disini bermula selepas 2 tahun lebih perkahwinan.

Aku ni sebenarnya 100% percaya dekat suami aku pada asalnya tapi mesti ramai perempuan tau kan the power of naluri seorang isteri.

Kadang tu aku usha la jugak handphone dia, whatsapp, fb dengan instagram.

Lagipun both of us memang tahu password phone masing masing dan boleh jer bukak suka hati. Yelah aku fikir apa yang nak disorokkan pun kan.

Before ni aku ada terbaca conversation suami aku dengan sorang perempuan (anak dara) dekat office selalu breakfast and lunch sama sama.

Diaorang bahasakan diri ‘aku kau’ dan nampak macam takde ape ape, kawan biasa dan banyak cakap soal kerja.

Cuma kadang tu bila aku sediakan sarapan, suami aku tak nak makan pun dan suruh aku dengan anak jer makan.

Tapi sampai jer office terus onz pergi breakfast berdua duaan dengan perempuan tu.

MasyaAllah, aku memang marah betul waktu ni. Seminggu aku perli perli dia dan bergaduh tak bercakap.

Lepas dah berbaik, dia janji takkan keluar makan berdua duaan, mesej benda tak perlu dengan perempuan bukan muhrim dan akan keluar makan ramai ramai dengan kawan lain.

Korang fikirla, laki korang kerap keluar makan berdua jer dengan anak dara siapa tak hangin kan.

Lagipun, Islam memang sah sah melarang benda macam ni. Sah sah boleh timbul fitnah (aku explain benda ni dekat suami supaya dia faham). ok ni macam setel kan?

Waktu dekat dekat anniversary wedding yang ke-3 aku ni, waktu ni aku memang dah lama tak cek pun handphone dia. Punya la percaya dengan janji dia.

Tapi once aku cek bergetar terus jantung aku menggigil tangan. Selalu dekat whatsapp dia akan pin atas group family dia dengan aku tau.

Tapi tetibe dia dah unpin tau means whatsapp aku dah tak ada dekat atas dah dan aku nampak dia selalu berborak dengan siapa.

Siapa lagi kalau bukan budak perempuan yang sebelum ni dia selalu mesej hal kerja dan pernah selalu keluar berdua duaan tu la.

Tapi kali ni dah tukar nama dulu nama Suri bukan nama sebenar, sekarang dah jadi DAK (alasan dia sebab dia panggil perempuan tu budak). Perghh hebat sial dah ada nama manja.

Aku baca habisss memang banyak urusan kerja tapi banyak jugak urusan lain yang tak berkenaan.

Tolong belikan breakfast, lunch or makanan, lepas tu banyak sangat update hal hal kehidupan yang bukan hal kerja.

Macam otw balik kerja jalan jem, pasal game badminton, nak makan apa dan lain lain lagi.

Aku waktu ni memang tak sedap hati dah, naluri aku memang dapat rasakan yang diorang ni memang sesuatu.

Yelah perlu ke nak cerita dan update semua benda pasal kehidupan dia dengan perempuan lain? sumpah aku tak faham.

Lepas aku dapat kesan benda ni kebetulan waktu tu aku nak balik kampung awal sikit tanpa suami aku ikut. Kiranya aku balik dululah. Dua hari kemudian baru dia balik ambik aku dengan anak.

Sebelum balik aku install something so that aku boleh baca whatsapp dia secara live but dia tak tahu la kan.

Fuh pagi pagi lagi dah, ‘Assalammualaikum Mi Amor’. Ko raseee? Lepas tu setiap masa bermesej mesej.

Pasal makan la, banyak lagi mesej manja manja pasal hati la disebalik mesej kerja, ish b4binya aku rasa.

Dia mesej perempuan tu dulu tau baru mesej aku. Padahal aku dekat kampung ni punya la risau dia bangun lambat siap kejut berkali kali call.

Lepas tu update perempuan tu jalan jem la, dan macam macam la sumpah sampai sekarang aku hafal perbualan manja diaorang. Sedihnya hanya Allah yang tahu.

Siap ada suami aku ajak dia dinner celebrate dah habis oncall dua minggu berturut. Ajak tu berdua jer ok takde orang lain tapi nasib la tak jadi.

Aku punya la kejan suruh suami aku balik kampung direct lepas habis kerja so that plan dinner diaorang tu tak jadi.

Kebetulan aku pulak memang kenal rakan sekerja suami aku ni. Jadi aku try la contact sorang tanya suami aku dengan DAK tu ada apa apa ke.

Kecewa lagi hati aku bila rakan sekerja suami aku cakap macam nampak lately diaorang rapat sangat dan nampak la bibit bibit kecurangan tu.

Suami aku dekat office siap tak duduk cubicle dia sebab katanya kawasan tu aircond sejuk sangat.

So dia duduk dekat bahagian office yang dekat dengan perempuan ni. Satu bilik cuma ada jugak la orang lain tapi aku rasa mesti duduk sebelah sebelah.

Allahu, beratnya rasa hati aku dengar.

Rakan sekerja dia tu baik sangat sangat. Dia cuba sebaiknya tenangkan aku dan cakap rasanya diaorang belum jauh lagi cuma dah ada la bibi -bibit tu.

Katanya boleh selamat lagi ni dan suruh aku berbincang baik baik.

Dia nak sound diaorang berdua ni tapi aku cakap aku cuba setel dulu dengan suami aku ni.

Waktu kampung ni, hari dia nak balik tu dia dah block aku dari baca whatsapp dia live (mungkin baru sedar aku stalk whatsapp dia).

Sampai jer suami aku dekat kampung fuh bawak bunga sejambak weyh bagi dekat aku. Siap ada kad ayat sweet.

