Oneday suami bg tahu main golf di Sabah. Saya nekad selogkar ofis dia terjumpa peti besi

Assalamualaikum dan salam sejahtera admin. Terima kasih kerana sudi untuk berkongsi kisah hidup saya. Saya dalam proses pencerraian bersama suami saya.

Perkahwinan kami akan menginjak ke tahun ke-8 dan kami dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Saya berkenalan dengan suami saya pada zaman university. Dia sememangnya seorang yang bertanggungjawab dan baik.

Keluarga suami saya memiliki syarikat Kontraktor, suami saya turut bekerja dengan dengan keluarganya selepas habis belajar.

Alhamdullilah sepanjang 8 tahun ni tak pernah ada yang kurang dari suami saya. Cukup lengkap semuanya dari segi nafkah, rumah.

Walaupun saya membesar di PPR, suami saya terima saya seadanya. Saya tidak perlu bekerja kerana suami saya cukupkan semua keperluan.

Cerita bermula awal tahun ni. Sepanjang perkahwinan, saya mempercayai suami saya, dia bukan seorang yang akan curang.

Saya kenal semua kawan suami saya. Mereka semua kelihatan baik dan kebanyakkan mereka adalah rakan perniagaan.

Cuma satu hari ni, saya tergerak untuk memeriksa computer suami saya.

Hari tu saya rasa resah sangat. Tuhan seolah oleh gerakkan hati saya untuk selongkar satu rumah.

Ketika membelek belek computer suami saya, saya terjumpa satu hidden folder.

Di dalam folder tersebut penuh maklumat seperti ic, slip gaji, no account, no kad bank, alamat rumah, no telefon, no telefon mak ayah, adik beradik.

Pada mulanya saya cuba bersangka baik, mungkin ini maklumat pekerja suami saya tapi kenapa slip gaji semua dari syarikat lain lain, bukan syarikat suami saya?

Saya godek file tu dan saya terjumpa satu folder yang buat drah saya berderau. Dalam folder tu penuh video orang dipkul, poster wanted.

Saya takut. Selama ni saya rasa dilindungi tapi hari itu saya rasa seperti tak kenal suami saya.

Saya mengesyaki suami saya terlibat dalam g4ngsterism dan peras ugut. Saya tak mahu tuduh melulu.

Suatu hari suami saya pergi bermain golf di Kota Kinabalu. Saya beranikan diri untuk pergi ke office suami saya.

Saya mintak setiausaha suami saya semua financial statement, saya geledah office suami saya dan terjumpa peti besi yang penuh dengan duit dan kad bank.

Saya paksa setiausaha suami saya untuk ceritakan apa yang berlaku, baru saya dapat tahu rupanya suami saya Ah Long.

Kad bank dalam peti besi tu milik mangsa dan setiap bulan pekerja dia akan mengambil kad bank itu dan keluarkan duit. Duit itu diletakkan di dalam peti besi.

Allahu, saya menangis sekuat kuatnya di dalam kereta. Saya takut.

Saya tak sangka suami saya yang selalu bersedekah ke masjid, yang jaga saya dan anak anak dengan penuh kasih sayang, yang hormat ibu bapa jadi begini.

Selama ni apa yang saya makan duit haram, anak anak saya membesar dengan duit ni. Hancur hati saya.

Saya suruh setiusaha suami saya rahsiakan yang saya ke office pada hari itu. Saya bertekad untuk dedahkan perbuatan suami saya.

Ini jnayah, apa yang suami saya buat mengkhianati kepercayaan saya keluarga dan anak anak. Saya takut. Saya takut sangat.

Saya perasan suami saya suka keluar setiap malam Jumaat. Setiap malam saya cuba ekori suami saya, hinggalah satu malam saya ekori suami saya ke sebuah kawasan perumahan di Puchong.

Saya track iOS suami saya, bila saya sampai disitu saya nampak suami saya sedang pijak seorang lelaki di depan anak dan isterinya. Saya terus keluar dari kereta dan berhadapan suami saya.

Suami saya dan konco konconya terkejut. Saya mintak suami saya cerraikan saya.

Saya pulang kerumah, ambil anak dari orang gaji saya dan terus kerumah mak ayah saya. Saya tinggal dengan mak ayah saya hingga sekarang.

Saya ada semua bukti perbuatan suami saya, tapi saya tak bawa ke polis. Cukup sekadar suami saya cerraikan saya.

Saya masih lagi sayang dekat dia. Dia tidak pernah pun kasar atau tinggi suara dekat saya.

Cukup kasih sayang dia tapi ia tetap tak menghalalkan perbuatan haram ini. Doakan saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *