Aku hairan lps bercerai, mama kerap panjat bukit smpai xreti balik rumah. Suatu hari aku ngintai bilik mama. Aku masuk je terus.

Harini aku ditinggalkan lagi berdua bersama adik di rumah. Lepas balik dari sekolah, Kak Lin (pemandu van) bagitahu aku mama tinggalkan pesanan kepadanya bahawa mama pergi hiking. Kunci rumah kat tempat biasa. Aku dah biasa dah dengan semua ni.

Dulu masa papa belum lagi bercrai dengan mama, mama sangat prihatin jaga kami. Makan minum cukup. Dulu walaupun mama kerja, dia sanggup bangun awal pagi siapkan breakfast untuk kami semua. Tapi semua dah berubah. Lepas mama balik kerja, dia mesti keluar pergi hiking. Kadang-kadang tak balik, aku tak tahu mama tidur mana.

“mama, mama tak balik ke? mama tidur mana?” pernah aku tanya. “mama balik esok,” tu je mama balas.

Aku baru umur 17 tahun, ya nak spm. Adik aku 7 tahun. Jiwa aku kacau lepas mama berubah. Kadang-kadang tu aku mengadu kat papa pasal mama tapi papa langsung tak ambil endah. Nak mengadu kat siapa pun aku tak tahu. Adik? Adik tak tahu apa. Yang dia tahu, mama kerja. Sampai kalau mama nak pergi kerja pun, adik tak pernah merengek. Kalau aku yang hilang, adik meraung-raung menangis.

Pagi aku yang buatkan breakfast. Alah, breakfast simple je, roti dengan teh. Adik pun suka. Mama pulak siap2 terus pergi kerja. Macam kerja tu lagi penting dari hadap anak-anak dia. Kalau malam tu kadang2 kami adik-beradik tak makan pun. Kalau mama balik awal, dia beli lah jugak makanan kat luar.

Obses mama terhadap hiking tu, sampai setiap kali aku bukak fcebook je, mesti nampak mama pos gambar-gambar dia pergi hiking. Sakit tu memang sakit bila tengok, tapi apakan daya kalau tak ada mama, mesti aku merempat dengan adik.

Lepas setahun papa tinggalkan mama, aku jarang sekali nak luangkan masa berborak dengan mama berbanding dulu. Tu yang buat aku sedih sangat. Tambah lagi, mama banyak beli barang set hiking. Kalau murah tak apa, tapi semua nak branded. Tahan lama katanya. Walhal kami asyik pakai recycle punya baju. Nasib badan aku tak berubah.

Satu haritu aku intai la bilik mama. Aku masuk terus. Dah lama aku tak masuk bilik mama. Kalau dulu aku selalu nak menempel dengan mama tapi sekarang tak. Aku perhati sekeliling bilik mama. Memang ada aura orang yang gigih nak bersukan haha. Aku perasan banyak barang set2 nak kuruskan badan. Baju slimming fit, alat senam dan lain.

Ya, dulu mama badan berisi sebelum bercerai dengan papa. Sekarang, kurus lidi sangat. Aku nak mama yang dulu. Tak kisah pun pasal semua ni. Tapi sekarang banyak berubah. Ada satu malam aku tanya mama, kenapa mama gigih nak pergi hiking semua ni? Kenapa nak sangat kurus?

“Dengan hiking la mama nak hilangkan rasa sakit. Dengan hiking la mama taknak suami mama pandang rendah kat mama. Sakit tau wawa. Ingat mama tak boleh kurus ke? Tengok mama dah kurus,” kata mama.

Tapi mama abaikan kami. Kami sakit mama. Aku rindu mama yang dulu :'(

Antara komen netizen :

Jurina Abdul Hamid –Kesian adik … dahla nak SPM… kena slow talk dari hati ke hati dengan mama awak…kdg mak2 ni punya tekad nak berubah lepas laki buat hal, lain mcm sikit….mgkn dia terleka dalam mengubati duka…apapun congrats sebab jd kakak yang baik pd adik… good luck for ur SPM dik.