Jadi aku relaks jer dulu layan baik baik teman makan padahal aku sendiri dua hari tak lalu makan weyh, Kesian makayah aku risau tengok aku takde selera makan. Anak pun nasib la adik adik aku rajin layan.

Aku memang teruk, makan tak lalu, tido tak lena, malam memang tak boleh lena langsung. Bila dah ok tu aku ajak dia bincang malam malam buta tu jugak. Hati ke hati.

Mulanya aku suruh dia mengaku dulu ade buat salah ke tapi sampai sudah tak nak ngaku.

Sampai la aku ambik handphone dia dan surprisee dia dah delete mesej mesej dia dengan minah tu.

Aku tanya kenapa delete? Dia cakap malas nak bergaduh hal remeh.

Fuh remeh dia kata. Tapi pembaca sekalian jangan ingat aku bdoh sebab aku dah screensh0t awal dah semua mesej mesej suami aku dengan minah tu.

Sampai sudah dia tak mengaku jugak dan dia cakap dia takde apa apa pun dengan perempuan tu, cuma kawan rapat.

Perghh kawan rapat dengan anak dara! Hebat….. Hebat.

Aku tanya pasal janji dia untuk jaga hubungan dengan perempuan bukan muhrim (makan berdua, mesej hal bukan kerja berdua).

Dia cakap makan berdua tu memang tak buat dah. Tapi janji dia untuk tak mesej hal bukan kerja/keperluan mendesak dengan perempuan bukan muhrim tu dia lupa.

Hmm aku sebagai isteri yang agak bdoh ni terima jelah alasan dia.

Lepas tu yang dia panggil perempuan tu mi amor tu sebab nak bahan perempuan tu salah panggil vendor amor dan tak tau pun maksud sebenar mi amor. Haha.

Dia cakap dia memang tak ade hubungan langsung, sekadar kawan rapat, banyak keje sekali dan selalu gosip sekali pasal bos dan tak pernah berniat nak bercinta dengan dia. Siap sumpah demi Allah.

Lepas tu dia kecewa aku tak percaya dia dan lebih percaya cakap orang luar. Tak percaya suami sendiri.

Aku nak tanya pendapat semua pembaca aku ke yang bersalah atas semua bukti bukti yang aku ada? Dia pulak merajuk dan nak blah.

Dah la waktu tu kitaorang dekat rumah family aku dan waktu tu dah lewat malam. Jadi aku pun pujuklah balik sebab nanti kesian makayah aku terpinga pinga dengan tindakan suami aku ni.

Senang citer aku maafkan dia dan aku pulak pujuk dia.

Oh ya lagi satu, bila aku tanya aku ade salah apa apa or kekurangan ke yang nak aku improve dia kata tak ada.

Tapi aku tetap cuba improve segala aspek yang mana boleh sekarang ni.

Aku suruh dia berjanji yang dia takkan mesej perempuan bukan muhrim tanpa keperluan kerja/ mendesak/ urgent lagi.

Tapi kan, ingat senang ke kepercayaan tu nak pulih?

Aku ni sekarang dah macam hape dah aku rasa. Aku rasa aku bukan diri aku yang dulu dah.

Sentiasa anxious, tak sedap hati, salahkan diri sendiri, rasa nak berpisah tapi kesian anak, susah nak fokus kerja dekat office, tengah drive pun boleh mengelamun.

Ni kalau aku takde anak lagi dah lama aku nak berpisah jer dengan suami aku. Hati pun tak sakit hidup pun boleh tenang, aku fikir anak aku jer kecik lagi kesian dia rapat dengan ayah dia.

Setiap masa aku fikir dia dengan perempuan tu sampai susah nak tidur.

Bila tidur pun selalu mimpi pulak perempuan tu dengan suami aku kiss each other dekat tangga office yang tersorok. Hmm tu mainan syaiitan jer kan korang?

Aku masih cek jugak phone suami aku tapi tulah benda boleh padam delete kan?

Lepas tu aku cuba bincang dengan suami aku cara macam mana untuk aku pulih dari semua ni tapi selalunya dia melenting balik sebab katanya aku tak percaya dia. Takde orang percaya dia.

Padahal aku selalu cakap dan tanya baik baik, lembut lembut jer. Hmmm.

Lepas tu sebab before ni dia cakap dia mudah lupa so aku selalu la tanya dia ingat tak janji dia.

Bila tanya apa dia, aku jugak kene senaraikan balik. Aku tanya dia dah tak buat dah kan?

Hmm dia senyap lama dan cakap dengan DAK perempuan tu takde dah la tapi dengan perempuan lain ada tapi mesej whatsapp dia delete sebab tak nak gaduh benda remeh.

Hmm kalau tak salah kenapa delete? Kenapa masih perlu jugak nak mesej benda tak penting dengan perempuan lain.

Aku ni isteri dia tak cukup ke? Sedihnya aku. Aku ni sentiasa rasa risau suami buat balik perangai dia macam tu tapi kadang risau tersalah hukum.

Semua kerja macam susah nak buat. Korang tolonglah doakan aku supaya aku kuat dan rumah tangga aku selamat dunia akhirat.

Segalanya sekarang ni aku buat demi anak aku. Dia rapat dengan ayah dia, tak sampai hati aku.

Tapi demi kesihatan mental aku yang dah teruk terjejas ni ape pilihan yang aku ada korang?

Antara aku dengan suami sekarang memang nampak okay luaran macam biasa tapi Allah sahajalah yang lebih mengetahui.

Berbaloi ke pengorbanan aku selama ni demi kebahagiaan dan kasih sayang seorang ayah kepada anak aku?

Berbaloi ke pengorbanan aku susah senang dengan suami aku?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *