Ayah aku mulut berbual mengarut bila dia high kena tahan wad lama2, tak sangka pula doktor akan bg ubat tidur dkt dia.

Hai Thanks admin kalau siarkwn luahan aku. Pertama sekali mintak maaf sebab aku Tak pandai bercerita. Aku nak cerita sikit pasal ayah aku meningal pada Hari jumaat kemarin. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

Namaku Haz, lelaki. Keluarga kami berasal dari Tg Malim, dalam 2 jam dari KL, dan aku bekerja di KL. Sedikit intro tentang aku . Aku Ada 7 orang adik beradik adik yang paling kecik darjah 3 n aku Ada sorang mak tiri.

Kiranya kalau anak ayah aku dengan mak aku, aku yang kelima.aku last. Mak aku meningggal 11 tahun yang lalu. Masa aku darjah 3. Mak tiri aku ok, takde masalah di antara kami adik beradik mungkin kami masing2 da besar dan dah boleh bawa diri masing2.

Panjang pulak intro aku, aku tau setiap yang hidup pasti merasai kemtian. Tapi cara ayah aku meningal susah aku nak terima. Aku sampai sekarang masih belum move on dan masih terngiang ngiang apa yang doktor tu cakap punca ayah aku menggal. Nanti aku ceritakan dekat bawah ni ok..

Ayah aku sempat admit ward 8 Hari sebab jngkitan kuman dekat kaki. Kaki blah kiri. Kaki sebelah kanan kena sikit je, itu pon doktor sahkan yang krtkl sbelah kiri je dlu. Hasil x-tray jangkitan kuman just atas kulit. So aku lega.

Jngkitan kuman atas kulit. Korang ingat point ni tau. Doktor sahkan atas kulit, takde seserius yang lain bila keluar laporan perubtan.

Alhamdulillah aku sempat jaga ayah aku sepanjang ayah aku masuk ward. Ayah aku jenis tak boleh stay ward lama-lama dia fly (cakap mengarut-mengarut) aku anggap tu benda biasa sebab sebelum ni pun ayah aku macam tu kalau masuk ward banyak Hari.

Contohnya mcm ni..

Ayah: Ayah da tak lama ni.. korang adik beradik jaga la mak tiri kau elok2.. Jgan gduh2.. ( Ni da biase sgt kalau aku dgr )

Ayah: Korang ni suka tengok ayah mcm ni kan, tu la msukkan ayah dalam bilik ni lagi.. Aku nak balik bagi ayam itik aku makan.. Aku nak balik.. Aku nak balik.. ( Padahal ayah tak pernah bela ayam itik lagi lepas mak aku tiada lg, mak tiri mmg tak suka bela ayam dan itik dekat kwsan rumah.

Disebabkan ayah aku macam fly, doktor nak scan kepala ayah aku kot2 Ada masalah otak ka apa n doktor sahkan Tak Ada. Alhamdulillah. Masa lepas ayah aku balik scan kepala tu ayah aku tidur aku ingat biasa ja la yala mungkin letih kan.

Sebab sebelum hari scan kepala ayah aku dh p x-ray jantung,buah pinggang n kaki. 4 Hari berturut2. So aku anggap ayah aku tidur lepas scan tu biasa. Tapi pada Hari khamis tula last aku tengok ayah aku.

Lama ayah tidur, walaupun kejut manja pon ayah tetap tak bangun. Mungkin ayah letih lepas xray la kot. Baju seluar ayah aku tukar kan dekat situ juga sebelum balik. Tak sangka tu la last aku tukarkan baju dan seluar ayah.. Sedih sangat bila terkenang saat tu.

Korang nak tahu kenapa lpas xray ayah tidur je?? Tak bangun2?? Rupanya doktor bagi ubaat tidur Kat ayah aku masa p scan tu.

