“Kenapa umur 30 ada degree masih kerja posmen?”. “Posmen juga keeja halal”. Laki ini kecewa masyarakat perlekeh kerja dia sebagai posmen.

Foto sekadar hiasan .

Hai semua. Sebenarnya dalam hati tak teringin untuk berkongsi kelemahan saya pada semua orang. Tapi apa yang membuatkan saya menaip sekarang adalah faktor sekeliling, dimana benda ni membuatkan otak saya kusut dan tak tenteram. Sampaikan asyik tersalah alamat letak surat.

Saya bekerja sebagai posmen. Saya mempunyai 2 orang anak oku, 6 bulan dan 4 tahun. Isteri saya lumpuh dari pinggang ke kaki selepas bersalin anak ke-2. Syukur ya Allah isteri saya masih bernyawa. Apa yang membuatkan saya kusut bila rakan sekerja, jiran dan saudara persoalkan, berapa wang simpanan? Kenapa tak simpan wang untuk kecemasan? Kenapa boros?

Dah ada family kenapa tak simpan wang? Kenapa kerja posmen walaupun ada degree? Dah umur 30 pun masih macam tu nak hidup sampai bila mcm tu kerja posmen?

Disini saya nak bagitau benda yang saya dah penat sangat saya selalu bagitau. Ya, saya tak menyimpan.. Semua wang saya habis untuk nafkah anak isteri saya. Yang buat mahal adalah kos rawatan mereka.

Saya juga nak tekankan, saya menulis ni bukan untuk minta bantuan atau derma sedikitpun. Ini melibatkan maruah saya sebagai seorang ketua keluarga.

Terima kasih kepada Allah, walaupun saya tak menyimpan, tapi gaji saya cukup untuk sara keluarga saya setiap bulan. Lebih 100-200 tu saya akan masuk tabung anak saya. Jadi saya akan tunggu gaji bulan depan masuk.

Ini lah hidup saya, kenapa masyarakat perlu tekankan dan menguji emosi saya dengan memperlekehkan saya tak menyimpan wang kecemasan. Jika saya mampu, dah pasti saya akan menyimpan. Kenapa saya kerja posmen? Ya.

Saya ada degree dan kerja government sebelum isteri saya lumpuh. Tapi saya dapati kerja posmen ini lebih fleksibel buat saya.

Tengahari kalau siap awal hantar surat, saya balik rumah uruskan anak isteri saya. Suap mereka makan. Isteri saya tak boleh masak. Jadi saya yang masak.

Saya kerja gov sebelum ni pjj dengan isteri, mana mungkin saya tinggalkan mereka. Walaupun isteri boleh menggunakan tongkat untuk bergerak.. Dan mereka (rakan sekerja, saudara mara, jiran) tahu keadaan isteri dan anak, tapi tetap membuatkan saya susah hati..

Siapa tak sayang anak isteri? Pukul 8 malam saya buat part time dekat kedai burger. Kalau anak isteri sakit, saya tak buat. Saya jaga mereka dekat rumah.. Tapi walaupun begitu saya tak pernah sekali pinjam wang dari sesiapa pun.

Ya, saya tahu saya tak perlu dengar kata mereka. Tapi saya juga seorang manusia. Saya mempunyai hati dan perasaan. Jika ini berterusan, dah pasti saya lost control. Saya maafkan yang tidak tahu keadaan saya.

Tapi yang dah tahu semua tu.. Perlu ke buat saya begini? Hujan panas terik saya redah nak bagi isteri saya nafkah. Apa lagi yang tak cukup? Adakah saya ini yang bersalah dalam hal ini wahai pembaca?

Wang kecemasan. Saya memang tak simpan, tapi bila anak saya sakit.. Saya terus bawa ke klinik tak kira swasta atau kerajaan. Ketika itu, duit sentiasa ada. Allah sentiasa cukupkan mengikut keperluan saya dan keluarga..

Lagi satu, saya langsung tak ada pengetahuan tentang insurans. Mungkin ada yang boleh komen tentang ni? Saya kena bayar insurans tu setiap bulan ke?

Maafkan saya jika saya menulis confession ini dgn ber emosi.. Saya hanya mahu meluahkan dan ingin pembaca semua, mengerti bahawa kerja posmen ni tetaplah kerja yang halal. Janganlah pandang negatif pada kami.

Gaji kami tak banyak walaupun berpuluh beratus surat kami hantar sehari. Jadi tolonglah faham… kami juga manusia.. Kami juga cuba untuk buat yang terbaik untuk keluarga..

Perlu kah saya kerja gov sebagai tanda sayang kepada keluarga? Adakah kerja posmen ini tandanya saya tak sayang keluarga sebab gaji sikit?

Sekian, terima kasih wahai pembaca dan admin. Waktu rehat dah habis. Chiaw hantar surat dulu. Assalamualaikum.

Antara komen netizen :

Erna Nur Halim –Bila encik tulis begini,saya tak ada simpanan tp bila waktu kecemasan,sy akan ada duit. Percayalah bahawa bukan duit simpanan yg mencukupkan kita,tp allah yg akan mencukupkan kita.

Izuan bin Elias –Salam abg posmen. Baru kejap td dlm lrt sy fikir pasal nasib yg menimpa sy sambil dengar lagu kat sportify. Tup2 ada plak kisah abg naik kat timeline. Allah nak tunjuk kat sy bahawa ada lg org yg lebih susah drpd sy. Sy doakan semoga segala urusan abg posmen dipermudahkan. Anak abg minum susu ape? Pm sy, sy nak orderkan kat lazada.

Qaseh Suchi –Pukul 8.30mlm kejap tadi,ada orang bagi salam. Rupa2 nya posmen datang hantar parcel poslaju. Terkedu kejap,biasa paling lewat pun pukul 5,6 ptg. Semoga dipermudahkan urusan & dimurahkan rezeki confenssor & abang posmen tadi.

Nurazwani Md Tahir –Takpe bang, saya antara yg memang respect pada abg abg posmen yg baik hantarkan parcel smpi sanggup call dan nyorokkan balik pagar, pasu, mesin basuh kalau tkda orang kat rumah, sebab nak jaga barang kita, takde simpanan pun tkpe kalau tak mampu, berdiri di atas kaki kita sendiri ja, janji abg rasa cukup makan anak isteri, hidup tenang dgn anak isteri oke dah tu.

– Tukang hantar surat via iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *