Bini aku cantik,manja je, tp ada satu je prangai dia baran, penah tu lempar anak kami atas katil sebab yang tak boleh diterima.

Aku dah berkahwin dan bekerja di pantai timur,wife aku cantik manja dan lembut snagt cuma dia ada baran skit.Wife aku pun aku perasan dari sebelum kawin lagi. Dia ada baran sikit. Tapi xde la teruk. Even dah kawin pun, baran dia xteruk sampai baling barang. Cuma kalau once dh marah tu teruk la. Jarang jugak dia marah.

Kdg aku xdapat predict bila dia nak marah. Kadang bila aku cakap sesuatu tu dia xmarah, tiba2 hari lain aku cakap benda yang sama, kena marah. Sampai tak nak cakap, mogok tak nak makan la.

Masa lepas dia bersalin anak pertama, baran dia menjadi2. Dia tengking anak kami yang baru berapa bulan je sebab menangis. Mmg hilang mood aku tapi aku cuba paham sebab mood pompuan lepas bersalin kdg kelaut.

Aku tak pasti dia termasuk dalam fasa meroyan atau tak. Sebab jadi betul lepas habis pantang. Pernah jugak dia lempar anak kami atas tilam sebab nangis.

Masa pantang anak pertama pun mak mertua sku cerita, wife aku marah2 sebab baby terjaga mlam2 nangis. Maybe wife aku xbiasa. Aku pulak xda masatu sebab dh balik kerja. Aku tau wife aku stress duduk rumak mak aku. Wife aku dh biasa dari kecik mak mertua aku xbg tolong kat dapur sebab dapur rumah dorg sempit so mak mertua aku prefer masak sendiri.

Disebabkan setiap kali nak tolong mak wife xkasi, so wife aku jd malas nak ke dapur tolong2 memasak. Tapi wife aku and adik beradik dia semua pandai masak. Tapi semua jenis suka masuk dapur sorang2. Ko bagi la masak mee goreng 5kg pun, wife aku akan masak sorg2 and prepare sorg2. Tanpa mnx tlg orang dan tanpa mengharapkan pertolongan orang.

So bila duduk ngn mak aku ni, mak aku sebelum ni boleh je masak sendiri2. Tapi biasa la bila dh bwk wife duduk sama, mak aku expect wife dtg tolong2 potong bawang. Wife aku lack dia sebab dia xreti nak ambik hati. So dia dari awal duduk sini, dia awal2 je masuk tolong potong bawang. Lepas tu dia xbuat dah sebab dia rasa diri dia fake sgt kalau buat. Kata dia la.

So aku diamkan sebab aku tak nak mencetuskan pergaduhan. Sebab dari awal mmg wife aku tak nak duduk rumah mak aku. Sebab xprivasi and xbebas. So mak aku jadi hangin sikit la ngn wife aku. Aku tau mak aku cerita pasal wife aku kat wife2 abang aku, akak aku and makcik2 aku. Sebab aku kenal mak aku sgt3. Pernah sekali makcik aku dtg rumah nak tgk anak sulung aku lepas lahir, tapi makcik aku xtengok wife aku langsung. Wife aku perasan. Tapi dia diamkan.

Bab kemas rumah pulak, menurut wife aku, dia akan buat pada tengah malam lepas mak aku dh tidur atau masa orang xda. Sebab apa? Sebab rumah mak aku siang2 penuh anak sedara aku. Dorg balik sekolah lepak rumah mak aku sambil tgu mak pak dorg balik keje.

So kalau siang2 buat nanti kotor sepah balik. Penat buat byk kali. Bebudak tu bukan jenis cermat. Tapi since rumah mak aku ni mmg sebenarnya kemas cuma habuk2 and lantai melekit2 tu je la. Aku xtau mak aku perasan ke x wife aku kemas rumah malam2. Tapi aku tau dia mmg buat. Kdg 2 minggu sekali dia cuci toilet. So bukan wife aku duduk saja la kat rumah mak aku. Ooo lupa nak gitau. Wife aku xkerja. Surirumah.

