Along terjerit2 tolak-tolak bdn aku tak puas hati, tiba2 pakcik tmpar pipi aku- Anak mama kuat

Syukur alhamdullilah genap 17 hari kita di ramadhan kali ini, genap juga nuzul al quran kita tahun ni.. Di apgi yang hening ni berat rasanya nak membuka kembali kisah lama.

Kisah yang mengorek memori pahit yang dah aku tinggalkan. Beberapa kali juga luahan ni aku taip dan padam. Skitnya masih ada, merobek seluruh jiwa dan raga. So dari malam td aku bersengkang mata kerana teringat kembali sejarah lama ini biar ia jadi pedoman buat semua.

Sebelum itu perkenalkan diri aku Dhia atau erti kata lain nama aku bermaksud bidardari syurga. Arwh abah yang berikan aku nama tu dan ya, akulah bidardari abah yang paling cantik dan paling abah sayang, itu ucapan yang selalu aku di dengari dari arwh abah waktu kecil dulu.

Allah pinjamkan abah 10 tahun buat aku untuk menyimpan memori manis berharga buat waktu kecilku. Arwh abah kemlangan akibat kecuaian manusia lain ketiga bertugas. Kehilangan abah sedikit sebanyak membawa jiwa aku pergi tapi mujur ada mama di sisi. YA AKU MASIH ADA MAMA FIKIRKU..

Ketiadaan abah, membuat aku rapat dengan mama, membuatkan aku tak terasa sunyi. Kemana sahaja, mama bawak aku, makan sana sini, bercuti sana sini, beli itu ini. Tak pernah mama tinggalkan aku walaupun sesaat.Indah sungguh detik ketika itu.

Sungguh aku bahagia di samping mama. Sungguh aku sayang mama ketika tu. Aku pernah mohon agar mama di panjangkan umur dan jangan ambil mama dari aku seperti abah. Setiap kali lepas solat aku sentiasa doakan mama…

” Ya Allah kau panjangkan lah umur mama, Engkau berkati lah umur mama, Engkau redhai lah apa yang mama lakukan untuk besarkan aku ni..Aku pohon padaMu ya Allah…”

Bahagianya aku tak lama bila mama ambil keputusan nak berkahwin lagi dengan seorang duda anak tiga. Mama cakap aku akan dapat abah baru yang akan sayang aku dan aku akan dapat adik beradik yang boleh main bersama.

Aku berusia 12 tahun ketika itu, rasa gembira bila mama nak berkahwin lagi, seronok bila ada adik beradik lain. Untuk pengetahuan semua, aku ni anak tunggal hasil perkahwinan mama dengan arwh abah.

Alhamdullilah…Lepas berkahwin, kami berpindah ke rumah pakcik , yang lebih besar, berbeza dengan rumah kami dulu. Pakcik layan aku okey saja cuma tak semacam dia layan anak-anak dia tapi bagi aku semua tu okey sahaja selagi mama masih sayang aku.

Kemuncaknya bila anak-anak pakcik agak dingin dengan aku, semacam tak suka aku dan mama. Aku anggap semua tu perasaan ja sampailah terjadi satu kejadian yang tak aku lupa seumur hidup aku.

Along iaitu anak perempuan pakcik yang sulung tuduh aku mencuri duit dia, aku mti-mti tak mengaku sebab memang bukan aku yang curi, hal ni jadi besar bila along mula jerit-jerit, pakcik datang masuk campur marah aku suruh mengaku.

Mama ? mama hanya melihat aku di mrahi dua beranak tu. Along tak puas hati selongkar bilik aku dan jumpa tabung yang duit sekolah yang aku menabung setiap hari, tanpa izin terus dia lemparkan ke lantai dan bertaburan duit, along tuduh aku mencuri lepastu simpan dalam tabung.

Aku takkan mengaku sebab bukan aku yang buat, along menjerit-jerit tolak-tolak badan aku tak puas hati, tiba-tiba pakcik tampar pipi aku, katanya balasan untuk pencuri dan penipu. Aku toleh ke tepi, aku lihat mama tapi mama tak pertahankan aku, DI ULANG MAMA TAK PERTAHANKAN AKU..

Mama hanya diam kaku di tepi.. Air mata ? hahahaha, hangpa rasa ? Sejak kejadian tu, pakcik terus dingin dengan aku, anak-anak dia memulaukan aku dan mama layan aku nak tak nak saja dan mama tak percayakan aku hal mencuri tu, mama kata aku tak kenang budi pakcik dan anak-anak sampai sanggup mencuri.

Sampai hati mama, orang lain aku tak kisah kalau tak percaya tapi mama? hmm..Aku pernah luahkan pada mama juga mengenai kes cri wang along itu..

Aku: Mama, dhia sumpah tak pernah curi duit Along.. Dhia simpan duit belanja sekolah yang mama bagi setiap hari. (Aku menangis truk time ni )

Mama: Kalau tak dak angin, macam mana pokok boleh bergoyang Dhia. Along nampak hg yang ambil duit dia Dhia. Mama tak pernah ajar dia mencuri. Kalau abah tahu mesti dia sedih perangai Dhia . (Mata mama menjeling tepat padaku)

* Allahu bertapa sedihnya ayat macam tu terpacul dari mulut mama. Dia tidak percaya kan kata2 anak dia sendiri. Lebih percayakan anak tiri nya semata mata nak buang aku dari keluarga ini. Sedih sangat aku time ni..