Doktor da tahu ayah aku Ada masalah buah pinggang so ayah aku dh tak boleh terima ubaat tu sebenarnya. Hari tu jugak aku balik sebab kakak aku nak jaga. Sebelum balik aku genggam tangan ayah aku.

Aku tepuk-tepuk dia aku bagi dia minum air aku panggil dia “ayah bangun ayah’ dia still boleh cakap dia still boleh respon aku tapi mata dia ttap jugak Tak bukak.

Hari jumaat tu kakak aku call ayah aku dah kritikal dan dihantar masuk zon merah. Luluh hati aku masa tu. Ada sorang doktor perempuan cakap ayah Tak boleh trima ubaat tidur sebab buah pinggang ayah Tak berapa nak elok+ubaat tidur tu racun.

Dan doktor yang berikan ubaat tidur tu pula, doktor praktikal.. mungkin ada kesilapan teknikal disitu.. Atau mungkin dia terlepas pandang mengenai buah pinggang ayah aku. Aku redha mungkin ini asbab yang perlu aku terima dengan hati yang redha dengan terbuka.

Doktor perempuan tu juga telah mengesahkan ayah aku pergi menghadap illahi sebb ubaat tidur tu. Ya,ayah meningal sebab ubaat tidur. Lpas lebih kurang sejam ayah masuk zon merah ayah disahkan meniggal.

Aku rindu semua tentang ayah. Banyak kenangan aku dengan ayah sepanjang 20 tahun aku hidup. Tambahan pula, aku membesar tanpa sorang mak kandung.

Tiada kata yang dapat digambarkan betapa aku menyanyangi ayah. Secepat ini Ayah meningggalkan aku Dan keluarga. Aku redha. Aku rindu Ayah yang suka mengusik aku.

Mak tiri aku seperti keterharuan time dapat berita ayah sudah tiada. Hilang tempat dia mengadu suka duka lagi. Mungkin hidup dia akan berubah 360 darjah sekali lagi. Adik tiri aku pula baru darjah 3. Mungkin ini tamparan hebat buat kami sekeluarga.

Saat inilah aku paling rindu di mana ayah yang selalu wasap aku. Ayah yang meriuhkan group family. Ayah yang suka buka tv crita cina lama kuat2. Ayah yang eksyen sado. Ayah yang happy. Ayah yang selalu suap kan aku aiskrim tiap kali aku merajuk, frust.

Aku masih teringat zaman kanak- kanak aku, ayah selalu letakkan aku dalam raga motosikal, bawa pusing kampung selepas dia balik kerja. Dia tak pernah missed bwa aku pusing kampung tiap2 petang. Serius aku rindu saat semua itu bersama ayah. I LOVE U AYAH.

Aku just nak meluahkan rasa di hati aku. Sampai sekarang aku masih terbayang ayah. Aku berharap semua ni mimpi. tapi ini takdir yang aku kena terima. Ayah dah tinggalkan aku. Selamanya ayah tinggal kan aku. Hanya doa saja aku kirim kan selepas ini.

Separuh jiwa aku dikuburkan bersama jasad ayah. Aku yang imamkan jnazah ayah, aku yang baca talkin untuk buat kali terakhir. Saat aku baca ” Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat ” . Air mata aku hampir gugur berjujuran menahan sebak..Jujur aku Tak kuat tapi hidup perlu diteruskan.tanpa ayah disini

Aku berdoa ayah tenang di sana. Jika luahan aku disiarkan aku berharap semua readers mendoakan ayah dan mak aku tenang di Alam sana. Al-fatihah kepada arwh ayah dan mak aku. kepada semua pembaca hargai la mak ayah selagi masih Ada.

Jagalah mereka seakan tiada lagi Hari esok buatnya. Hargailah masa mereka masih sihat. Hargai lah perayaan kali ini bersama mereka. Penuhkan hati mereka dengan kegembiraan. Allahu.. Sedih sangat.. Sekian untuk kali terakhir ini.. Selamat Hari Raya buat semua pembaca.