Tersentak bila wife tanya “abg mmg takde nfsu dekat sy ke”, terus rasa brsalah sgt utk cerita yg sebenar terjadi kat diri aku

Terlebih dahulu,luahan ni bukan untuk dikecam sebagai peringatan kepada kita semua.luar nampak normal sebgai lelaki sado,dalaman hanya saya saja yang tahu.Moga doa kalian dapat saya istiqamah dalam mengharungi kehidupan ini.

Sebenarnya, saya adalah seorang lelaki g*y yang dah berkahwin. Jujur saya akui, saya tak de langsung nfsu kepada wanita. Dulu sebelum berkahwin, nfsu saya zero, sehinggakan wife saya perasan masa bernikah wajah saya beku, tak de perasaan dan nampak keterpaksaan, pernah ditanya oleh wife saya, “saya tiada nfsu kepada saya ke?” masatu, saya rasa bersalah sangat. Hanya Allah SWT yang tahu betapa saya rasa berd0sa…

Namun selepas lebih dari tiga tahun meningkatlah sikit rasa, adalah juga.Dalam perkahwinan saya yang merupakan lelaki g*y, masa bersama isteri adalah amat menyeksakan. Keterujaan tiada, nfsu langsung tak naik. Kasihan isteri saya, malah saya tak pernah mengucup isteri saya kerana sejak dulu, sebelum berkahwin, saya amat geli kepada perempuan sampai ciium bibir perempuan pun saya rasa geli.

Malah malam pertama perkahwinan kami sehingga beberapa minggu, saya gagal sebagai suami. Bayangkan apa yang saya rasa masatu, rasa maruah saya langsung tiada, rasa dayus bertingkat-tingkat, malah rasa saya lelaki paling tak guna.
Saya berkahwin atas aturan keluarga.

Paksa rela sebab saya satu-satunya cucu nenek yang belum berkahwin malah paling lambat kahwin. Saya kahwin usia yang agak lewat. Itupun atas permintaan terakhir nenek saya sebelum Allahyarhamah meningggal dunia.

Sebelum itu, saya tak percayakan perkahwinan disebabkan kenangan pahit kegagalan perkahwinan parent saya sejak saya kecil dan pada masa yang sama nfsu saya memang tiada kepada perempuan. Ditambah lagi, saya cukup anti perempuan gedik dan perempuan manja. Hahaha…typikal g*y sangat…

Latar belakang saya, saya lebih kurang sama macam kamu dik, berpendidikan agama juga, cuma saya dari sekolah agama, latarbelakang syariah dan Al Quran. Tahap pengajian agama saya sedetail sampai tahap ke level mana rotan diangkat masa merotan pesalah ziina pun saya tahu. Hahaha…

Dari segi rupa, ada orang cakap saya ni babyface dan comel, saya tak gemuk…badan slim fit sebab saya aktif gym dan pada masa yang sama seorang fitness instructor secara part time. Saya perasan ada rupa bila selalunya bila berkawan, kawan saya akan jadi obses sampai pernah satu tahap, saya pernah jadi manggsa pkul kawan yang nak miliki saya sebagai hak milik dia saja, tak de orang lain boleh berkawan dengan saya. Masatu hanya Allah SWT yang tahu betapa tertekannya saya cuba lari secara baik dari situasi itu.

Tapi itulah kenangan lama. Rupa saya dikata babyface kerana kulit saya yang licin malah lebih licin dari sesetengah perempuan. Saya amat menjaga penampilan.

Saya hidup dikelilingi ahli keluarga yang kuat agama dik. Mak saya amat tekankan Solat dan Al Quran dalam didikan. Adik beradik lelaki saya semuanya hafiz Al Quran. Tapi itulah, bila diri sendiri diuji dengan nfsu yang bukan pada tempatnya. Memang cabarannya amat menyeksakan.