Setahun aku bertahan dengan manusia dalam rumah tu, aku dah lali dengan caci maki, dah lali dengan pergduhan dan dah lali kena pkul. Aku bertahan hanya kerana mama tapi mama buang aku.

Aku boleh tahan semua benda apa orang buat tapi aku tak tahan bila arwh abah orang buat main, buat ejek, orang fitnah abah makan rasuah. Aku hilang sabar dan kerana hilang sabar tu, time tu umur aku dah hampir 14/15 tahun tak jumpa mama..

Ayah tiri : I rasa, u kena asingkan Dhia dari anak2 i, I tak nak anak2 i terikut dengan perangai Dhia. I tak nak anak pemakan rasuah ada dalam rumah ni.

Mama: Hmmmmm..Ok la ..nnt i fikirkan mcm mana..U jgn stress2 ok.. Nnt i hantar Dhia pulang..

* Sedih sgt malam tu aku dengar perbualan mama dengan pakcik. Hati aku da kebal..Aku sudah tak kisah lagi saat itu.

Episod keyakinan aku menjadi kenyataan Ya!!, mama buang aku. Mama buang aku tanpa pelukan, tanpa air mata dan tanpa menoleh kebelakang pon. Aku ingat lagi hari tu mama pakai baju blous merah,seluar hitam dan tudung pelangi.

Di sebabkan mama sebatang kara, mama tinggalkan aku dengan atok (ayah abah) di Langkawi. Setiap hari aku berendam air mata dan opah yang akan selalu memujuk aku tanpa jemu walaupon atok sering keluarkan kata-kata boom nklear kearah aku.

Atok : Orang dah buang, nak reyau apa siksa diri , tak sah dok reyau sangat,cemuih aku, baik hang pi makan, macam mana nak lawan balik kalau tak dak tenaga ..

Okey, atok aku memang kjam sikit ayat dia tak macam opah yang lemah lembut sebab atok askar dulu.. hahaha.. Di sebabkan atok dan opah yang tolong aku bertatih semula untuk melangkah ke depan, aku mula sedar diri. Aku kena maju kedepan, tunjukan betapi ruginya orang yang buang aku.

Aku mula belajar dengan sungguh-sungguh sambil aku tolong atok dekat homestay yang dia usahakan sejak pencen dulu. Kalau ada lapang aku buat part time jadi pemandu pelancong, dari tu aku kenal ramai orang, bermacam ragam manusia tapi semua tu buat aku matang dalam kehidupan.

Pejam celik pejam celik, aku dah habis spm, sambil tunggu result tu aku mula ambik kelas bahasa asing, aku belajar bahasa Korea dan Jepun. Tak sia-sia aku belajar bahasa Korea dulu walaupon itik cakap dengan ayam, sekurangnya aku cuba cakap waktu aku ke Korea tahun lepas, tak sangka tempat yang aku nak pergi sangat akhirnya sampai jugak.

Sebab aku sampai ke Korea atas pelawaan satu family Korea ni yang datang ke Langkawi dan duduk di homestay atok. Family Korea tu seronok tinggal seminggu di Langkawi, cara kehidupan kampung dan diorang pelawa kami ke rumah diorang pulak.

Atok dan opah aku angkut kesana walaupon opah mula-mula tak mau, alasannya tak larat nak berjalan tapi opah yang paling enjoy dekat sana..

Berbalik pada result spm, alhamdulillah result aku okey saja tak gempak mana pon. Aku di terima sambung belajar di UKM. Langkawi aku tinggalkan sekejap demi matlamat yang harus aku capai.

Bertahun-tahun memerah otak akhirnya bidardari abah akhirnya boleh berbangga sebentar. Berbekalkan pengalaman tolong atok di homestay, part-time jadi pemandu pelancong, boleh berbahasa asing dan segulung ijazah, aku di terima kerja di salah sebuah hotel termuka di Malaysia. Alhamdulilah dah nak masuk dua tahun aku disini.

Terima kasih Allah pinjamkan aruwah abah walau sebentar. Terima kasih atok dan opah yang ada membantu anak terbuang ni bangun semula,lupakan kisah lampau.

Terima kasih Mak Teh dan Mek Su sebab sudi hulurkan bahu, berikan kasih sayang sebagai ibu kepada anak yatim piatu sebelum waktunya ni. Terima kasih anak-anak Mak Teh dan Meksu sebab tak kedekut dalam segala hal, pinjamkan mak masing-masing, selalu ada membantu.

Terima kasih juga buat kakitangan homestay Atok di Langkawi yang baik-baik belaka, beri tunjuk ajar tanpa jemu.

Terima kasih yang selalu ada 15 tahun kebelakangan ni. Terima kasih diri sendiri sebab terus melangkah tanpa menoleh kebelakang.

Dan bulan April lalu, aku nampak Along di bandar. Beseorangan…Terdetik hatiku mana mama? Mama sihat ke? 15 tahun aku tak jenguk muka mama..Dan aku akan sambung luahan ni pada episod ke 2 tengah hari nnt..sebab terlampau panjang aku nak cerita kan disini.