Aiman ni pendiam. Aku pula gadis mulut b0ntot ayam. Sejak Kitorang buat benda “gila” dlm kereta, Aiman mula banyak bercakap.

Luahan hati aku yang sudah tak tertanggung dan aku harap dapat serba sedikit jawapan daripada pembaca sekalian.

Suka aku ingin mengenalkan diri aku. Aku Maya berumur 25 tahun dan sudah tamat pengajian. Aku bukanlah seorang yang pandai mengatur ayat jadi aku harap kalian sudi membaca tanpa jemu dan cemuhan haha.

Pada 2017, aku telah berkenalan dengan seorang lelaki melalui satu apps mencari kawan. Pada waktu tu aku tengah praktikal dan duduk menyewa dengan kawan sama praktikalku. Ok, berbalik kepada detik perkenalan aku dengan lelaki aku gelarkan Aiman. Dia mula menegurku di apps tu aku mula malas melayan. Tapi tiba tiba jari ni laju je tereply text dia.

Time tu pun aku tengah bosan so aku pun just layan jelah. Aku sebenarnya malas nak layan apps kenal cari kawan ni sebab bagi aku semua tak kemana. So bila aku dah malas tu aku taknak layan lelaki tu aku terus ajak jumpa haha. Padahal baru tegur dah ajak jumpa.

Giila tak giila aku ni. Aku fikir lelaki ni bila aku ajak jumpa terus mesti dia stop text aku. Tapi sangkaan aku meleset bila dia on untuk jumpa aku. Aku pulak yang gelabah!

So kitorang jumpa. First impression aku masa jumpa Aiman. Emm, yang pasti bukan taste aku haha. Aiman ni lelaki yang pendiam so aku dah lepu masa jumpa dia tak cakap pape. Oh lupa nak bgtau.

Aiman stay bangi aku menyewa di Seremban sebab aku praktikal kat Seremban. Ok, berbalik pada Aiman. So aku start berbasa basi memulakan topik borak dengan diam.

Sebab dia diam aku diam apa je yang dapat. Jumpa pun tak formal tak lepak kedai makan ke apa just lepak dalam kereta siar siar bandar Seremban itu je. Dalam hati aku cakap lelaki ni tak suka lepak dengan aku agaknya.

Diam je sepatah aku tanya sepatah dia jawab. Aku ni jenis bontot ayam bercakap je. Sampaila dia cakap ok jom balik. Aku pun yes! Finally.

Dipendekkan cerita. Sejak first pertemuan kebesokkan hari tu dia ajak lagi lepak. Besok , besok dan besok. Korang bayangkan dari Bangi ke Seremban. Dengan status dia student medic yang super duper busy tapi still ajak melepak. Macam mana aku tau dia student medic?

Sebab dia gantung kad pelajar dia kat kereta. Buku buku media dia sepah sana sini dalam kereta. Aku mulanya nak melepak dengan dia sebab yelah. Takan first jumpa terus aku diamkan diri kan.

Mesti dia rasa palat g1la or rasa diri dia teruk sangat ke sampai aku diamkan diri kan. So aku just lepak jelah sampailah hari hari dah lepak aku mula sukakan dia.

Aiman bagi aku lelaki yang baik. Dia sentiasa mendengar mulut b0ntot ayam aku bercerita. Dari hari first aku kenal dia seorang yang pendiam sampaila dia dah mula banyak cakap. Mulut semakin membertih jagung.

Membahan aku pun dah semakin pandai. Ya, aku senang dengan perubahan dia. Atleast dia tak lepu je macam hari first kitorang jumpa. And duit minyak dia takan membazir datang jumpa aku, haha.

Sepanjang perkenalan kitorang banyak benda b0doh kitorang buat. Terlalu banyak. Kitorang umpama dua orang budak terencat yang bahagia. Pernah satu ketika aku beli mercun pop pop tu. Dalam kereta aku kenakan orang aku baling mercun tu dan dia pun ikut kenakan orang.

Moment itu bagi aku sangat bahagia. Even aku dengan dia masa tu dah tahap mak bapak orang sebab dua dua dah 24 tahun tapi siapa peduli. Asalkan kitorang happy haha.

