Isteri secara mengejut xsedarkan diri sambil jerit-jerit sebut “Nape ko tinggalkan aku?. Nape ko syg sgt bini ko tu?”. Sisi gelap kerani lps apa yg terjadi.

Dengan bermacam medium media sosiial yang ada di zaman sekarang ini sedikit banyak telah banyak membantu pengguna media sosiial untuk berhubungan dengan sesiapa atau memperlihatkan kebahagiaan keluarga kepada orang lain.

Akibat dari perkara itu mungkin ada individu yang menyalah tafsirkan sehingga rasa dengki dan benci menjadi dasar sebagai jalan menghancurkan keluarga kita hingga menjadi hancur.

Perkara ituah yang berlaku pada seorang pengguna media sosial yang mengongsikan kisahnya di page krt dimana beliau mengatakan bahwa dia selalu menceritakan kebaikan isterinya pada rekan rekan namun dalam diam ada yang tidak berpuas hati,berikut kisahnya.

Assalamualaikum…

Saya adalah seorg suami dan bapa kepada 4 orang anak. Tujuan saya menulis di ruangan ini dan menceritakan pengalaman saya sebagai pengajaran dan pedoman kepada suami2 di luar sana yang sibuk mencari ‘spare part’ hiburan di luar.

Saya sudah mendirikan rumahtangga selama hampir 15 thn dan dikurniakan 4 orang cahayamata. Isteri saya seorang yang bekerjaya dan kami mmg saling menyayangi di antara satu sama lain sehinggalah pd suatu pagi seorg kerani di tempat kerja saya telah menanyakan kabar saya yang tidak sihat.

Saya mmg tidak pernah menyimpan mana2 no telefon perempuan lain kecuali seorg lg kerani lain untuk memudahkan urusan kerja. Isteri saya ni mmg kuat 6th sense dia. Dia boleh hidu dan syak tu bukan kwn2 perempuan yang dia kenal. Saya pun bgtahu yang saya tak kenal(sebab mmg saya tak.kenal)….isteri saya pun diam. sehinggalah bila saya kembali semula bekerja si kerani ni tanya kenapa tak balas sms dia. Saya kata saya taktahu sebab no dia not listed dalam fon contact saya.

Hubungan saya dan isteri mmg baik, mesra dan isteri saya mmg seorg yang periang. Tanggungjawab dia pd saya dan anak2 mmg tak dilupakan. Dan saya selalu bgtahu pd kwn2 saya bahawa isteri saya mmg tiada galang gantinya. Jika ditakdirkan saya beristeri lg…itu cuma akan terjadi jika isteri saya sudah meningggal dunia. Itupun pd saya mustahil ada wanita yang dpt menggantikan tempatnya. Rupanya kenyataan saya telah menimbulkan rasa tak puas hati kerani tersebut.

Pda suatu hari si kerani tersebut dapat kerja di KL maka dia berhijrahlah. Saya mmg jenis peramah suka bertanyakan kabar kwn2 lelaki mahupun perempuan. Tua mahupun muda. Saya pun saja sms untuk bertanyakan kabar. Demi Allah tiada sekelumit pun rasa saya suka atau cintakan kerani tersebut. Sejak kerani itu selalu menghubung saya dan akhirnya tanpa saya sedari si kerani tersebut memanggil saya dengan panggilan ‘sayang’.

Saya pun terkedu pd mulanya. Yelah dh orang panggil kita sayangkan…maknanya saham saya laku lg. Hubungan dengan isteri masih baik sehingga tiba hari raya kerani tersebut menghubungi saya dan bertanyakan bila saya mahu berkunjung ke rumahnya untuk beraya. Saya tak tahu seprti ada sesuatu yang mendesak saya untuk pegi..syy pg ditemani dengan anak saya.

Lama kelamaan isteri dpt mencium perbuatan saya. Isteri suruh saya tukar no. Saya tukar en admin. Saya ikut segala permintaan isteri sebab saya sayangkan dia…. Dan yang peliknya saya tak tahu kuasa dari mana saya beli no lain dan hpon lain. Tp tak lama. Betullah orang kata naluri seorg isteri tu jgn dibuat main2. Saya tau isteri saya selalu berdoa…dan saya selalu mendengar dalam doanya ada tangisan. Hati saya pilu dgr esakan isteri saya tp ada sesuatu yang berbisik supaya membiarkan saja isteri saya.

Solat hajat, bacaan yasin dan akhir sekali bila tiba awal muharam isteri dan anak2 buat solat hajat. Dan di tak lama selepas itu rahsia terbongkar.

Bila isteri dpt tahu dia ajak saya pegi jumpa kerani tersebut. Saya ikut. Dalam kereta ke KL dia suruh saya lepaskan dia. Tp DEMI ALLAH saya SAYANGKAN ISTERI SY. Saya takkan lepaskan dia kecuali ajal yang memisahkan kami. Isteri saya mmg cerdik. Segala doa dia Allah makbulkan. Kami dpt jumpa kerani tersebut tp dia lari bila saya hampiri isteri saya. Seperti ada sesuatu yang disorokkannya. Kami pulang ke penang semula.

Sejak itu kepercayaan isteri pd saya mmg takdelah. Walau berkali2 saya ucapkan saya tiada apa2 hubungan ngan kerani tersebut..

Pada suatu hari ketika saya sedang solat dhuha isteri tiba2 tak sedarkan diri. Marah2 tak tentu hala. Saya bwk dia berjumpa dengan seorg ustaz berhampiran…sekali lg isteri saya diserang sambil menjerit2 “knp kau tinggalkan aku?, kenapa ko sayang sgt kat bini ko tu” berulang2 perkataan tersebut keluar. Ustaz tersebut bgtahu bahawa isteri saya telah disihir. Dan spt yang dijangka saya jg telah ‘diguna2′ oleh kerani tersebut.

Hampir 12 orang ustaz kami pegi tp sehingga sekarang keadaan isteri saya msh diganggu. Bermacam2 sihir dihantar kpd kami sehingga kini. Saya mmg menyesal admin. Menyesal teramat sangat. Sehingga kini kami masih di’ganggu’. Kami berdoa spy berikan kami kekuatan spy menghadapi ujian ini. Isteri saya sorg yang redha dan pasrah. Walaupun tubuh spt disiat dan diikat2 tp tanggungjawab tetap dilaksanakan.

Dan saya xsangka isteri msh blh mewakafkan al quran atas nama kerani trsbt semasa kami bercuti di langkawi baru2 ni. Terkedu saya. Saya tanya kenapa? Dia kata perempuan tu dh jauh terpesong. Kitalah yang kena betulkn aqidahnya. Dia x balas stiap perbuatan kerani tersebut sehingga saya plak yang kurang sabar.

Bila saya kata saya nak pulangkn semua sihir2 ni isteri saya kata takpayah. Tu semua saham akhirat dia. Biar pun sihir itulah penyebab sampainya ajal dia. Subhanallah…walaupn dh lama menderita.

Nasihat saya pd lelaki di luar sana jadiknlh kisah saya ni sebagai pengajaran. Jgn mdh tpedaya dengan wanita lain. Hati2lh tika berkwn. Jgn ada yang ambk ksempatan atas kprihatinan kt.

Pd perempuan2 di luar sana…jgnlah terdesak merosakkan umahtangga orang lain sebab kifarah Allah tu pasti ada

Pada kerani tersebut. Sedarlhh x bahagia mana pun kehidupan kamu dengan mnzaliimi isteri aku.
Sekian