Bab memasak pulak, even dia xtlg mak aku, tapi hari2 lepas mak aku memasak, wife aku akan masak untuk kami sekeluarga pulak. At least 1 jenis masakan la dia akan masak untuk kami. Cuma slack dia, lepas bersalin anak pertama la dia baru masuk dapur masak.

Sebelum tu dia cakap dia segan nak memasak sebab dapur orang plus brg2 kat dapur tu semua mak aku punya. Even aku yang bayarkan pun. Tapi dia tetap segan. Aku perasan wife aku susah nak adapt family aku.

Lepas bersalin anak kedua, baran dia makin menjadi2. Dia tengking2 anak2 selamber ja. Punca mesti la sebab anak2 menangis. Lepas tu dia tambah lagi, pukul2 anak aku. Cubit apa semua. Tapi lepas tu menyesal. Yang bagusnya aku selalu dengar dia mintak maaf dengan anak2 sebelum tidur.

Lepas tu aku cuba slow talk dengan dia jgn pkul anak2. Sebab anak2 kecik lagi. Dia diam je. Tapi lain pulak jadi. Bila dia marah, dia pkul diri dia. Dia pukul2 kepala dia. Tarik2 rambut dia. Mengelupur atas katil. Ya Allah seriau aku tengok.

Tapi bila time ok, dia ok, dia sweet, manja apa semua. Ada time je jadi gitu. Skrg ni, dia tengah berangin dengan wife abang aku. Aku xtau kenapa. Dia ada cerita, tapi aku xnampak pun wife abang aku macam tu. Ntahlah. Aku buntu. Wife aku ckap dia benci sgt sgt sgt wife abang aku tu. Tapi bila berjumpa, wife abang aku tegur dia, dia sembang ok je. Siap gelak2. Wife abang aku ok je. Aku tengok wife aku je yang mcm problem ngn dia. Buntu aku dibuatnya. Kejap tak ok,kejap ok. Aku xfaham.

Aku tau mesti ramai akan cakap aku laki xguna sebab xbwk wife tinggal asing ngn mak aku. Aku mmg nak. Asalnya kahwin, wife aku keluarkan duit dia buat deposit sewa rumah, disebabkan duit aku dh keluar banyak masa kahwin, so atas persetujuan wife sendiri la dia keluarkan duit untuk deposit sewa, bayar sewa bahagi half2 masa mula2 tu. Sebab wife aku cakap dia xbiasa tinggal rumah orang.

So aku okaykan jer lahTapi tiap minggu balik rumah parent aku, ayah aku mesti cakap kt kami yang kami bazir menyewa. Baik tinggal dengan dorg. So aku decide nak puaskan hati ayah aku. Kteorg pindah. Wife aku 50-50 masatu. Tp disebabkan nak elakkan masam muka dengan ayah aku, dia ikutkan. Aku ada usaha nak bawak wife aku pindah lepas kami berpindah rumah parent aku, sebab aku nampak banyak buruk dari baik.

Tapi elok tengah kumpul duit, kereta aku breakdown kena baiki makan ribu jugak. So aku build up balik simpanan aku tapi sygnya xsempat cecah riban2 aku dan group aku diberhentikan kerja sebab ekonomi negara. So start dari tu kerja aku terumbang ambing.

Aku apply kerja sana sini xdapat2. Last2 aku jadi agent coway. Alhamdulillah dpt tampung hidup kami. Wife aku pun skrg sambil2 buat bisnes online sambil jaga anak kami. Tapi duit bulanan cukup makan je la. Nak menyimpan lebih xdapat.

Aku buntu skrg, mcm mana aku nak hadapi peel wife aku? Aku rasa wife aku kena meroyan. Betul ke? Aku takut betul tengok dia pukul2 diri dia mcm tu. Mcm mana aku nak buat bagi wife aku stabil and xstress bila anak2 menangis? Mcm mana nak handle wife suka mengamuk pukul2 diri sendiri ni? Aku tengah usaha kerja keras nak pindah rumah ni.