Saya mula-mula perasan kepelikan kepada diri saya sejak saya berusia 7 tahun lagi, masa tu, saya tak boleh melihat lelaki pakai seluar kulit warna hitam atau bersubang, pasti teransang nfsu, glakan?…bila berkeadaan macamtu saya mula 0nani. Silap saya melayan perasaan songsang itu dengan 0nani sehingga nfsu songsang yang mulanya hanya sekadar suka sahaja menjadi nfsu yang tertanam teguh dalam diri, berakar.

Tapi saya masih dapat kawal diri dari terjebak dengan g*y s*x…sehinggalah di uni. Saya dicium secara curi oleh rakan seuni yang juga seorang g*y. Masatu saya tak sedar…saya menyesal sangat kerana lalai. Ciuman pertama saya adalah dengan lelaki dan itu sangat mengh1nakan.

Bila masuk zaman kerja…nfsu saya semakin membuak2, memberontak dan saya pertama kali terjebak pada usia 24 tahun. Sampai sekarang saya menyesal kerana pertama kali terjebak itu telah mengikat saya untuk menjadi ketagih walaupun terkawal namun keinginan untuk mengulangi perbuatan terkutuk itu sentiasa datang.

Saya pernah ada beberapa pasangan g*y saya sehingga saya akhirnya putus dengan exbf saya yang lama saya couple lebih dari 7 tahun sebelum saya nikah. Kami lebih kepada soul partner…cinta cinta saja…dan jarang s*x tapi d0sa tetap d0sa kerana perkara terkutuk itu tetap berlaku.

Kami berpisah for good sebab saya kena kahwin atas permintaan keluarga. Sorrylah, mungkin nampak klise tapi saya lama muhasabah dalam perkahwinan ini.

Itu sedikit sebanyak kisah saya, sekarang saya dah insaf dan betul2 menyesal atas d0sa besar saya yang lalu, walaupun nfsu songsang itu masih ada kuat serta sentiasa memberontak dalam diri, namun saya usaha kawal agar tidak kembali terjerumus.

Benda g*ys*x ni dik, sekali kita cuba, pasti akan ada yang ke dua, ke tiga dan seterusnya. Namun kalau ianya sekadar nfsu semata-mata, tapi kita tak pernah cuba buat g*y s*x, senang untuk dikawal rasa itu.

Dan kesilapan besar saya, saya telah terjerumus ke lembah h1na itu sehingga bertahun bergelumang dengan d0sa besar itu dik. D0sa g*y s*x ini d0sa besar dik, dan hukuman di bawah hukum hudud ialah buunuh tanpa belas. Namun saya sudah bertaubat walaupun masih struggle dalam mengawal nfsu dan mempertahankan hubungan s*ksual saya dalam perkahwinan saya ini. Nafkah zahir tiada masaalah tapi nafkah batin itu adalah suatu perjuangan saya dalam mendapat redha Allah SWT semula melalui perkahwinan ini.

Dalam menghadapi dunia g*y ini. Beberapa perkara saya perasan, hukuman Allah SWT datang dalam dua versi, istidraj dan hukuman cash.

Istidraj ialah bila kita tak dapat apa2 hukuman dari Allah SWT dalam pada kita masih melakukan d0sa kepada Allah SWT. Dalam kes g*y ini kita masih bergelumang dengan g*y s*x sehingga tiada apa2 yang berlaku kepada kita. Di sini ingatlah, semua itu berlaku kerana kemurkaan Allah SWT agar kita terus hanyut tanpa taubat sebelum dihumban ke neraka dan mti dalan penuh keh1naan.

Hukuman ke dua, dibayar cash dan saya adalah salah seorang daripadanya.

Dulu, pernah suatu ketika selepas saya buat lagi d0satu pada suatu hari, keesokannya saya accdent maaut yang mengakibatkan kucar kacir hidup saya kerana risaukan tindakan undang2. Selain itu pernah suatu waktu, lepas saya buat d0sa itu, saya dihukum secara tiba-tiba bila ke tempat kerja, saya diboikot oleh bos tanpa saya tahu sebabnya, rupanya wujuf fitnah tentang saya yang saya sendiri tak tahu rationalnya.

