Lepas pindah rumah. Nampak farid tidur atas katil. Tiba-tiba pelik dapat call dari farid cakap dia balik lambat mlm ni. Rupanya yg tidur tadi bende lain.

Nma aku lily, umur 20an. Aku student salah satu ipta kt utara. Cita yg aku nk smpai kan kt korang adalah tentang rumah yg bru family aku pindah. Rumah ni area melaka. Rumah ni ade 2 ruang tamu (satu ruang utk tetamu, satu lg ruang utk family tgok tv), 4 bilik, 1 stor, dapur, bilik mandi n toilet. Dlm family aku ade ayah, mak, aku dan adik laki aku farid.

Dlu msa 1st day pindah rumah (kebetulan pulak msa ni aku tgah cuti sem) , farid org ptama yg masuk. Bila masuk je rumah, farid terus keluar balik. Muka dia tkejut, pucat, takot, nmpk pelik la senang cite. Aku tkejut tgok farid. Mak ayah ku xprsan. Aku tnye farid knape. Farid ckp xde ape. Pastu ayah aku masuk umah, diikuti mak then aku. Farid still xmasuk. Dia ckp nk ambik angin luar. Lepas tu kitorang 1 family keluar mkn kat luar.

Masa tu bru farid cite kat aku. Dia ckp, dia nmpk satu family tgah sembang2, gelak2 kat ruang tamu rumah tu. Masa tu dia rsa seolah olah dia masuk dunia lain. Mcm tgah tgok satu dimensi yg lain. Then masa farid masuk je, smua org dlm family tu senyap n tgok farid. Tu yg farid tkejut beruk tu. Terus dia lari keluar. Hmm..

Farid ni pun cite kat aku mlm tu. Dhla hbis mkn jpg kitorang balik umah tu jugak. Adoii. Balik je rumah Alhamdulillah smuanya ok. Kcuali farid je xbrapa nk ok. Huhu. Dia kna kacau mlm tu. Ade budak berlari lari n lompat atas katil dia katanya. So mlm tu farid dtg tumpang tido bilik aku.

Dlm 2 hari lpas tu, aku tgah simpan brg kt dlm stor. Tetiba aku nmpk sorang budak berlari ke arah dapur, aku pun ikutla dia. Then dia lari g ruang tamu, aku pun g ruang tamu. Pastu dia lari masuk blik farid. Masa tu aku xterfkir pulak budak tu hantu ke ape. Aku dok igt mybe anak jiran tersesat msuk umah aku ke. Huhu. Pastu aku pun bukak pintu bilik farid. Aku cari budak tdi, xde pun. Dia g mna ek. Hmm.. Pastu aku tgok farid tgah tido atas katil.

Tetiba phone aku bunyi. Pastu aku tgok2, farid yg kol. Huhu, mngada betul farid, dlm umah pun nk kol ke. Pastu farid ckp, “kak long, farid balik lewat skit ea, nk g jumpa kwn”. Errr.. Farid xde kat umah ke? Dah tu sape yg dok tido atas katil farid tu? Mak aii.. Mcm nk lari keluar umah je masa tu. Aku sorang kot. Mak ayah mcm biasa busy. Ayah slalu outstation, mak meniaga online, slalu g cod utk customer, g pos laju, jumpa kwn.

Then ade satu mlm tu, tggal aku n farid je kt umah. Mak ayah xde, dua2 outstation. Masa tu kitorang tgah tgok tv. Tgah syok layan movie, tetiba blackout. Pastu lampu rumah aku jd bukak tutup bukak tutup. Aku apelagi msa tu, melompat la pegi kat farid. Takot kot. Then lampu padam terus n xbukak dah. Pastu kitorang start dgar ade budak lari2 keliling kitorang. Pastu dgar dia gelak2. Mkin lama, makin kuat. Allah.. Mmg aku rsa mcm nk pengsan time tu.

Masa tu farid ade ckp, kitorang xkcau korang pun, jgnla kacau kitorang. Pastu lampu dapur aku mnyala. Masa tu farid tarik tgn aku ajak masuk bilik. Masa kitorang jln nk masuk bilik tu, tetiba aku dgar suara rmai org tgah sembang2 kt ruang tamu lagi satu yg utk tetamu tu. Aku tgok2, ya Allah..betul kata farid, aku nmpk ape yg dia nmpk selama ni. Ade satu family kt ruang tamu tu. Lpas masuk bilik, aku tgok farid, farid tgok aku. Huhu. Aku ckp goodluck la farid lepas ni. Sbb esok tu aku dh nk balik utara, cuti sem dh hbis. Kesian farid kena dok sorang2 nnti.

Actually, kami dua dh gtau parents, tp diorang xcaye. Yela, dh xpnah kena lagi, dh asyik xde kt umah xpela. Yg merana ni farid n aku. Then aku balik uni, masa kat uni farid selalu call mngadu dia takot.. mcm2 jd kt dia. Kena kacau. Then ade satu hari farid call dia ckp dia dpt satu mimpi pasal satu family kemlngan n smua meningggal. Pastu dia ade jumpa gmbar sorang budak kat dlm bilik dia. Gmbar tu nmpk mcm lama n ade bekas terbakar. Pastu farid ckp dia xbrani nk snap n send gmbr tu kt aku. Dia suh aku tgok sndri nnti. Farid ckp, dia tggu aku balik. Pastu dia igt nk g jumpa sorang ustaz nk tnye pasal umah kitorang bru pindah tu.

Then aku ade balik rumah, masa tu aku dpt cuti seminggu lebih. Masa ni as usual, farid yg dtg jemput aku kat airport. Naik je keta farid ckp lama sungguh dia tggu kak long nk balik sini. Haha. Pastu aku ckp rumah cane? Huhu. Farid kata selalunya kita dgar istilah home sweet home. Skg ni dia nk bg istilah baru kat rumah kitorang.

Home scary home…haha, ngekk punya budak. Smpai je home scary home kitorang tu, mak n ayah aku xde. Huhu. Like usual, dorang busy. Aku masuk umah dgn penuh gementar sbnarnya, xhenti2 aku bca ayat kursi. Haha. Farid perasan muka cuak aku tu. Dia ckp kak long, xyah nk cuak sgt la. Haha. Dia ckp byk bnda dia nk sembang n nk cite kat aku masa tu. Aku ckp bole, tp jgn cite skg, jpg kita keluar mkn bru cite. Haha.

Msa kt kedai mkn, farid cite yg dia ade bcakap ngan salah seorang penghuni rumah tu. Dia ckp ngan ‘budak’ tu. Aku tkejut dgar, aku tny dia cane bole ckp. Braninya adik aku ni. Adoii. Farid cite ade satu mlm tu dia tido kat ruang tv umah tu, pastu dia rsa ade org dok main kaki dia. Dia bukak je mata, dia tkejut gila sbb ade sorang budak tgah bertinggung kat hjung kaki farid sambil tgok dia. Farid ckp mmg dia terjerit masa tu, xboleh nk tahan. Huhu. Muka budak tu mcm pucat skit.

Farid ckp takot n serram jgakla msa tu. Tp dia beranikn diri. Tnya budak tu. “adik ni sape, adik tinggal kt umah ni ke? Adik sorang? Family adik mane? ” Ya Ampunnn fariddd. Dah knape kau tnye family adik mane? Jpg dtg semua kaum kerabat dia tnjuk diri kat kau baru tau. Haha. Budak tu tunjuk bilik farid pastu dia berdiri. Dia jln msuk bilik farid. Farid pun ikut dia. Farid masuk je bilik pintu tertutup sndri. Kuat gila farid kata. Pastu dia terjaga. Mimpi rupanya. Haha. Cehh. Tp masa dia tjga mmg dia dok dlm blik. Farid ckp msa dia turun katil tu la dia ternampak gambar sorang budak laki duduk atas buaian.

Tp muka dia xbrapa nk jelas n ade kesan terbakar kat tepi2. Gambar tu ade kat atas lantai. Dia pun pelik sbb sbelum ni xpnah nmpk pun gmbr tu. Tetiba ade haritu. Farid ckp nnti balik umah dia tnjuk kt aku gmbr tu. Next day tu, farid mimpi satu family naik kereta kemlangan dgn treler. Smua meningggal. Ngerri jgak sbb ade yg putus tgn, putuus kaki, n so on. Farid ckp dia rsa ade connection budak tu ngan family yg dia mimpi tu. And maybe jgak family tu adalah family yg kitorang nmpk kat ruang tamu tempoh hari.

Lepas tu, kitorang dok plan cane nk bg parents kitorang pcaye bnda ni. Haha. Ye la. Xkkn tiba2 kitorang nk bwk ustaz dtg berubat kat rumah tnpa kebenaran parents. Satu hari tu, aku n farid ade slowtalk ngan parents tapi masing2 mak ayah aku mcm nak xnk je dgar kitorang ckp. Bila aku sebut je nk bwk sorang ustaz dtg umah terus ayah aku kata sbanrnye mcm ni. Bnda ghaib mmg wjud sekitar kita. Kita xkkn kena ganggu klu kita berani n ckup pendinding. Aduh, ye ayah. Lily tau, lily dan farid solat penuh, bca al-Quran, surah yassin, sentiasa bukak surah2 kat dlm phone klu dok sesaje kt umah.. smuanya kmi dh buat.

Ini ikhtiar lain org panggil. Xnk bnda lagi serius tjadi nnti. Tp bnda ni aku ckp dlm hati je la. Ayah kita kn, aku xnk kena cop anak derhaka nnti. Huhu. Masa tu aku nmpk muka farid geram ngan mak n ayah aku. Aku pegang tgn dia, mmg dok ketar tgn dia. Huhu. Aku risau dia melawan ayah aku masa tu. Lpas tu terus farid masuk bilik.

Mak ayah aku mcm xde perasaan je. Huhu. Geram la jgak aku dibuatnya. Pastu aku masuk bilik farid, aku nmpk dia tgah pegang sekeping gmbar. Aku tgok gmbar budak laki yg dia cite tu. Korang tau farid ckp ape? “Budak, aku nk kau kacau habis habisan mak ayah aku mlm ni. Klu kau nk umah kau balik, kau kacau mak ayah aku”. Aduh, farid. Haha. Marah sungguh dia.

