Ak stopkan cinta trlarang aku, berkahwin tapi xsampai setahun kawin suami sah ngandung anak lain.

Ya memang aku agak bod0h,aku tertipu dengan kenikmatan dunia,aku alpa,aku leka,aku dusta,aku sampah tapi aku harap ade yang masih boleh membantu aku untuk berubah Sebab aku tak kuat sorang2. Aku dah tinggalkan cinta terlarang demi cintaku pada Allah. Aku dah bertaubat.

Segala yang berlaku bukan salah ibu bapa aku. Mereka didik aku dengan agama yang cukup. Dan sentiasa suruh aku menjaga solat. Aku s4kit dengan keputusan aku meningggalkan orang yang aku sayang tapi aku kuatkan hati demi redha Allah. Aku tinggalkan cinta terlarang (perempuan) Dan aku berkahwin. Baca lah puisi dibawah dan anda akan tahu apa yang aku lalui.

Hakikat nya bukan aku pinta untuk begini,Menyayangi sesama sendiri,Bukan niat melawan hukum Ilahi,Perasaan ini hadir sendiri,tanpa aku sedari,Hadir dengan sepenuh hati,Seandai nya kau mampu untuk aku kahwini, Sudah pasti aku akan turuti,Menjadikan dirimu yang halal di sisi,Sudah ku cuba untuk berubah,Menerima insan seperti yang terlumrah,Ku paksa hati berpaling arah,Walaupun pedih aku redah,Demi mencari cinta Allah.

Untuk menjaga Nama mak Dan abah.Hari kian Hari ku Cuba menyayangi insan bergelar lelaki, Namun aku sendiri tidak pasti, Hati kosong seperti baldi, Baldi yang tidak berisi. Sayang seandainya kau tahu apa yang ku rasa, Kau pasti Akan kecewa, Meningglkan diri mu tanpa rela,Sedangkan aku juga merana, Aku sendiri tidak menduga, Namun aku terpaksa, Hati ku perih dan terluuka, Namun aku tak terdaya, Aku terpaksa menerima, Menerima seseorang yang bukan aku pinta.

Aku perempuan berumur 20an lepas aku putus dengan cinta terlarang aku demi untuk berubah aku decide terima kawan lelaki yang aku kenal 8tahun dekat PLKN dengan harapan dia boleh bimbing aku dan Imam aku.Nama dia Iz Aku anggap dia kawan tapi aku tau Iz suka aku. Hampir Setiap malam iz hantar makanan kat aku selama kat PLKN.Lepas habis kat PLKN aku sambung belajar Iz pun sama tapi kami masih contact. 8tahun kenal Iz then Iz decide nak hantar rombongan. Aku pun terima lah mana tau lepas kahwin aku jatuh cinta dengan Iz.

Selama kami berkawan aku selalu share semua Story dengan Iz. Sebelum kahwin iz dah tau aku siapa. Memandangkan dah lama kenal aku ingat iz faham aku tapi rupa2nya lepas kahwin jadi lain. Selalu bergaduh Sebab aku sibuk dengan kerja dan Iz selalu ungkit masa silam aku. Lepas berkahwin aku takpernah lagi contact cinta terlarang aku. Sebab aku betul2 nak berubah .

Iz pun buat wasap web dekat fon tapi aku tak kisah.Untuk pengetahuan aku ni jenis suka kerja. Sebenarnya suka tak suka aku kena kerja keras Sebab banyak komitmen. Semua ni aku beli sebelum aku kahwin dengan Iz. Aku cakap dengan Iz aku boleh je berhenti kerja dan fokus pada dia tapi siapa nak bayar rumah,kereta atas nama aku dan lagipun setiap bulan aku bagi duit belanja dekat mak ayah dan mertua.

Dan lepas 3bulan kahwin aku kesian tengok iz pergi kerja dengan motor kekadang hujan So aku beli kereta untuk dia ,deposit dan bulan2 aku yang bayar. Bila aku tanya siapa nak bayar semua ni dia takboleh jawap. Disebabkan selalu gaduh Then dia pun nampak macam dah lain Suatu hari aku terdetik nak check phone dia. Masa dia pergi mandi aku ambil fon dia Memandangkan pasword dia masih sama jadi aku nampak semua mesej2 dia dengan sorang perempuan yang selalu datang tempat kerja dia,aku baca mesej2 diorang dah mcm laki bini.

Dari situ aku tau laki aku berz1na. Aku tak terus mengamuk walaupun hati aku s4kit aku fikir mungkin salah aku takpandai layan dia. Memandangkan kami pun baru berkahwin TAKsampai 6bulan jadi aku belum ade tanda2 pregnant ke ape. So aku cakap dengan dia.

Kalau perempuan tu boleh buat awak bahagia awak kahwin lah dengan dia. Tapi dia cakap dia taknak dia sayang dan cinta aku sorang je. Tapi cinta ape benda kat belakang aku kau curang. Time aku dah mula rasa cinta dia buat hal. Lepas dari tu hati aku rasa kosong dan hubungan aku dengan dia jadi hambar je.

Suatu hari dia balik dari keje dia nak pinjam duit 1000 dengan aku dia cakap mak dia nak pakai duit aku pelik Sebab setiap bulan aku hantar duit bagi mertua aku. Besok nya aku call mak dia aku tanya tapi mak dia cakap mak takde minta duit pun dengan dia. Aku ape lagi terus call dia akhirnya dia mengaku dia nak duit tu Sebab perempuan tu mengandung dan nak gugurkan anak dalam kandungan.

Aku mengucap panjang. takthu nak cakap ape. Aku tarik nafas dalam2 aku cakap TAKpe aku boleh sara perempuan tu masa dia mengandung sampai dia lahir kan anak. Bil hospital semua aku bayar Jaga lah anak tu elok2 Sebab dia tak berdosa.Cuma satu je aku minta ceraikan aku Sebab aku kahwin dengan kau aku nak berubah dan aku harap kau boleh bimbing aku tapi sebaliknya malah kau berz1ne sampai perempuan tu mengandung anak luar nikah.

Aku bawa semua bukti pergi mahkamah. Aku tak bagitau family’s dia atau Pada kawan2 aku sekalipun punca kami berpisah Sebab aku nak jaga Aib dia. Selepas sah bercerai dengan talak 1, aku kembali hidup sorang. Aku sunyi tapi aku kuat kan hati untuk terus berubah. Doakan aku kuat dan Hadir seseorang yang boleh bawa aku ke jalan Allah..