Hari demi hari dilalui. Aku nampak Aiman cuba bahagiakan aku. Apa yang aku cakap mesti dia tunaikan. Permah satu ketika aku rindu adik aku yang kerja di Kedah. Tetiba dia cakap jom pergi Kedah! Terlalu banyaklah.

Apa yang aku cakap mesti dia seboleh mungkin tunaikan. Ya, aku dah jatuh hati dengan Aiman bukan sebab dia buat semua ni tapi aku suka dia apa adanya dia.

Cuma aku. Aku selalu layan dia acuh tak acuh. Time jumpa aku okay tapi time ws. Dia ws aku 3 4 jam bahkan lebih baru aku reply. Aku bukan apa. Aku jadi takut sebab dia baru kenal aku dah buat banyak untuk aku. Aku takut aku sayang dia and endup aku kecewa.

Yelah, dia budak medic aku just belaja kemahiran je. Aku rasa rendah diri. Dia pun dari keluarga yang berada juga dengan background siblings dia semua doktor and engineer. Korang paham tak perasaan rendah diri aku tu? Dia selalu cakap aku tak appreciate apa dia buat untuk aku. Bukan tak appreciate cuma aku takut. Tapi dia tak paham..

Masa meniti masa sampailah tahun ni kitorang masih lagi seperti dulu. Bila dia free je dia ajak aku jumpa. Padahal ini tahun last dia belaja. Aku dah cakap dengan dia aku taknak ganggu dia. Nak nak dia kena repeat paper tapi dia still nak jumpa aku bila ada masa free.

Aku takut sebab aku dia tak lepas paper dia. Dahla dia dah dua kali repeat. Setiap kali result keluar and dia kena repeat dia menangis kat aku. Aku menenangkan dia.

Dia cakap dia dah penat belaja sebab kawan batch dia semua dah kerja. Dia je yang asek repeat paper. Aku cuba tenangkan dia. Sampailah dia nak resit paper dia repeat. Macam biasa aku akan wish dia apa semua. Dia cakap nanti dapar result dia akan share dengan aku.

Hari result dia aku tunggu gak dia share dengan aku result dia tapi takde. Aku positif je mungkin dia nak masa. Sampai dua hari dia diam aku tanya ws dia tanya kenapa. Result macam mana?

Dia cakap dia akan share result bila jumpa aku nanti. Tapi time tu aku busy tak membolehkan aku untuk jumpa dia. Bila aku tanya taknak share result through ws dia cakap taknak. Jangan asek cakap pasal result.

Aku dah boleh agak kalini dia fail lagi. Tapi dia ws aku macam biasa. Cakap dia rindu minta selfie aku. Tapi aku tak bagi bukan apa takde mud nak selfie. Bagi aku dah selalu jumpa kenapa kena selfie kan?

Dia still ws aku macam biasa tapi aku ni taktaula apa yang berada dalam kepala otak aku. Aku ni overthinking rasa dia tak sayang aku. So aku nak jeleskan dia aku post story througj ws. Story aku konon dapat teddy bear. Dia tanya aku sapa bagi. Aku jawab kawan. Dia tanya kawan mana aku cakap kawan laki aku. Em. Kenapa lah aku bertindal bod0h macamtu.

Ada sekali tu aku dah tak busy aku ajak dia jumpa besok. Dia okay. Besok aku dah roger dia pagi sebab kitorang nak jumpa petang. Sampai petang dia tak roger aku or reply ws aku, aku gerak sangat aku marah dia cakap itu ini itu ini.

Itula detik dia mendiamkan diri since aku marah kenapa tak roger aku kalau tak jadi jumpa pun. Dia hanya bluetick. Sampai sekarang aku tatau kenapa dia tiba tiba diamkan diri. Sekarang dah seminggu dia diamkan diri.

Oh ya, before tu dia ada belikan aku iphone 8 sebab dia cakap dia kesian dengan aku guna phone lama. Aku taknak terima tapi dia cakap takpe. Tapi itulah aku pelik kenapa dia diam tiba tiba.

Aku ws dia hanya bluetick. Korang rasa kenapa dia diam tiba tiba sedangkan before tu dia okay. Dia cakap dia rindu aku sebab tu dia sedih marah semua ada. Tapi kenapa dia diam? Aku tertanya tanya. Bantulah akuuuu. via edisiharian