Myza Ahmad –Salahkan bapak kau dik . Kalau tak kerana mulut bapak kau, mak kau xjadi mcm tu. Sakit dihina, disindir, dikutuk, dibeza bezakan.

Cahaya Kehidupan –Wawa. Jaga diri awak dan adik tu elok2. Jika mama dh tak endah. Awak jgn balas dengan buat perkara bukan2 ye dik. Cth melepak, berkawan dengan orang yang ambik kesempatan ke. Sian awak. Lg kesian kt adik. Yang dia tau dia berlindung drbkasih seorg kakak. Tanpa mama dan ayah.

Azah Zamir –Mama awak x salah, AYAH awak yang slh. nnt awak dah besar, dah berkahwin..awak Akan fhm knp mama awak jd mcm tu.

Atiqah Kamisruddin –satu je nak cakap , konflik orang dewasa . anak jadi manggsa . selfish kan orang dewasa ni ? kesian confessor . remaja cuma 17 tahun , adik cuma 7 tahun . patutnya umur2 macamni perlu disuburkan dengan kasih sayang oleh ibubapanya walau dah bercerai . anak anak ni amanah.

Fatin Iffi –Nak salahkan mak die pun xleh.. support system mak die kurang.. mmg kesian dekat anak².. lg bab1 bapak kandung pun buat xheran dengan anak² bila anak ngadu.. lagi bab1 kalau ade jantan mekak kate dh kne cerai baru sebok nak kurus.. ko kate laki lurus xcakap die xtaw pempuan nak ape, abis apesal bekas laki pun xckp n x support nak bini kurus n solid.. ex bini tu dh kemurungan n mental tu pasal jd gitu..

Buat adik (wawa) moga adik kuat n jaga adik awak baik².. doa banyak² moga mama awak kuat n sedar.. n jgn tkt untuk terus terang dengan mama.. moga awak, adik n mama awak lebih bahagia lepas ni.. belajar rajin² ye n jd anak yang baik .

Hazirah Hamzah –Sabarlah. Adik jangan nampak mama yang salah. sebenarnya ayah adik lah yang paling besar kesalahannya. Mama taknak nanges depan adik, sebab tu mama pergi hiking. Mama juga sedih dan terabai. Mama sakit tapi diam2 je. Kasihan mama. Akhirnya mama juga yang salah. Papa tak pernah salah. Nanti adik dah makin dewasa, adik akan faham semua tu..

Natasya –Sebenarnya mak dia tu lari dari rasa sakit dia. Sakit sehingga dia tak perasan dia sakitkan anak dia sendiri. Symptom depression tp deny dengan cara sakitkan diri pada kesakitan fizikal. Nampak ok tapi tidak. Sebab apa? Tiada sensitiviti pada emosi sendiri dan orang lain terutama anak.

Confessor kena luahan benda ni kt mak dia. Try berkawan semula dengan mak. Lepastu cuba explain yang korang beradik rasa terabai. Buat ayat sedih sikit, bagi dia touching. Only need one step to touch others’ heart. Confessor keep strong

Rara Rasat –Sebenarnya bila dikecewakan, anxiety level very high…jantung mcm nak meletup. heart palpitations laju…blh kena depression lagi. Worst su1cidal.And it sometimes takes years to heal a broken heart.

Confessor dah nak amik spm,cer estimate umur mak dia berapa….betapa lama mak dia dah sacrifice untuk anak n suami…so jgn just blame mak dia. Ayat senang mmg la nak kuruskan badan semua tapi hakikatnya dia nak diversion. Degupan jantung laju tu blh dikurangkan dengan bersukan. Bila hiking ada kepuasan dia,boleh lupa kesedihan dia.

Confessor sabarlah ya. Cuba rapatkan diri balik bila mak ada. Peluk dia…Ingatkan kewujudan anda dalam hidup dia…

– Wawa via iiumc Kredit : edisiharian

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq