Dah dekat 15 tahun sekali pun tak bertemu, hingga aku nampk along di kaki lima Maybank – Anak mama kuat 2

Hai tgj cuti nuzul al quran ke tu.. slurrppp arghh tengah hari hari cmni kan kan kan..hehe..korang jalan mana je rini? ada yang da start shopping ke blm? aku insyaAllah minggu depan kot tnggu gaji.

Ok berbalik dari sambungan episod pertama aku td. Aku sebenarnya hampir 15 tahun tak jumpa mama dan keluarga tiri aku. Yang peliknya mama ni sebatang kara juga, tapi takde pon call ke wharsapp atuk even time tu zaman Wasap belum sampai.. Tapi ko boleh je call kalau rindu kan anak ko ni.

Hanya aku je seoarang masih termenung pergi mana mama? Mama ni ok ke x ? Jadi tanda tnya pada aku, serius aku terkilam pemergian mama sejurus hantar aku dekat atok jadi tanda tnya. Episod penantian selama 15 tahun terjawab juga selama ini. Time tu aku terkedu mcam anak patung..Sepatah ayat pon tak terkeluar dari mulut aku. Hanya air mata.. ya air mata saja berjujuran membasahi pipi gebu aku ni.

Korang tahu aku jumpa siapa? Aku jumpa Along… YES ALONG !! Korang masih ingat episod pertama aku pagi tadi, along yang tuduh aku mencuri duit.. along yang membaling duit tabung aku hingga bertaburan.. along juga lah aku jadi manggsa pergduhan antara adik beradik dan dia jgalah sebab mama buang aku..

Time ni aku jumpa along sorang je,mama tak, aku masih belum nampak.. Aku nampak along tepi maybank Alor Setar. Korang mesti terkejut apa yang along buat.. Along jadi pengemis.. (aku da nangis da time ni )..Allahu berat nya ujian yang perlu aku lihat. Beratnya mata aku memandang along.

Aku bediri lebih kurang 30m dari jarak along di tepi maybank.. aku hanya terkaku disitu.. aku cuba pastikan berkali kali adakah itu along.. ya aku yakin itulah along,anak pakcik… aku tak kuat hadapi semua ini.. Aku menyorok dibelakang bangunan maybank sambil layan air mata..

Saat itu aku cuba menghampiri along..aku jalan slow2 sambil mengimbau kenangan apa yang telah dia lakukan pada aku, hampir musnah hidup aku dia lakukan, nasib ada atuk dan opah selamatkan aku.. Aku tunduk dan mencangkung tepi dia..

Dia terkejut truk tengok muka aku betul2 depan dia..aku hanya tersenyum..ya..aku mampu tersenyum.. Dia cepat perbetulkan tudung dia, mampu tertunduk sambil menjeling aku..

Aku: Along.. Along.. ( Aku sentuh bahu dia time ni ,tapi dia hanya diam tertunduk )

Aku : Along..ni Dhia la.. Along masih ingt Dhia? Along.. Apa da terjadi ni?

Along : Maaf.. aku tak kenal hg (Along bangun dari tempat seolah mahu lari dari aku, aku ikut dia jalan laju2 mahu tahu apa yang terjadi kepada mereka sekeluarga )

Aku : Along tolong berhenti!! Berhenti !! Mana mak aku along !! Along!! (Along time ni berhenti seribu langkah time aku jerit tu, ya mmg aku jerit agak kuat bagi impak kepada along supaya dia berhenti, abis orang sekeliling tengok da drama aku time ni , maluuuuu kot )

Along : Hg nak apa dari aku? Aku da takde pape lagi.. Aku da hilang semuanya.. Hg menang.. Tolong aku merayu jangan kacau hidup aku.. Aku minta maaf atas dosa yang aku pernah aku buat kt hg dulu2.. ( Along berdiri tegak atas sinaran matahari time ni )

Aku : Aku tak cakap pape pon kt hg.. Hg relax sudah la.. Ke nak aku tangkap hg boh dalam lokap, mau ka? Kalau hg takmau ikut cakap aku baik2 ( Hahaha, Kali ni aku perbdohkan dia seperti aku ni polis, aku ada tujuan kenap aku ckap berlagak ala polis, nnt aku terangkan kt hampa ok )

Along : Hg polis ka? OK aku ikut cakap hg, hg nak aku buat apa? ( Along time ni muka takut dan tertunduk )

Aku : Ikut aku p lepak mamak seberang jalan sana nuuu.. aku banyak benda nak ckp dengan hg.. ( aku pluk bahu dia dan bawa dia p kedai mamak seberang )

Sampai je kt kedai mamak, aku oder kan along teh tarik dengan roti telur bawang kegemaran along time kecik2 dulu dengan telur separuh masak. Dulu along ni kalau 15 tahun dulu mmg dia suka sgt roti telur dan teh tarik, selalu 2 keping dia akan makan..

Hari ni aku oder 2 keping juga bagi dia makan.. meleleh air mata dia jatuh dalam roti canai..berjujuran air mata lg laju bila aku mintak mamak tu tambah roti kt along.. Sambil makan along menangis.. Aku tahu along kelaparan, sebab cara dia makan mmg nampak lahap

Along : Awat hg buat aku mcm ni ? Da mcm2 aku buat kt hg..awat hg layan aku mcm ni.. ( Along masih menangis )

Aku : Along makan ja dulu.. aku tak nak hg rasa apa yang pernah aku rasa dulu.. hg makan ..hg relax.. nnt kita sembang noh.. kalau hg nak tambah, hg oder ja.. aku ada ni..

Along mengangguk kepala..habis dia makan..aku mula tnya dia seperti lagak seorang polis.. sebenarnya apa yang da berlaku dekat keluarga sana.. Mana mama, mana pakcik mana adik smua.. Macam smua boleh terjadi macam ni..

Along mula start cerita dimana ayah mereka yang aku pakcik selama ini ada buat pinjaman dngn along time tu konon nya nak berbisnes untuk tambah hasil pendapatan keluarga. Menurut along, pakcik buat pinjaman lebih kurang 100k. Ya, pakcik buka bisnes cyber cafe time ni berdekatan rumah kami.

Untuk pengetahuan korang, zaman ni mmg zaman cybercafe.. internet masih terhad.. So bisnes cyber cafe ni berjalan dengan lancar. Hidup mereka sekeluarga berubah.. dari dulu yang cukup makan tapi da mampu shopping dan tukar kereta mewah.

Pakcik upah pekerja dalam 3 orang untuk uruskan cyber cafe termasuk la kewangan harian. Pakcik ataupun along akan datang ambil collection sahaja setiap hari.. Menurut along time ni memang mewah sgt kehidupan mereka. Opss along ada bagi tahu mama time ni dah berhenti kerja.. Allahu sayangnya..sebab mama da bekerja lebih kurang 15 tahun time tu dekat compny yang sama..

Tp tu la kan bisnes pakcik makin maju dan mama disuruh berhenti dan jadi suri rumah sahaja.. Perniagaan pakcik turut berkembang hingga buka tidak siapa pon yang tahu bises gelap pakcik di sebalik cyber cafe ni.

Along da menangis trok time ni sebab rindu kan ayah dia..dan masih terkenangkan kenangan lampau..ok sambung balik..bisnes gelap di sebalik cyber cafe ini ada ruang bilik khas untuk orag main mesin kuda.. hampa tao kot kan mesin kuda tu apa? mesin kuda mesin jdi hram..

Sehingga lah suatu hari polis datang ambush cyber cafe pakcik.. segalanya kantoi disini.. segala rezki yang pakcik bangga kan sblum ni akhirnya kantoi..semua mesin, komputer, kedai disita oleh pihak berkuasa.. Paling menyedihkan kedai ni operasa secara hram..tiada lesen..Allahu..semuanya terbongkar..

Pakcik kena tangkap time ni, polis serbu rumah time ni seperti pakcik seorang penjnayah.. ( Bagi aku mmg melampau sgt da kelakuan pakcik dan mmg dikategorikn penjnayah da pon ). Kereta, wang simpanan dalam bank semua disita oleh pihak berkuasa time ni untuk proses siasatan dijalankan.

Time ni semua ahli keluarga pakcik termasuk mama seperti hilang arah, hilang arah tuju kemana hendak dituju selepas pakcik ditangkap. Kedai da tak boleh operasi. Mama time tu berusha untk jamin pakcik keluar , tapi sesuatu yang dashat dan hebat berlaku dan memang tak dijangkakan.

Hampa nak tao apa dah jadi. Wang sepatutnya pakcik bayar dekat ahlong tiap2 bulan, DIA TAK BAYAR!!! sebab perjanjian selepas 6 bulan baru pakcik akan bayar 2kali ganda selepas perniagaan dijalankan. Masalahya bisnes baru dijalan kan 3 bulan. Da jahanam.

Mama terduduk menangis seperti orang gla di bank bila tgk baki bisnes hanya tinggal 500. Apa yang dia perlu buat dalam masa ini. Dan time ni, seluaruh ahli keluarga pakcik buat investement dengan pusat jdi diseluruh pelusuk negeri kedah. Tapi belum sempat keuntgan ni dipulangkan pakcik da kena tangkap.

Mama time muka da macam orang gla. Mama menjerit sorang2 di tengah jalan. Mama pulang dalam keadaan stress sgt time tu. Along pula time baru balik dari camping dengan kwn2 sekolah. Habis semua rakan2 tahu yang pakcik kena tangkap.

Aku : Habis tu hg dok mana la ni along??

Along : Tu bawah jambatan tu, kadang2 aku lepak kt maybank sehari semalam. aku nak mandi baru p tandas.

Opss sebelum terlupa, segala rumah, kereta, aset pakcik , ahlong ambil semua..1 sen pon mereka tak lepaskan dkt keluarga pakcik. kena halau lagi ada la..

Aku : Habis tu mama aku mana sekarang?? Mana MAMA aku along?? MANA MAMA!!!!!!!

Along hanya terdiam dan gelengkan kepala. Tiba2 air mata along berjujran kembali membasahi pipi. ”

Along: MAAKAN AKU DHIA .. MAAFKAN AKU DHIA..

Aku: Hg jgn main2 along, mana mama aku!!!

Da panjang sangat aku taip tengah hari ni..Nanti petang2 sikit aku sambung cerita duka lara aku ni dimana mama aku seterusnya..Aku nak masak kejap,yang mana pembaca nak tahu apa terjadi,mohon korang komen next episod ,supaya aku pmbkar sgt nak cerita knngan lalu aku..Bagi kornag yang tak ikuti episid 1 boleh baca diruang komen.