Semua itu amat menyukarkan hidup saya.Bila saya muhasabah diri, sampai bila saya nak jadi macamni. Dan bila saya berkahwin, saya usaha buang semua itu. Namun amat sukar, sebab bila kita nak bertaubat, pasti akan diuji oleh Allah SWT dengan d0sa yang sama misalnya tiba-tiba ada lelaki yang kita minta meluahkan rasa suka kepada kita…gla kan…kantoi balik…beberapa kali jadi macamtu masa sebelum kahwin.

Namun selepas kahwin saya terfikir. Usaha bina kekuatan, Saya kena stop semua d0sa ini, takkan saya nak terus jadi macamni? Apa akan jadi kalau anak2 saya jadi macam saya, boleh terimake? Saya takut sangat andai d0sa lalu saya menjadi khiarah untuk saya di hari tua, nauzubillah.

Itu satu, g*y s*x ini bermakna kita risikokan kehidupan isteri dan anak2 kita. Jangkitan H1V dan penyakit bawaan s*x lain serta maruah keluarga juga perlu diambil kira. Bagi yang bujang, maruah keluarga.

Bila seorang lelaki diketahui tidak merokok, tidak ambil dad4h malah bukan kaki perempuan, tiba2 terkena H1V. Bila orang tahu terutama keluarga, tiada lain yang akan difikirkan selain g*y. Khifarah lain kita tak tahu lagi. Banyak dik…semuanya merupakan londehan aib.

Dalam kehidupan saya sekarang, struggle saya ialah dalam menahan nfsu dan dalam s*ksual life saya dengan isteri. Saya akui, nfsu songsang ini memang tak boleh dibuang, tapi kita boleh kawal. Setakat ini berkesan jugalah. Antara cara saya termasuklah, banyakkan sedekah dik.

Misalnya melalui pemberian sedekah duit. Jika dalam dompet kita ada RM50, RM20, RM10, RM5 dan RM1, belajar beri duit RM yang paling kamu berat nak bagi dan paling kamu sayang dan dalam kes ini ialah RM50.

Kerana apa, sedekah paling berkesan kepada rohani dan jiwa ialah sedekah yang melibatkan benda yang kita paling sayang. Ketika menghulurkan duit atau sedekah itu, kita terus berdoa sambil berniat dalam hati atau menyatakan dimulut dengan memohon kepada Allah SWT dengan sedekah itu agar Allah sentiasa memberkati dan meredhai kita, memakbulkan setiap doa-doa kita, melindungi, memelihara serta meneguhkan iman kita dan semua orang Islam, dan menjauhkan kita dari g*y s*ks.

Kesan sedekah juga melibatkan impak positit kepada hati kita dik. Dalam hati yang berat, ego dan degil serta keras untuk memberi, dari sedekah itu, kita membelai hati kita dan kesannya hati mudah menjadi lembut dalam keterpaksaan dan sesalan kita memberi sedekah benda yang kita sayang, sedekah yang melibatkan perkara yang kita paling sayang ini boleh melunturkan rasa ego kita yang selama ini angkuh dalam sikap buruk kita dik.

Kebaikan sedekah ini melembutkan hati kita dalam melakukan kebaikan dan mengeraskan hati kita dari melakukan keburukan. Kita akan dibuka jalan oleh Allah SWT ke arah kebaikan. Kalau pun mungkin rasa songsang itu masih kuat, Allah SWT pasti beri kekuatan untuk kita bertahan, dan mengelak dari melakukan perkara terkutuk g*y s*x.

Misalnya wujudkan sikap malas untuk melayan g*y p0rn atau apa2 p0rn, lahirkan rasa malas mandi wajib dek kerana 0nani, rasa takut dan trauma penyakin A1DS dan jangkitan H1V. Timbulkan kes jangkitan sekeliling oleh orang yang kita kenal sebagai pengajaran perintan kepada kita agar JANGAN CUBA2 BUAT dan sebagainya.

