Sampai hari ini aku masih mencari kakak aku yang dipaksa kawin. Aku juga cuba hantar adik aku ke rumah yatim tapi ini yang berlaku dan aku tak sanggup.

Firstly, aku dah buat semua tuntutan berkaitan harta arrwah ayah aku sampai naik mahkamah apa semua tapi waktu tuh masa aku terhad sampai aku dah tahap berserah pada Allah. Iya aku tahu aku b0doh. Mudah mengalah. Allah balas dengan cash. Alhamdulilah sekelip mata berlaku. Hidup diorang tak berkat dan jadi broken family.

Aku maafkan demi ketenangan arrwah walaupun ambik masa. Harta apa semua memang aku halalkan dah. Bila kau dah redfha akan sesuatu perlahan-lahan kebenaran akan terbuka. Percayalah. Hati dah tawar untuk kembali pada diorang. Second, adik aku ada dapat banyak bantuan khas dari sekolah atas bantuan cikgu kelas dan rakan kakak. Memang cukup untuk keperluan dia.

Selebih aku simpan dalam akaun khas untuk masa depan. Aku memang tak guna sesen pun. Aku pernah hantar dia ke rumah anak yatim berdekatan tapi tak sampai 2 hari warden call dia nangis sampai demam panas. Aku terus minta cuti dan buat urusan balik. Iya aku tahu aku salah tapi aku buat untuk persekitaran dia rupanya aku pun kecundang tak boleh pisah dengan satu-satunya amanah aku. Aku sanggup gadai masa muda untuk kehidupan dia.

Pagi hantr ke sekolah tengah hari ambik bawa ke ofis tidur kat surau. Bos dan kawan-kawan ofis ada syorkan untuk aku bawa ke tempat pembaca cadangkan tapi hati berat weh. Serius. Berat. So aku janji nak jaga dia selalu ada depan mata dia sampai bila-bila. Maafkan akak dik..plan aku supaya dia dapat belajar sampai menara gading dan cukup kasih sayang dari akak dia yang comel ni. Hello pulis! Soal kakak, tipulah kalau aku tak mencari.

Sampai tahap mencari nama penuh kat google tapi hampeh. Hoho sian google termasuk dalam hal ni. Aku dah puas tanya belah ayah aku tapi seorang pun tak nak bagi apa-apa info. Iya geram pun ada. Tapi aku sabar aku luah kat Allah. Doa dia dalam jagaanNya. InshaAllah satu hari nanti bertemu juga. Sabar itu indah. Hari-hari tatap gambar dia moga wajah dia tak berubah masih cantik masa kami jumpa. Rindu tak berbatas. Ceh ayat novel berbunga.

Last jumpa masa dia nikah 2014 then Fariz ambik bawa kami dua balik. Lepas hantar kami, Fariz accident. Kakak dah keluar ke luar negara. Tinggal adik dengan sebatang kara. Rasa nak give up dan tahap depression. Sebak kan. Dikenangkan balik mahu berbakul air mata. Soal aku, SPM memang penting tapi bila fikir balik. Terkenang dulu aku belajar MRSM kat Perak sampai form4. Cita-cita nak jadi Arkitek. Minat Sejarah dan Sains. Tapi itu hanya perancangan manusia.

Then aku terpikir banyak cara aku boleh explore dalam hidup. Target aku nak beli rumah sebelum 40an. Iya aku tahu banyak halangan. Doakan please. So, start 2015 lagi dah belajar menyimpan dan melabur dengan cara betul. Berjimat dan disiplin sangat memainkan peranan weh. Serius, kau kena banyak berkorban. InshaAllah dipermudahkan. Memandangkan aku pandai bertutur dalam English dan Mandarin dengan lancar, bos aku ada bagi elaun lebih sebab aku senang dan pandai nak communicate dengan customer walaupun pangkat cleaner (kelakar pun ada).

Ada ditawarkan sebagai Customer Service syarikat tapi aku hold dulu sebab aku tak yakin dengan sijil yg aku ada. Tipulah kalau aku tak cemburu dengan life kawan-kawan sebaya. Enjoy masa muda tapi bila dah rasa tanggungjawab yang berat automaatik rasa tu hilang. Janji aku jaga adik aku yang tengah menari gummy bear depan aku dengan baik. Hehehe. Sekarang ni aku dah daftar SSM untuk buka satu perniagaan kecil secara parttime buat masa ini.

Memang minat berniaga. InshaAllah dipermudahkan. Soal jodoh, ada ja yang nak berkenalan dengan aku cuma buat masa sekarang hanya berkawan. Sampai masa InshaAllah dipermudahkan juga. Aku banyak kena perbaiki diri dan jaga maruah keluarga sangat penting. Aku sedar aku cuma ada adik seorang. Status dan darjat aku tahap mana. Aku ayah aku mak aku kakak abang pada dia. Aku pun banyak ambil pengalaman dari orang sekeliling pasal perkahwinan. Tak terdesak pun dalam hal ni.

Lambat atau cepat janji adik mesti dibawah jagaan aku. Hehe. Aku dah semakin tabah lalui hidup berdua. Cuma kadang-kadang rasa rapuh juga. Tiap kali down, adik aku selalu pegang tangan aku lap air mata aku seolah-olah dia faham. Serius. Satu sentuhan yang tiada nilai. Dia yang selalu menceriakan hari-hari aku dengan senyuman dan gelagat comel. Bila dikenangkan balik kisah liku-liku kehidupan yang lepas rasa tenang setenangnya bila kau cuma mengharap dekat Allah.

Semua yang berlaku ada hikmahNya. Aku harap sangat perjalanan hidup kami dipermudahkan. Ayah mak along, angah dan adik sentiasa mendoakan korang. Aku tahu semua pembaca simpati dan ikhlas nak tolong. Maaf sangat-sangat tak dapat balas komen kalian. InshaAllah Allah balas dengan niat sama ya. Cuma sekadar ingin meluah.

Bukan tak bersyukur tapi disebabkan hati dah keras sampai aku susah nak minta simpati/pertolongan dekat orang. Allah sentiasa ada. Itu sahaja pegangan aku. Susah senang Allah ada. Setiap insan ada ujian/rezseki masing-masing. Doakan kami ya. Ini bukan cerita novel. Ini realiti di zaman 2018. – Hana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *