Sy umumkan perkhawinan sy. Secara tiba2 1 keluarga pulaukan saya. Mereka semua mencemuh harap sy cerai

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua readers.

Aku cuma berasa aku perlu share dan mintak pendapat aka kecaman dari readers semua. Straight forward je.

Namaku Ika dan suamiku Poji. Kami berkenalan atas dasar kerja. Dia bos, aku assistant.

Aku adalah isteri kedua dan yes, perkhawinan kami baru dan masih hijau lagi. Tak sampai setahun.

Kami bernikah di sempadan dan bukan salah ahli keluarga kami berdua. Semua ni kami lakukan kerana kemahuan masing masing.

Kalau nak netizen zaman sekarang mesti decide kami berkhawin untuk nfsu? Tidak.

Kami berkhawin atas dasar selalu menguruskan bisnes bersama. Overtime bersama dan kerana aku yang terlalu sering berkepit dengan bos aku menyebabkan keluargaku selalu jadi match maker untukku.

Selalu nak menjodoh jodohkan aku dengan lelaki yang tak sekufu. Maksud tak sekufu bagiku, lelaki yang nak isteri jadi suri rumah, lelaki yang nak aku ikut diorang pindah tempat dia kerja (eii dalah duduk pedalaman).

Pernah juga keluargaku match kan aku dengan lelaki yang lebih rendah dariku dan duduk dengan mak ayah lagi.

Aku bukan merendahkan orang lain. Tapi lelaki mana yang boleh sabar dengan sikap ku? Aku tiada masa untuk hidupku kerana career.

Bagiku dengan usia yang sangat muda, aku harus berusaha untuk raih segala yang aku mahu. Aku belum bersedia untuk berumah tangga dan semua orang risaukan aku.

Aku rimas dengan keluargaku yang terlalu tradisional. Jadi aku amek keputusan untuk membelakangkan keluarga dan teruskan dengan hasrat aku yang tah hapa ni.

Selepas aku umum kan pernikahan kami, semua ahli keluargaku memulaukan aku. Mencemuh, memerli, dan berharap aku bercerrai.

Paling pedih apabila ada yang berkomunikasi dengan maduku dan bertanya mengenai penerimaannya mengenai perkhawinan aku dan Poji.

Jujur, aku berdosa membelakangkan ahli keluarga dan perasaan sesama wanita. Aku tahu suatu hari nanti aku pasti menerima kifarah atau karma atas dosa dan perbuatanku.

Disini ingin aku jelaskan, setelah berbulan lama nya kami bernikah, aku memohon maaf kepada ahli keluargaku.

Dan penerimaan aku terhadap keluarga suami juga lebih baik dari keluarga sendiri.

Ini kerana apabila keadaan mereda, pasti maduku mengatakan hal hal berat terhadap keluargaku dengan tujuan meminta simpati.

Sedangkan kisah sebenarnya, aku tak kisah kalau Poji melebihkan maduku kerana dia ada hak untuk melempiaskan sakit hatinya.

Dia telah pun melahirkan 2 orang zuriat yang comel comel untuk suami kami. Dan menguruskan rumah tangga dengan baik.

Cuma aku orang ketiga yang datang bertandang.

Disini ingin aku jelaskan.

Aku sudah tiada kedua ibu bapa, maka aku hanya bergantung kepada 5 orang adik beradikku untuk meminta kasih sayang.

Kemudian aku sudah menjadi insan yang berdikari di usia muda kerana kakak abangku semua sudah berumah tangga dan mempunyai komitmen dan keluarga masing masing.

Mereka semua sangat mengambil berat terhadapku, namun aku memilih untuk berdikari dan mengumpul hartaku sendiri.

Aku juga tak kisah suami aku mahu kerumah maduku or bercuti bersama maduku or apa sahaja programku dengan suami di cancelkan oleh maduku saat saat akhir.

Aku tersiksa namun aku redha dan mencari kebahagiaan sendiri. Aku tak pernah berdendam dan mempertikai apa yang terjadi dalam hidupku dan suamiku.

Kalau dia ada dekatku, aku layan dengan baik. Kalau dia mahu berprogram dengan isterinya, aku redha dan tak mengungkit.

