Saya minta anak sy luahkan apa yg terbuku dihati sbb sy selalu buat dia macam tu

Assalamualaikum. Hai min, tlg hide ye profile saya. Saya mohon jasa baik kawan2 dlm group nie beri pandangan bernas buat saya.

Ceritanya begini, saya seorang anggota keselamatan, berkahwin dan mempunyai 3 org anak, berumur 37 tahun dan wife 35 tahun.

Pada Jan 2020, saya posting di ibu kota setelah 10 tahun berkhidmat di seberang laut.

Saya membuat keputusan menempatkan keluarga saya di kg halaman saya. Ini kerana saya mahu lebih dekat dengan mak saya.

Untuk pengetahuan wife saya adalah anak yatim piatu, tiada keluarga dan saya mahu wife saya merasa kasih syang dari seorng ibu dari mak saya.

Setelah berbulan keadaan ini berlalu, saya pulang ke kg setiap seminggu sekali, jika ada tugasan luar maka 2 mggu sekali saya akan balik.

Sepanjang tempoh ini saya perasan perubahan pada wife saya, dia jadi sgt pendiam dan badan sedikit susut, tapi saya tidak bertanya. Disini silap saya.

Saya mengaku saya jarang berbual bila saya pulang, saya lebih byk tumpukan perhatian pada mak saya yang lumpuh. Saya temanakan mak saya tidor, saya suapkan mak saya makan.

Satu hari saya mendapat panggilan telefon bahawa isteri dan anak2 kemaalangan. Bagai hilang nya wa saya.

Ketika tiba di unit kecemasan saya lihat anak sulong saya sedang memeluk adik2nya sedang menangis. Mujur anak2 tiada kecederaan serius. Wife saya masih dirawat.

Doctor mengkhabarkan bayi kembar tidak dpt diselamatkan, tangan patah, kepala juga mengalami luka2. Terduduk saya saat ini kerana saya tidak tahu wife saya hamil.

Sumpah saya tak tahu. Paling sedih sangat bila sulong saya menangis dan terus mengatakan kalau sayalah punca ibu jadi begini lalu saya mengambil cuti yang panjang untuk menjaga wife dan anak2.

Tapi saya dapat rasakan anak sulong saya seolah2 benci dengan saya, dia jarangnak berbual dengan saya, saya hantar ke sek pun dia memilih utk duduk dibelakang dan bila bersalam tgn pun dia tidak lagi mahu memeluk saya.

Mengenai wife saya pula, dia seperti biasa, cuma pergerakkan terbatas kerana tgn patah.

Saya cuba berbual dan bertanya jika perlukan apa2, dia byk diam, sukarnak berbual dengan saya. Saya tau wife saya mesti rasa sedih dengan kehilangan bayi kami.

Hari ini, saya berbual dari hati ke hati dengan anak sulong saya. Saya minta dia luahkan apa yang terbuku dihati, saya berjanji saya tidak akan marah sama sekali kerana saya mahu betulkan kesilapan saya.

Dari cerita anak saya. abah, ibu tu terlalu penat, dari subuh hari ibu dh uruskan opah, kisah makan pakai opah, kisah bab ubat2 opah, tak cukup jaga opah, abah minta ibu jaga makngah sekali yang kene stroke tu, ibu yang angkat makngah mandi, suap makngah makan sedangkan makngah ada anak2..

Mana nak uruskan kkk dan adik2 ke sek, hantar dan jemput kami. Kkk pernah minta pada ibunak naik van n bas sekolah tapi abah yang tak benarkan abah ckp ibu ada, ibu boleh drive so buat apanak bazirkan duit.

Kalau abah nak tau, opah selalu marah ibu, cakap ibu lembap, opah ckp ibu tu tak kenang diuntung abah pungut, mcm2 lagi opah buat,

makngah pun sama dibaling2nya mknn, ibu yang bersihkan, berak ibu cebokkan tapi ibu tetap kene marah dengan makngah.

Kakak pernah nak suarakan pada abah semua ini tapi ibu tak benarkan, ibu ckp opah syurga abah, jgn buat abah jadi anak derhaka, ibu tak ada mak ayah mcm abah so ibu ckp ibu nak rasa berjasa pada opah.

Saya benar2 rasa terpukul mendengar cerita anak saya. Kononnya saya mahu menabur bakti mak saya kerana selama ini saya berjauhan dari mak, tapi saya tidak pikir tanggungjawab sebenarnya dipikul oleh wife saya. Saya membuat keputusan tanpa memikirkan akibat dikemudian hari.

Saya benar2 menyesal,

saya tau saya tak mampu kembalikan apa2 lagi yang sudah berlaku tapi saya mohon diberi peluang untuk perbaiki kesilapan untuk menjaga wife dan anak2 sehabis baik seperti nyawa saya.

Saya dlm proses menguruskan pertukaran sekolah anak2 dan mengambil rmh kuaters untuk bawa pulang wife n anak2 bersama.

Saya mahu lihat mereka tersenyum semula seperti sebelum ini. Saya mahu mereka rasa bahawa mereka sgt penting dlam hidup saya. Mengenai mak saya pula, saya upah sepupu saya untuk jaga n uruskan segalanya,

saya tetap akan pulang ziarah mak saya seperti biasa, kakngah saya pula saya minta anak2nya yang ambil tanggungjawab kerana mereka selayaknya. Semoga kwn2 dlm group ini doakan kebaikkan buat kami sekeluarga.