Aku kerap tunaikan permintaan isteri. Orang kata layan isteri baik2 murah rezeki tapi aku lain pula

Assalamualaikum. Aku seorang lelaki yang dah berkahwin 2 tahun lebih. Belum dikurniakan anak lagi.

Umur aku sekarang 30 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta di KL dalam bidang IT. Gaji yang sedang2 ataupon dengan bahasa kasarnye, CIPUT.

Setiap orang mempunyai cabaran dalam hidup, dan cabaran aku adalah dari segi financial. Setiap bulan, rutin bulanan aku selepas dapat gaji adalah untuk survive hingga ke hari gaji seterusnya.

Mula2, aku masih lagi positif, tapi lama kelamaan, aku makin muak dgn rutin ni dan aku mula menyoalkan macam2 perkara.

Aku rasa sedih dan rasa useless dengan hidup aku. Aku rasa macam hidup aku ni sangat bodoh dan pathetic.

Setiap bulan lepas bayar segala komitmen, duit aku hanya tinggal berapa ratus je untuk mengharungi hari2 seterusnya. Bila dah setel barang2 rumah, lagi lah sikit duit untuk aku survive.

Kadang kala aku terpaksa pinjam duit kawan sebab terlalu terdesak. Kadang2 aku miskin sangat sampai nak potong rambut pon aku berkira2. Betapa patheticnye hidup aku.

Aku sejenis yang sentiasa memenuhi permintaan isteri aku. Kalau dia nak makan itu ini, aku akan cari atau masakkan. Kononnya orang kata,

kalau layan isteri baik2, rezeki bertambah. Tapi, mana rezeki aku? Masih lagi sesak.

Aku sentiasa tolong isteri aku buat kerja2 rumah, aku masak, aku penuhi permintaan dia. Aku bahagiakan isteri aku. Dan aku MASIH sesak.

Kadang2 aku sedih kalau aku tak dapat penuhi permintaan isteri aku. Aku rasa useless.

Aku takut kalau ada laki lain yang mampu beri ape yang isteri aku nak. Aku rasa pathetic. Konon kalau bahagiakan isteri, rezeki bertambah.

Macam mane aku nak bahagia kan isteri aku kalau aku sendiri tak mampu.

Duit untuk parents setiap bulan aku bagi 100 sorang. Untuk berkat, murah rezeki. Bertahun tunggu, masih sama. Masih sesak. Masih pathetic.

Apa salah aku? Aku tak layak hidup senang ke? I need an answer please..

Aku try cari side income. Buat business kecil2. Langsung tak laku. Bukan aku tak usaha. Aku usaha. Tapi semua tak menjadi. Padahal aku cari duit halal.

Jujurnya sekarang, aku tak nampak point jadi baik. Eventhough aku solat, takde ape yang berubah. Aku tolong orang, tapi aku sendiri tak stabil.

Sekarang aku macam acuh tak acuh dengan benda2 wajib. Aku tak rasa macam nak buat semua tu. Sebab aku penat. Aku stuck dgn life aku.

Aku kesian dgn istri aku dapat suami pathetic macam aku.

Aku tak paham. Ape masalah sebenarnye. Kawan2 aku semua happy. Berduit. Keje bagus2 gaji ribu2, bonus setiap tahun. Bawak bini jalan2, bercuti.

Tapi tak pernah solat, tak jaga aurat bini, gaul bebas. Tapi mereka hidup senang.

Kawan2 ofis aku yang menggatal sana sini padahal dah kawin, gaji tak pernah habis. Aku? 2 hari gaji, papa kedana terus.

Aku buat confession ni sebab aku tak tahan. Aku dah sampai kemuncak aku. Tadi bini ajak makan luar, aku tengok dompet aku, tinggal RM5.

Minyak kereta tinggal 2 bar. Akaun bank tinggal berapa belas.

Macam mana aku nak survive? Macam mana aku nak provide untuk bini aku. Mana rezeki aku?