Aku tak kisah walaupun makan hati. Aku selalu berdoa agar hubungan kami adik beradik kembali ceria, hubungan suamiku dan maduku bertambah baik dan hubungan ku dengan suamiku mendapat jalan akhir yang positif.

Aku memang takkan merancang untuk hamil, dan aku ingin terus mencuba yang terbaik dalam mempertahankan perkhawinan kami.

Aku memberi diriku masa 3 tahun untuk follow the flow.

Aku tak kisah berpisah kerana aku tahu kalau tak berjodoh apa boleh buat.

Aku tak kisah dianggap walaupun berkahwin tapi berperilaku seperti single dan freedom enjoy bersama kawan kawan.

Holiday kesana kemari, sebab aku redha dengan hidupku dan aku tak suka memeningkan kepala yang dah sedia sakit dengan kerja dan masalah keluarga.

Sedikit luahan hatiku untuk suamiku, wahai suami, ketahuilah aku isterimu, tanggung jawabmu.

Jika benar kau sanggup melalui rintangan untuk kita bernikah dengan cara yang begini. Maka kau sepatutnya sedia mental dan fizik mu untuk memikul tanggung jawab menjaga walau sedikit perasaan ini.

Meskipun aku tak pernah mengeluh dan menyoalkan, semoga kau tahu tangung jawab mu sebagai suami dan cubalah untuk jaga perasaan ini.

Aku tak minta kau untuk adil, aku minta kau untuk jaga hati ini walau sedikit.

Hargai cinta dan sayangku ini, pasti aku balas yang terbaik. Aku dipulaukan dengan orang yang sentiasa mengambil berat tentangku dan aku memilih untuk melalui liku sukar ini bersamamu.

Semoga kau mengerti hati ini.

Buat maduku, tahukah kau aku tidak meminta jodoh dan nasib ku begini? Aku tak meminta jalan hidup yang di benci dan status yang di hina oleh kebanyakkan wanita?

Aku tak meminta untun menjadi wanita perosak rumah tangga apa tah lagi perampas?

Adakah kau puas sentiasa melaga lagakan aku dengan ahli keluargaku?

Sementara kau sentiasa saiko suamimu untuk sentiasa menjaga hatimu?

Kau telah dapat segalanya, kau dapat masa yang sempurna dengan suamimu. Tak perlulah kau hubungi ahli keluargaku dan meminta simpati.

Tak perlu kau berpura pura lemah dan dianiaya sedangkan dalam masa yang sama kau meminta hak mu tanpa culas dan suamimu tak pernah mengabaikan nya.

Kau meminta masa dan harta. Kau meminta nafkah dan cinta.

Suami mu tak pernah culas. Justeru aku lah yang menggalakkan suami mu untuk berlaku lemah lembut dan cuba ambil hatimu dan meluang masa yang banyak untuk mendapat semula cinta dan redhamu sebagai isterinya.

Tak mengapa aku bekorban asalkan ada kebaikan buat keluarga kecilmu. Kebahagian suamimu kebahagian buat ku juga.

Cuma pintaku, berhentilah memburukkan aku depan keluargaku kerana aku tiada sesiapa lagi dalam hidup ini melainkan keluargaku penguatku.

Aku minta kau maafkan aku sebagai perosak hidupmu dan membuat suami mu mengkhianati cinta suci kalian.

Aku tak pernah terdetik untuk suamimu meninggalkanmu apatah lagi mengabaikanmu.

Aku berjanji pada diri ini, andai semuanya berlanjutan dan terus menjadi rosak, aku pasti akan undur diri.

Doaku semoga semuanya menjadi lebih baik.

Buat keluargaku yang aku sayangi, terima khasih menjaga aku dengan sangat baik setelah pemergian mak dan abah.

Aku bersyukur dikurniakan kakak dan abang yang menyokong adiknya sampai ke tahap ini.

Semoga suatu hari nanti, kita semua boleh berkumpul seperti dahulu. Dan saling memaafkan.

Maafkan juga ketelanjuran sikap ku yang dianggap tak kenang budi dan menjatuhkan maruah keluarga.

Semoga apa yang aku kongsikan ini, dapat membuka hati mereka yang membaca, aku tak mengharapkan kata yang baik baik.

Aku hanya mengharapkan doa dari semua semoga perjalanan hidupku menjadi lebih baik. Aaminn.