Seterusnya, rapatkan hubungan kita dengan setiap ahli keluarga, mak ayah dan adik beradik, jangan berkira dengan mereka dan banyakkan sedekah dan memberi kepada mereka untuk tingkatkan rasa kasih dan sayang kita kepada mereka dan rasa tak sampai hati kita untuk melakukan perkara yang akhirnya mengecewakan mereka dan memalukan mereka semua.
Amalkan doa surah Al Mu’minun ayat 29 agar Allah SWT sentiasa melindungi kita dan menempatkan kita di tempat yang sepatutnya. Jadikan ayat itu sebagai zikir dik.

Amalkan zikir ini juga dik sebanyak 50 kali selepas setiap kali solat Fardu:

Ya Allah, Ya Mujib (Maha Memakbulkan)

Ya Allah, Ya Samii (Maha Mendengar)

Alhamdulillah…sekarangni saya dapat kawal rasa itu. Jalan taubat tak mudah dik bila dah terjebak. Namun selagi belum terjebak dengan g*y s*ks. Mudah sikit jalannya. Namun andai sudah terjebak, lain pula ujiannya.

Saya selalu terfikir…adakah d0sa besar saya sebelum ini diampuni? Diterimakah taubat saya?Bila dah buat g*y s*x sekali…perkara pertama yang kita rasa, kenikmatan solat akan ditarik dan itu yang saya alami dulu, ibadah akan terasa sia2 dan tak guna.

Kita tak rasa apa-apa dan rasa ringan untuk tinggalkan ibadah dik, Al Quran terasa makin jauh. Sebab itu ramai antara g*y yang aktif dalam dunia g*y s*ks terus hanyut, solat entah ke mana padahal sebelum itu dialah yang amat menjaga solatnya.

Solat itu tiang agama, tapi andai rasa untuk melaksanakannya hilang dan melebur, di manakah agama kita dik? Jika berkaitan d0sa besar lain, saya tak tahu apa yang akan dirasa sebagai natijahnya, tapi dalam d0sa besar g*y s*x, itu yang saya rasakan dan saya perhati majoriti lelaki g*y alami.

Apa yang saya takutkan dan bimbangkan sekarang ialah khifarah atas setiap d0sa yang saya lakukan dulu. Takut sangat dik…sekarang saya sentiasa usaha kuatkan diri dan tingkatkan amal ibadah. Bersama isteri, sayalah imam ketika solat, sayalah yang bagi tazkirah dan saya juga yang banyak bimbing isteri dalam agama dik seperti sepatutnya seorang lelaki bergelar suami untuk membimbing isterinya ke syurga. Namun saya selalu berfikir, aku bimbing isteriku ke syurga, tapi bila rasa jahat itu hadir, ke syurga jugakah aku? Di tambah dengan d0sa besar silam yang banyak…layakkah aku?

Apapun dik, jangan jadi macam saya, hidup saya sekarang ini dengan d0sa besar akibat amalan g*ys*x umpama menunggu hukuman. Ibadah dan taubat memang saya buat dik tapi keyakinan diterima itu kita sentiasa risau. Saya tawakal saja dalam penyesalan dik. Entahlaa…

Ingat dik dan sesiapa saja lelaki yang ada nfsu jahat ini, jangan sekali-kali mencuba g*y s*ks, kerana dari mencuba itu walau sekali akan bermulalah lembah hitam dalam hidup anda.

Saya sebagai pend0sa yang hanya menunggu hukuman, mohon sangat, jangan dekati dunia terlaknat itu…nasib saya hanya terletak kepada penerimaan taubat saya oleh Allah SWT. Andai taubat itu kali pertama dan tak diulang lagi d0sa itu, saya boleh yakin lagi, tapi andai berulang kali taubat dan berulang kali melakukannya lagi di zaman bujang dan rasa jahat itu sentiasa memberontak untuk keluar…adakah saya yakin akan selamat bila mti?

Itu saja, maaf andai luahan ini terlalu panjang. Moga memberi teladan kepada semua yang sudi membacanya. via kisah jalanan