Korang tau mlm tu tgah aku tido, aku dgar mak aku jerit. Kuat gila. Pastu bunyi bising. Aku n farid keluar dri bilik nk tgok ape yg tjadi. Pastu farid ckp jom kak long sambung tido, biar dorang settle sndri. Huhu. Farid masuk bilik buat xtau je. Aku pegi bilik mak ayah aku, aku tny knape ni ayah. Ayah n mak aku tgok aku.

Pastu mak aku tetiba jerit mcm kna histeria smbil tunjuk2 kat blkg aku. Ayah aku kata ya Allah.. Ade budak kt blkg kak long. Mak oii.. Meremang aku time tu, lemah lutut dibuatnya. Pastu dgar mcm biasa budak tu berlari lari dlm rumah. Yg xbole blah smpai ke bumbung umah pun dgar mcm org dok berlari. Pastu dgar org memasak, org tgah mndi, mcm2 la. Mlm tu mmg teruk jugak kitorang satu family kena kacau. Farid sorang je tido lena. Haha. Skg baru mak ayah aku tau.

Punyala penat cite kt dorang pastu xcaye. Ha. Nah. Kn skg dh terkena. Haha. Dengar pulak budak tu ckp farid. Esoknya, mak ayah aku setuju nk bwk ustaz dtg umah. Tp dorang xbole nk join sbb ade meeting penting n hal yg xbole nk dielakkn katanya. So yg ade mcm biasa, aku n farid je la.

Ustaz ni berubat mmg guna ayat2 al-Quran. Sampai je kat home scary home kitorang. Ustaz tu ckp, lamanya rumah ni. Rmai penghuni lama kat sni. Erk. Serram aku dgar. Pastu ustaz tu jln keliling rumah sambil baca2 surah tertentu. Pastu ustaz mnta nk masuk dlm umah. Masa tu ustaz ckp, xpe kamu dua xpayah masuk. Biar dia masuk sorang. Fuhh. Lega aku dgar. Haha. Takot gak aku. Nnt nmpk ape2 mampusla..Dlm 10-15 mnit cmtu ustaz tu keluar. Huu..

Sbelum tu aku nk mnta maaf kt korang, aku xbole cite full pasal bnda ni kt sini. So aku bagi summary je la ea. Rumah tu mmg ade penghuni yg dh lama duduk kat situ. Yup, mmg dorang satu family. Boleh dikatakan yg mereka ini adalah jin. Dan sbnarnya ada kaitan dgn family tuan rumah jgak. Tp ustaz tu kata cerita lama xpayah la kita hidupkan semula. Huu, actually aku pun curious jgak pasal ni tp ustaz xnk cite smua. Satu je cara utk selesaikn masalah ni, family aku kena pindah.

Atau pilihan lain dia kitorang kena kongsi rumah tu dgn ‘penghuni2’ tersebut. So mestila pilihan pertama dekat dihati ye dok. Huhu. Ustaz tu kata susah utk halau bnda tu keluar sbb mmg tu tmpt mereka and bukan sejak 20 tahun dorang tinggal situ tp mmg dh lama. Ustaz ckp sejak kamu dua xlahir lagi kat dunia ni. Mak aii. Lama sungguh. Kiranya kitorang ni la menyibuk mai umah dorang. Haha. Pastu farid tnjuk gmbar budak laki yg dia jumpa tu. Dia tnye ni cane ustaz? Sy jumpa bnda ni kt dlm bilik. Ustaz tgok gmbar tu, ustaz ckp ape yg kamu nmpk dlm gmbar ni? Farid ckpla yg ade budak laki atas buaian.

Ustaz ckp pnah tgok budak laki ni? Farid ckp penah, kakak sy pun penah. Pastu ustaz tu ckp, budak ni sbnarnya cuba utk berdamping or kata lainnya dia nk berkwn dgn farid. Sbb tu dia byk kali dtg kat farid, masuk mimpi farid dan dia dgar ckp farid mlm yg dia mngamuk tu. Huhu. Ustaz kata elokla klu kamu pindah awal sbb ‘dorang’ mmg nmpk gaya berminat nk berkwn ngan farid. Aku ckp kat ustaz mungkin sbb budak tu xde kwn. Yela, dia sorang je budak.

Sbb tu dia rasa bosan mungkin. Pastu ustaz tu diam, ustaz tgok farid. Ustaz ckp bukan budak tu sorang je, ade lagi yg nk brkwn ngan farid. Kan? Ada org lain yg farid nmpk kat dlm gmbr tu? Farid diam. Aku tgok farid. Pastu aku nmpk muka farid jd lain. Ishh, knapa budak ni. Jgn mcm2. Farid ckp, ade ustaz. Erk? Ade lagi yg nk bkwn ngan farid? Ade org lain dlm gmbar tu? Sape? Knape aku xnmpk pun? Biar betul farid ni. Dia ade sembunyi ape2 dari aku ke. Aku cite setakat ni dulu. nanti aku sambung – Lily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *