Rasa mcm menumpang di rumah suami sendiri. Sy sedar, tahu bila suami kerap ckp rumah dia insted of rumah kita.

Setiap perkahwinan pasti ada pasang dan surutnya. Makin berumur, makin dah malas layan benda2 yang boleh menyebabkan pergaduhan. Saya dah berkahwin 10 tahun. Dalam tempoh ini. Saya pernah lalui perasaan kecewa yang amat sangat

Saya seorang yang independant. Bila berkahwin, suami over protective. Saya kena report nak ke mana mana. Bila suami terangkan itu kewajipan saya, saya ok la. Dia nak lindungi keselamatan saya, saya fikir. Bermula bila suami ibarat “menyekat” cita cita saya.

Saya bekerja, tapi suami tak senang jika kerjaya dan gaji saya melebihi dia. Hal ini tak diketahui mertua dan keluarga mertua. Mertua pula asyik bertanya kenapa kerjaya saya tak meningkat macam orang orang lain. how i tried to fulfill kehendak suami. And struggle with my inner desire.

Saya kena berbincang dengan suami bila nak buat apa apa keputusan. Kena buat keputusan bersama kononnya. Bila suami pulak, bagitau dia punya part. It just keputusan yeah dan bukan perbincangan pun. Pendapat saya tak diperlukan dan tak diterima. Later on saya sedar, saya kena berdiri pada kaki sendiri. Saya “kena” kerja. “kena” cari harta sendiri. Saya tak boleh bergantung pada suami. Saya sedar bila suami asyik cakap “rumah dia” , instead of “rumah kita”.

Saya terasa menumpang di rumah dia. Mertua juga sebut “rumah suami”. Oh this is serious. Saya tau saya akan merempat bila tak ada apa apa hubungan dengan suami nanti. Saya juga perasan suami agak kedekut dengan saya, tapi hal hal anak suami tak berkira. Sometimes i think i got jealous dengan anak. Nak dapat sehelai baju untuk saya pun susah.

Kemudian satu hari suami buat keputusan besar, without bincang dan saya diminta untuk memahami keadaannya. Kena ikut. Saya ikut. Saya pujuk hati saya, saya ikut. Saya positif dengan keputusan suami. Tapi one day bila saya nak buat keputusan, macam macam alasan suami bagi. Ini tak boleh. Itu tak boleh. Kenapa saya yang kena memahami tapi suami tak perlu memahami? Hati saya memberontak dan marah sebab rasa tidak adil. Kami mula kerap bergaduh. Tiap kali ok. Tiap kali tu gaduh balik.

Saya rasa dipenjara. Rimas. Tiap kali bergaduh, saya minta suami lepaskan saya. Actually, saya bukan benar benar nak bercerai. Saya cuma nak suami memahami dan tidak menekan saya lagi. No matter how i explained, suami tak akan faham.

Satu hari suami cakap dia tak akan lepaskan saya sampai bila bila. I can do whatever i want. Tapi dia tak akan ceraikan saya. Dia tak akan penuhi kehendak saya. Sakitnya waktu tu. suami tak ade pujuk saya. Dia firm dengan diri dia. Saya fikir kenapa dan kenapa macam ni

Dalam sakit, sedih, kecewa. saya minta izin keluar rumah. Bawa kereta macam orang sasau. Saya pujuk hati. Saya cuba jernihkan fikiran. Ni mainan syaitan. Ya tak syak lagi. Saya baca kuat kuat doa supaya dilindungi daripada syaitan. Dugaan saya bukannya wujud orang ketiga. Dugaan hati dan perasaan.

Alhamdulillah, hati saya tenang dan saya balik rumah. Pujuk suami, tenangkan hati dia. Setiap kali bergaduh, saya pujuk diri sendiri dan pujuk suami. Lama lama saya penat. rasa tak dihargai, tak diperlukan. Lemas dan rimas dengan perasaan ni

In recent years, bila rasa tak dipedulikan suami. Saya fikir, kalau saya tak sayang diri, siapa nak sayang saya. I take a long and deep thought. Then saya buat keputusan. Saya tak akan peduli lagi pasal orang lain. Saya akan buat apa yang saya suka dan bahagiakan diri saya.

Now setiap kali hari hari penting dalam hidup saya. Like my birthday dan anniversary. Saya akan bercuti sendiri. Buat surprise untuk diri sendiri, beli bunga, beli hadiah. I reward myself. Suami pula tak menghalang kalau saya bercuti. Kadang kadang dia buat ayat sedih konon sampai hati saya. bercuti sorang sorang. Tinggalkan dia. Tapi saya buat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Saya akan bagi syarat bila nak spend time together. Jangan bergaduh dan cari pasal. Kalau nak bergaduh, baik tak payah pergi atau buat apa apa langsung. I want to cherish good moment together. Bukan sebaliknya. Sekarang kami dah jarang bergaduh. Mungkin juga faktor usia. Sometimes i feel my life is dull. Kawan kawan dah tak ade sangat. Nasib bekerja. Ada jugak sorang officemate teman bersembang.

Saya dan suami jarang bercakap di rumah. Oh ye nak bercakap dengan suami, kena ada timing, saya tak boleh bercakap je. Nanti kena marah. Dan timing yang baik hanya suami yang tau.

Sebab tiap kali bercakap, asyik kena marah. So i dont know bila masa sesuai. Jadi boleh faham kan. Rasa terkongkong dan terpenjara ini sampai nak bercakap pun susah. dah la saya jenis bercakap. Not all time saya bercakap pun. I cannot live kalau tak berbual. takcakan nak berbual dengan dinding. kalau tak kerja, nak berbual dengan siapa.

Sekarang saya teruskan hidup macam biasa. Tidak terlalu bahagia. Tidak terlalu sengsara. Nak banding orang lain, ujian saya lebih kecil. Walaupun masa bila diuji, rasa nak meletup atau rasa batu besar menghempap jiwa. Kepada adik adik yang risau dan fikir soal jodoh. Hidup berumah tangga ni lebih banyak ragam. Ada pasang dan surutnya. It’s a commitment.

Bukannya bila tak suka, boleh simply tinggalkan. Perkahwinan adalah tanggungjawab. Mencintai adalah tanggungjawab. Tak ramai yang berjaya dan tak sikit yang fail. So fikir betul betul sebelum berumah tangga. Jangan fikir keseronokan sahaja. it’s a long sailing. Ada masa penat nak mengemudi. So chill, cherish moment hidup bujang ok?

Whatever yang dilalui saya tak menyesal. Ok tipu. Sikit tu ada la kadang kadang bila rasa, tapi tak banyak. Syukur kami dah lalui fasa 5-10 tu. Syukur atas kekurangan dan kelebihan suami. Syukur pada rezeki anak. Syukur pada perkahwinan. Syukur pada semuanya. Rasa syukur itu sendiri dah satu blessing buat diri saya. Kenapa nak fikir 10-20% yang kurang tu jika 80-90% adalah benda yang lebih baik untuk difikir.

Melainkan jika suami kaki pkul, kaki judi, penagih dad4h, melanggan pelcur dan segala dosa besar. Jika perkahwinan telah beri ancaman pada nyaawa, akal, keturunan. Bolehlah nak angkat kaki. Kepada yang sedang diuji, sabar dan tenanglah. Ambil masa untuk renungi diri. Cuba untuk kawal keadaan dan Count your blessings ok?

Kita sampai bila bila takkan tau apa akan berlaku pada hari esok. Tapi hari ini adalah pasti. Jadi raikan setiap hari dengan gembira. Ok? Apa kata anda? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq