Yang hairannya, bila aku dah pergi jauh. Mak dia kemain siap buka mulut cakap tak suka pun dekat aku ni

Saya nak share kisah pengalaman saya berdepan dengan Lelaki G0ld Digger.

Dunia sekarang memang sudah terbalik, dahulu, bila disebut pengikis, gold digger, pasti wajah perempuan bermain di kepala.

Perempuan memang tak lari dari perkataan pengikis dan hanya melayan lelaki yang berdompet tebal.

Tapi era zaman sekarang, sudah masuk alaf baru yang mana lelaki lebih dominasi watak G0ld Digger dan keadaan yang lebih teruk dari zaman wanita si gold digger dulu.

Saya sendiri pernah mengalami keadaan sebegitu bukan sekali, tetapi 3 kali.

Lelaki pertama, saya kenal dizaman universiti dahulu. Dia datang dari keluarga yang miskin. Dek kerana kasihan, aku sanggup share duit makan aku dengan dia.

Mula kerana kasihan je, yelah, tahu struggle stay kat uni macam mana, sampailah kami sama-sama jatuh cinta.

Aku yang tolong dia apply ptptn dan hinggalah dia ada duit untuk beli motor. Tapi sekupang pun dia tak pernah belanja aku makan. Aku bukan hadap duit dia,

tapi apa salahnya air kotak dengan keropok sekalipun sekali sekala dia belanja aku.

Dia kantoi ada girl lain bila aku spy dia dari jauh. Aku ni punyalah percaya cakap dia, duit semua kena hantar balik kampung, so tak boleh nak bayar hutang aku.

Tapi rupanya beli rantai bagi kat girl lain. Bila takde duit, mintak tolong aku. So aku bye bye lah lelaki macam tu.

Lelaki kedua aku kenal bila dah start kerja. Aku ni memang dari dulu mudah kasihankan orang. Aku bukan jenis wanita yang pandang harta dan rupa,

aku kenal si dia ni bila kereta aku rosak. Dia tolong panggilkan truck untuk tarik kereta aku ke bengkel. Dia kerja technician tapi agak susah sebab yelah bukan senang nak survive di kl ni.

Bila dia tengok aku kerja bagus, ada rumah kereta, mulalah dia masuk jarum. Cara dia masuk jarum tu dengan cinta islamik haha. Hari-hari hantar tazkirah kat aku,

ajak pergi masjid memang alim lah kalau tengok dari luaran. Aku muda lagi waktu tu, so tertarik lah dengan cara filem “ayat-ayat cinta” or “ketika cinta bertasbih” ni.

Sape taknak bersuamikan lelaki yang alim kan? Ustaz ustazah pun suggest kita cari pasangan yang beriman. Punyalah innocent aku waktu tu, tak check latar belakang dia betul-betul.

Aku terima dia dengan hati terbuka. Tapi rupanya dia berhenti kerja lepas couple dengan aku. Bila keluar makan, dia mintak tolong aku bayarkan dulu, kononnya mak nya sakit la ape la.

Aku pun berkenalan dengan maknye. Hari pertama kenal terus ajak naik kereta aku pergi shopping. Aku bab orang tua ni memang aku hormat tak kira siapa pun.

Bila dah shopping sama-sama, sampai je kaunter, mak dia buat-buat cari duit, gelisah. Aku pun rasa kasihan, hulurkan kad kredit untuk bayarkan semua barang.

Tak henti disitu, hari-hari mak dia call suruh aku datang sebab nak mintak tolong aku ke sana sini. Aku dah pelik. Bukan tak nak tolong,

tapi patutnya ada sikit rasa segan apatah lagi baru kenal dan bukannya isteri anak dia lagi, bila aku menolak, mula buat muka.

Kononnya macam mana aku nak jadi isteri anak dia sedangkan sikit macam ni pun tak boleh nak berkorban.

Hello! Anak dia tu tebongkang tidur kt bilik, aku lah yang kena bawak mak dia kehulur hilir. Duit minyak makan minum semua aku yang keluarkan.

Sampailah mak aku tegur, bila nak berbuat baik pun biarlah ada limit. Ni dah macam hamba kena turut semua sedangkan masih belum ada apa-apa ikatan.

Mak dia pun mulut boleh tahan jugaklah. Bila aku dah mula jarak dengan dorang, mulalah mak dia bawak mulut cakap tak berkenan dengan aku, kerana akulah anak dia dah makin jarak dengan dia.

Aku buat bodoh je bila dia cakap macam tu. Kalau takde kesabaran, memang aku akan balas balik. “kau ingat anak kau tu putera raja? Artis?

Sampai aku nak kidnap anak kau dan tehegeh-hegeh dengan dia?” tapi orang tua kan, biar je lah.

Mak aku aku pun cakap, nampak sangat keluarga tu nak ambil kesempatan kat aku. Banyak jugaklah duit aku habis belanja makan minum.

Apa saja lelaki tu tak demand dengan aku. Sebab golongan lelaki ni ingat kita orang perempuan tehegeh sangat nak kawin dengan dorang?

So hati-hatilah dengan tok lebai yang acah-acah alim tapi pandai ambil kesempatan.

Habis kisah nombor 2, ini adalah kisah terbaru dalam hidup aku. Si lelaki G0ld Digger ni punyalah desperate ajak aku kahwin. Mula tu oklah nak berkenalan dulu,

tapi tak sampai dua hari dah ajak kahwin, haha. Lagilah nampak keGOLDDIGGERan beliau di mata aku. Sampai ajak aku buat akaun bersama, dah plan nak pindah masuk rumah aku.

Si G0ld Digger ni kerja agak bagus, tapi disebabkan gila game, habis duit kerana gaming je. Dia tahu aku ada rumah pun sebab dia follow senyap-senyap kereta aku balik rumah.

Lepas tu terus macam kucing gatal nak berbini ajak aku kawin cepat-cepat. Siap bagitahu mak aku konon nak start business.

Mak aku awal-awal lagi reject sebab tahu lelaki macam tu dengan mulut manis akan suruh aku buat loan macam kes yang masuk surat khabar tempoh hari.

Memang aku akui memang susah nak cari jodoh yang betul-betul ikhlas. Aku ada terbaca satu confession dari orang bujang tempoh hari yang menyarankan supaya berhati-hati

dan jangan gopoh untuk mencari pasangan. Tak kira lelaki atau perempuan, pasti kita inginkan yang terbaik untuk diri kita.

Aku setuju dengan pandangan beliau yang kita perlu ada persiapan diri untuk ke alam perkahwinan. Aku doakan semoga kawan-kawan bujang,

ibu or bapa tunggal akan mendapat jodoh yang baik dan ikhlas satu hari nanti. Cuma aku ingin tekankan, hindarilah pasangan yang kaki kikis.

Bagi aku tak kira lah lelaki atau pempuan, G0ld Digger ni hanya pentingkan diri dorang saja. Kita ingatkan dapat sama-sama susah dengan mereka, tetapi malangnya, kita diambil kesempatan atas kebaikan yang kita berikan.

Harap pembaca semua boleh kenal gold digger dan cuba elakkan dr mereka.